ads

Jumaat, 17 Februari 2012

06 di kuantan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuantan - Google Blog Search


Tukar Tiub: BERKUMPUL <b>DI KUANTAN</b> AHAD 26 HARIBULAN INI

Posted: 13 Feb 2012 10:33 AM PST

LAWAN HINGGA PINDAH



PAKATAN RAKYAT SOKONG HIMPUNAN LYNAS 26 FEBUAR
I – keadilan daily

PETALING JAYA 13 Feb: Pakatan Rakyat hari ini sepakat menyokong penuh Himpunan Hijau pada 26 Februari ini, yang antara lain sebagai usaha untuk memberhentikan projek nadir bumi oleh Syarikat Lynas di Gebeng, Kuantan.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mewakili PR menyatakan sokongan tersebut selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat yang didakan di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

"Gerakan membantah Lynas diteruskan. Pada 26 Februari ini akan diadakan himpunan hijau, menentang Lynas di Kuantan.

"Pemimpin parti (Pakatan Rakyat) akan turun memberi sokongan," Katanya kepada media.
Menurut Anwar, beliau juga difahamkan Gabungan Hentikan Lynas (SLC) akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) untuk projek itu.

"Jawatankuasa itu akan mempersiapkan tindakan undang-undang bagi semakan kehakiman diadakan dalam masa yang segera dan diharapkan dapat dikemukakan sebelum 26 Februari ini," ujar beliau.

Lynas Advanced dilaporkan akan memproses sisa nadir bumi mengandungi bahan radioaktif yang boleh mendatangkan bahaya kepada hidupan dan alam sekitar.

Baru-baru ini, AELB meluluskan lesen kendalian Sementara (TOL) kepada syarikat daripada Australia itu untuk beroperasi.

Gabungan Anti Lynas dalam satu kenyataannya sebelum ini menyokong penuh Himpunan Hijau tersebut sebagai usaha untuk memberhentikan dan menyemak semula projek yang mengancam keselamatan orang awam, serta bercanggah dengan semangat Piagam Bumi (Earth Charter).

SLC sebelum ini turut menyertai Himpunan Hijau 1.0 yang berlangsung pada 9 Oktober 2011 di Kuantan.
Program yang amat berjaya itu melibatkan lebih daripada 80 NGO, gerakan sivil dan parti politik yang disertai hampir 7000 penyokong.

NOTA:
anak anak muda
pelajar dan mahasiswa
sila ambil perhatian
ahad 26 februari ini
berkumpul dan berhimpun
di kuantan


SEBELUM NASI JADI KERAK


sebelum terlambat
sebelum nasi menjadi kerak
sebelum ayam berkepala tiga
sebelum anak kecil bermata satu
sebelum ikan patin sebesar buaya
sebelum ibu melahirkan air
sebelum jantan mati pucuk
sebelum kambing makan lembu
sebelum lembu makan anjing
sebelum anjing berkali lapan

kita turun
kita lawan
sampai kilang ditutup

NOTA:
hanya satu soalan
jika kilang ini selamat
kenapa todak didirikan di australia?
kenapa rakyat australia sendiri menolak kilang ini?

Sungai Rapat Online: Golongan Transeksual <b>Di Kuantan</b> Kini Hidup <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2012 11:36 PM PST


Golongan transeksual di sini kini hidup dalam ketakutan selepas mereka sering menjadi sasaran satu kumpulan yang ingin mencederakan mereka.

Sekurang-kurangnya 13 orang dari kalangan transeksual telah menjadi mangsa serangan dalam tempoh enam bulan ini.

Salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mona, 24, ketika ditemui memberitahu, dia telah dikelar di bahagian leher ketika sedang melalui Jalan Haji Abdul Aziz di sini pada 1 September lalu.

Akibat daripada kejadian itu, dia terpaksa menerima 18 jahitan di lehernya.

Dalam insiden terbaru semalam, sekumpulan lelaki telah membelasah dua orang transeksual di jalan yang sama.

Perkara ini diceritakan oleh seorang mangsa bernama Rozi berusia 27 tahun.

Menurut Rozi, enam orang lelaki yang menunggang motosikal telah mengepung mereka dan tiga daripadanya menggunakan rantai besi, batang besi dan juga helmet untuk membelasah mereka.

"Mereka membelasah saya tanpa henti sehingga saya rebah dan selepas itu pun mereka terus membelasah saya," kata Rozi sambil menitiskan air mata.

Insiden itu katanya berlaku pada lebih kurang jam 3.30 pagi.

Kawannya yang bernama Sasha, 29, meluru untuk membantu tetapi turut menjadi mangsa pukulan mereka.

Kata Rozi kumpulan lelaki yang membelasah mereka tidak merompak sebaliknya hanya membelasah mereka sehingga lembik.

Rozi menerima lima jahitan di belakang kepalanya akibat kejadian itu.

Selain itu beberapa kejadian menyerang transeksual turut dilaporkan berlaku di Jalan Bukit Ubi, Jalan Pasar dan Jalan Datuk Wong Ah Jang, di sini.

Enam laporan polis telah dibuat setakat ini berhubung kesemua insiden berkenaan.

Golongan transeksual di sini percaya penyerang mereka adalah terdiri daripada golongan yang sama.

Kini mereka berasa sangat takut untuk keluar rumah ekoran kejadian ini semua.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved