ads

Ahad, 19 Februari 2012

06 di kampung awah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kampung awah - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Kualiti jalan <b>Kampung Awah</b> ke Bandar Tun Razak <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2012 03:05 PM PST

You are here: Home / Wilayah / Kualiti jalan Kampung Awah ke Bandar Tun Razak teruk

Saudara Pengarang,KUALITI jalan raya, bekalan air bersih dan pendidikan merupakan antara perkara utama yang diberi perhatian oleh kerajaan dalam memastikan rakyat menikmati kehidupan lebih baik.

Namun, tidak semua perkara itu dapat ditunaikan kerana terdapat beberapa masalah tertentu yang perlu diberi perhatian tidak kira oleh pemimpin setempat, wakil rakyat dan kerajaan.

Apa yang ingin saya bangkitkan adalah kualiti jalan raya dari Simpang Kampung Awah menghala ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka hingga Simpang Felda Jengka 8.

Laluan itu penting kerana kakitangan kerajaan termasuk pegawai Felda, guru, pelajar dan pensyarah berulang alik menggunakannya ke destinasi masing-masing.

Saya sebagai penduduk jati dan anak peneroka Felda Wilayah Jengka merumuskan bahawa kerajaan Persekutuan dan negeri tidak serius menunaikan tanggungjawab membina sebuah rangkaian jalan raya yang baik di kawasan itu.

Jalan utama Kampung Awah ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka 8 sangat penting untuk dinaik taraf kerana sejajar dengan kedudukannya sebagai jalan utama ke Jerantut dan Maran.

Daripada perbualan di kedai-kedai kopi, kebanyakan mereka sudah bosan dengan kualiti jalan yang teruk seolah-olah berada di sebuah negara miskin yang baru merdeka.

Kualiti jalan di Felda Jengka 15, Jengka 16 dan Kampung Awah sempit, berlubang serta tidak lurus sekali gus mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Saya harap pihak berwajib khususnya wakil rakyat memandang serius perkara itu memandangkan Bandar Tun Razak Jengka menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk tempatan, tetapi juga pelancong domestik serta asing yang ingin meninjau kehidupan peneroka di situ.

PENEROKA PRIHATIN

Bandar Tun Razak, Jengka

Dipetik dari Utusan Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved