ads

Sabtu, 25 Februari 2012

06 di kuala rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuala rompin - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 07:21 PM PST

URL Sumber Asal :-

Kembara 4 | Aku Linglung

Posted: 31 Jan 2012 05:06 AM PST

Sepanjang perjalanan dari Pekan ke Kuala Rompin, gua perati-perati juga kiri dan kanan jalan mengecam perbezaan yang telah berlaku. Pun begitu, pengecaman hanya gua lakukan secara ala kadar sahaja kerana pemanduan gua memerlukan tumpuan untuk menengok ke depan jalan, bimbang nanti ada kerbau atau lembu kampung melintas dengan semberono, menggelabah biawak pula gua nanti hendak memacu kereta mengelakkan dia.

Sepanjang pengecaman yang gua lakukan, gua dapati banyak rumah batu tinggi telah didirikan. Rumah-rumah itu hanya berpintu satu dan tiada tingkap mahupun jendela. Yang ada hanyalah lubang-lubang di sekeliling dinding rumah tidak lebih daripada lubang tikus kebesarannya. Mengikut kata mak gua itu semua adalah sekolah burung. Fuuu! Johan betul burung-burung zaman sekarang sampaikan mak bapa mereka menghantar mereka pergi bersekolah. Adapun budak-budak kita yang memang bersekolah tidak mahu menghadiri sekolah perlu berasa malu dengan hakikat ini. Ye dak?

Namun gua berasa musykil yang teramat kerana jumlah sekolah burung itu banyaknya bukan sebarangan. Beratus-ratus jumlahnya. Akhirnya setelah ditekan-tekan, mak gua memberitahu bahawa itu semua adalah rumah burung walit. Orang-orang membinanya kerana burung walit amat ramai di kawasan itu. Jika burung-burung walit yang ramai ini datang melepak di rumah yang orang-orang kampung bina itu, maka akan menjadilah sarang-sarang burung itu yang menjadi objektif utama rumah burung itu dibina. Khabarnya, sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi daripada negeri China dengan harga yang mengancam dan sedap makan. Patutlah bersemangat sekali orang-orang kampung di sepanjang jalan Pekan ke Kuala Rompin itu membina rumah untuk burung-burung walit menyinggah.

Memandangkan kembara pulang ke Kuala Rompin ini adalah kali pertama gua membawa isteri bersama, maka beliau berasa sangat teruja. Gua cerita ke dia perihal udang galah bapak besar yang menjadi simbolik kepada Kuala Rompin dan juga beberapa fakta menarik yang lain termasuklah boleh ke Pulau Tioman dengan hanya berenang-renang dari pesisir pantai Hiburan di Kuala Rompin terus direct ke pulau itu menambahkan lagi tahap kekaguman beliau dengan kehebatan yang dimiliki oleh Kuala Rompin, jiran negeri Johor.

Malam itu di Kuala Rompin ketika hendak tidur.

"Sedap betul suara katak dan cengkerik kat luar tu. Suara dia aje yang dengarnya.." ujar isteri gua.

"Kat Klompo mana dapat feel macam ni.." balas gua sambil sama-sama menghayati merdunya suara katak dan cengkerik di Kuala Rompin.

Esok paginya, gua bersyukur, "terima kasih katak kerana memberikan pengalaman tidur yang sungguh menakjubkan ini.."

Bini gua pula menyambung, "sedapnya tidur ada katak.."

Gua sengih kerang.

*****

# Mahakarya gua Sperma Cinta dah dimiliki ribu orang jugak kalau dikira-kira. 
# Buku pertama daripada gua untuk tahun 2012 Jusoh Turbo. Cobalah rasa sendiri.

Share

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved