ads

Jumaat, 17 Februari 2012

06 di kuala rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuala rompin - Google Blog Search


Trip REDAH 2012 ke Air Terjun Harimau Berjemor, <b>Kuala Rompin</b> <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 07:43 AM PST

' Kembara Mahkota Jalanan' nama yang di cadangkan oleh Pak Dewa memang bertepatan dengan kembara kali ini.

Segalanya bermula dengan percantuman dua  separa konvoi daripada Kuala Lumpur dan Klang di hutan lipur Ulu Bendul Kuala Pilah pada jam 11.55pm, 3 Feb 2012.

Konvoi dengan jumlah sebanyak 12 jalopy bergerak mengharungi kegelapan malam ke Kuala Rompin, Pahang di ketuai oleh pak cendana melalui pekan Kuala Pilah, Juasih dan berhenti untuk berehat sebentar di persimpangan Bandar Baru Serting sebelum menyambung perjalanan ke Bandar Muazam shah. Setelah melayan kerenah mata selama lebih kurang 15 minit di Petronas Muazamshah, konvoi menyambung perjalanan ke Kuala Rompin dan tiba dengan selamatnya beberapa minit sebelum azan subuh berkumandang daripad corong pembesar suara masjid Kuala Rompin.

Setelah sembahyang subuh berjemaah di imamkan oleh pak leban, semua pilot dan co pilot mencari haluan sendiri untuk melelapkan mata sebentar sebelum terbitnya matahari.

Pada sebelah paginya tarikh 4 Feb.  Konvoi disajikan dengan hidangan istimewa yang di taja oleh YB Kuala Rompin, masakan nasi dagang dan nasi lemak amat menyelerakan. Tak ketingalan juga kursus jangka pendek cara betul mengoreng telur 'goyang' untuk para SYL2 oleh ibunda pak cendana .Setelah membeli barang keperluan, konvoi telah berkumpul di dataran Kuala Rompin dan disana jumlah jalopy telah bertambah kepada 21 buah setelah bergabong dengan group daripad Muazam shah dan Dungun.

Setelah taklimat ringkas dan ucapan terima kasih daripad mantan President, pak merbatu. Konvoi telah dilepaskan 'flag off' oleh wakil kepada wakil rakyat Kuala Rompin  dan juga di saksikan oleh wakil pegawai daerah Rompin.

Konvoi bergerak menuju ke Air terjun Harimau Berjemur melalui Kampong Tebu Hitam dengan di iringi oleh kereta peronda polis dan team motor scramble. Setelah melalui jalan 'off road' lebih kurang 5 km, perjalanan konvoi telah terhenti apabila mendapati jambatan yang menghubungkan jalan ke air terjun  telah  runtuh oleh kerana hujan lebat pada hari semalamnya. Kehampaan terbayang di wajah peserta, ish..ish..ish ….kesian. Satu 'Mesyuarat tingkap' dengan segera di adakan dan keputusannya adalah untik meneruskan perjalanan ke Taman Negeri Endau Rompin melalui jalan 'off road' dan selamat tiba lebih kurang jam 3.30 petang.

Keputusan tinjauan ke  tapak perkemehan  mendapati ianya tidak berapa sesuai dan selamat kerana terdapat kesan2 tingalan gajah dan juga kerja2 kumpulan paranormal, konvoi memutuskan untuk kembali ke Kuala Rompin dan berkemah di tepi pantai di Cedok Resort. Pada sebelah malamnya peserta di jamu dengan hidangan B.B.Q yang di taja oleh YB Kuala rompin. Sekali lagi keluarga Pak Cendana telah bertungkus lumus  menguruskan B.B.Q tersebut, terima kasih.

Pada pagi 5 Feb, ' mesyuarat tingkap ke2' telah di adakan dan memutuskan konvoi meneruskan perjalanan ke Keneboi, Kuala Kelawang Negeri Sembilan .Perjalanan yang mengambil masa agak lama lebih kurang 6 jam di selang -selikan dengan menyelesaikan masaalah kerosakkan kereta pk Palawan ,pk merbatu, pk tetebu dan pk Dewa. Berkat kerjasama ahli2, masaalah tersebut telah dapat di selesaikan dengan cepat, syabas kepada peserta2 konvoi 'You are the best'.Cuma ada satu masaalah yang tak dapat di selesaikan iaitu masaalah kebocoran poket pk Leban di Leban Condong gara2 lauk udang galah, harap bersabar  banyak2 ye…….

Konvoi selamat sampai di Keniboi jam 8.30pm dan berkhemahan di kam Keneboi Advanture bersebelahan air terjun. Sehingga  keesokan harinya 6th Feb,  Konvoi menghabiskan masa dengan lepak2, mandi- manda, makan2, borak2, masak2 dan 'pekena Shisha' sebelum 'check out' pada jam 1.30pm.

Penutup perjalanan, konvoi telah berhenti di restoran Laksa Buyung Batu 16 Ulu Langat  untuk menjamu selera, memang 'best' laksa kat situ.

Setelah ucapan selamat drpd peserta2  melalui radio, Konvoi bersurai lebih kurang jam 8.00pm untuk mencari jalan masing2 menuju ke rumah.

Ucapan terima kasih kepada Pak Cendana sebagai event manager, jutaan terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga Pak Cendana diatas layanan yang amat baik, budi anda akan kami kenang. Terima kasih  kepada YB Kuala Rompin diatas penajaan sarapan dan B.B.Q dan juga tak ketingalan ucapan terima kasih kepada Polis pengiring dan team motor scramble.

Akhir kata terima kasih kepada seluruh peserta konvoi, walaupon hajat tak kesampaian  para peserta tetap juga menunjukkan komitment yang tinggi bagi meneruskan dan menjadikan event 'Kembara Mahkota Jalanan'. Terima Kasih.

Lapuran program : Pak Bebaru

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved