06 di pekan - Google Blog Search |
- Sekolah agama <b>di Pekan</b> Nenas anjur kem remaja beri pendedahan <b>...</b>
- GARAMLADA: Kegagalan Najib <b>di Pekan</b>!
- Najib, projek berbillion2 <b>di Pekan</b> neh dah lesap ka? | Ameno World
Sekolah agama <b>di Pekan</b> Nenas anjur kem remaja beri pendedahan <b>...</b> Posted: 10 Jan 2012 11:14 PM PST
Kem diadakan di Nurfa Farmstay yang terletak lebih kurang 10 km dari bandar Pekan Nenas. Pelbagai aktiviti dan ceramah diadakan bagi tujuan mendidik dan memberikan bimbingan kepada para peserta agar mempunyai jati diri muslim yang tinggi dan mantap. Di antara penceramah yang diundang ialah Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar, iaitu Ketua Misi Aqsa2Gaza2 yang diminta penganjur untuk memberikan rangsangan dan ceramah perkongsian mengenai Palestin kepada para peserta.
Perjuangan di Palestin bagi membebaskan tanah umat Islam dan Masjidil Aqsa adalah juga suatu perjuangan yang seharusnya mendorong para remaja untuk tidak leka dengan sogokkan pelbagai hiburan yang melekakan yang umumnya akan merugikan masa hadapan remaja. Dr. Zin mengajak remaja agar mengerti akan tipu muslihat Zionis Yahudi dan kuncu-kuncunya hari ini yang menggunakan media dan program hiburan sebagai kaedah untuk melalaikan ramaja-remaja Islam dari membina jati diri muslim yang sejati. Al-Qur'an dan Sunnah seharusnya dijadikan panduan bagi berhadapan dengan pelbagai cabaran masa kini.
Beberapa minit sebelum ceramah berakhir, Dr. Zin telah mengedarkan tabung untuk bantuan projek-projek Aqsa Syarif di Gaza. Alhamdulillah, pelajar-pelajar begitu terkesan dengan ceramah tersebut dan terus menyumbang walaupun mereka tidak memiliki wang yang banyak. Sesungguhnya itulah bentuk sokongan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia yang prihatin di dalam membantu perjuangan di Palestin. Janji Allah pasti sampai, kemenangan akan memihak kepada mereka-mereka yang bertaqwa, maka bersama-samalah dengan mereka yang beriman dan beramal soleh.
|
GARAMLADA: Kegagalan Najib <b>di Pekan</b>! Posted: 12 Jan 2012 11:22 PM PST Nama sahaja kawasan Parlimen Perdana Menteri namun pelajar-pelajar UMP di Pekan tetap bermasalah untuk mendapat bekalan air. Itulah akibat dari seorang wakil rakyat yang berjawatan Perdana menteri yang asyik danterlalu bermain politik dan beretorik sehingga anak-anak muda di kampus tersebut hendak membersih dan menyenangkan diri pun sukar. Bayangkan kalau masalah ini berlaku di Kelantan atau di Kedah rasanya tak cukup hari ,isu ini akan digebang dalam media balaci untuk menggambarkan kegagalan Pakatan Rakyat. Isu air di Selangor pun hari-hari dipersalahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, tak pandailah, tak cekaplah, tak caknalah! Mereka yang mencipta isu, Kerajaan selangor yang menuntut hak untuk kepentingan rakyat pula dipersalahkan. Habis masalah air di Kampus UMP Pekan itu cakna sangatlah tu? Itulah Umno di bawah pimpinan Najib hari ini, setiap masa bermain politik murahan dan setiap masa beretorika bermacam-macam demi melebong rakyat yang bodoh, namun masalah rakyat semakin menekan dan semakin tidak diperdulikan. Perdana Menteri dengan mak inang tembamnya pula terus terbang ke seantero dunia dan sekali-sekala hisap cerut di kelab bangsawan!! Alahai Najib!! Adnan diminta atasi masalah bekalan air UMP Pekan Harakahdaily, 13 Januari 2012 PEKAN, 13 Jan: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob diminta campur tangan agar kemelut dan permasalahan bekalan air di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan dapat diselesaikan dengan segera. Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMP, Muhamad Fazli Abdul Halim membuat gesaan itu sekiranya pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang gagal mengatasi permasalahan tersebut. Menurutnya, maklum balas yang diterima daripada pihak JBA Pahang rentetan isu krisis ganguan air antara lain menyatakan bahawa masalah bekalan air yang tidak stabil itu akan berpanjangan sehinggalah suatu sistem bekalan air yang sempurna disiapkan untuk kampus berkenaan. Katanya, pihak JBA juga menyatakan bagi mengatasi masalah tekanan air rendah adalah dengan menyalurkan bekalan air secara terus ke kampus dari Loji Air Peramu dan menjangkakan kerja-kerja pemasangan paip itu siap akhir tahun 2012. Justeru, katanya berdasarkan maklum balas yang diterima itu krisis gangguan air akan berterusan dalam satu tempoh jangka masa yang panjang. "Pihak kami mendesak dan menggesa agar projek pembinaan bekalan air secara terus dari Loji Air Peramu ke Kampus UMP Pekan tersebut dipercepatkan bagi menyelesaikan kemelut yang dialami," katanya. Menurutnya, usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan universiti dalam menangani krisis itu sewajarnya diberikan pujian seperti menggunakan khidmat lori tangki air bagi penghantaran air ke kampus sebagai satu langkah sementara dalam meredakan permasalahan itu. Namun, kata beliau sewajarnya hal tersebut dimainkan secara serius oleh pihak JBA Pahang yang berfungsi dan dipertanggungjawabkan dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan tersebut. "Pihak kami bimbang krisis ini akan bertambah serius apabila beberapa bangunan baru seperti perpustakaan, pusat aktiviti pelajar dan bangunan Fakulti Pembuatan yang dijangka beroperasi secara penuh pada awal semesta hadapan yang secara umumnya akan menyebabkan tekanan air menjadi lebih rendah," ujarnya. Menurutnya lagi, melihat kepada keadaan semasa yang mana kebanyakan kelewatan projek berlaku dalam proses pembangunan kampus Pekan, pihaknya kurang berkeyakinan projek tersebut akan disiapkan dalam tempoh jangka masa yang ditetapkan. Oleh hal sedemikian, ujarnya pelbagai pihak yang akan terjejas akibat permasalahan tersebut seperti mahasiswa, pensyarah, pengusaha kafeteria dan pengurusan universiti sendiri. Katanya, krisis gangguan air itu bukan hanya menjejaskan warga UMP Pekan tetapi turut menjejaskan masyarakat sekitar kampus. Untuk makluman, ujarnya UMP Pekan serta masyarakat sekitar berkongsi sumber air yang sama iaitu sumber air daripada Loji Air Kuala Pahang. Tambahnya, apabila terdapat banyak aduan yang diterima akibat gangguan air di UMP, maka air akan disalurkan lebih ke UMP yang dalam masa yang sama masyarakat sekitar pula akan mengalami gangguan, begitulah yang berlaku seterusnya. "Oleh hal sedemikian pihak kami menuntut pihak yang bertanggungjawab dalam menangani krisis ini mengambil tindakan yang sewajarnya agar kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan segera. "Pihak kami mengharapkan pihak JBAPahang bersedia menjawab permasalahan ini secara terbuka agar segala keraguan dapat diatasi dengan segera," ujarnya. Sumber:harakahdaily |
Najib, projek berbillion2 <b>di Pekan</b> neh dah lesap ka? | Ameno World Posted: 26 Jan 2012 09:01 PM PST 2 tahun lepas, najib and the geng telah mengumumkan satu project baik punya di pekan. Ingat, projek neh tidak pernah mendapat bantahan dari pembangkang dari segi tujuan nya. Benda yang baik, pembangkang akan sokong sepenuhnya. Jika project neh benar2 boleh membawa kemajuan dan pembangunan serta menaikkan ekonomi rakyat, maka pembangkang akan berdiri teguh bersama bn untuk menyokong apa2 usaha kerajaan ke arah itu. Namun, selepas dua tahun apa yang dijanjikan najib tidak berlaku sama sekali. Mari kita imbas kisah dua tahun yang lepas terlebih dahulu ; Point penting dari artikel yang diterbitkan oleh utusan dua tahun yang lepas ; 1. Projek neh dijangka beroperasi sepenuhnya selepas tiga tahun iaitu 2013. 2. Beroperasi sepenuhnya bermaksud semua yang disediakan [telah dibina] digunakan sepenuhnya bagi memenuhi tujuan operasi. 3. Tarikh siap pula sepatutnya pada 2012. Lihat sendiri screenshot website mereka di bawah neh ; 4. Projek neh diberitahu boleh membawa kebaikan kepada penduduk di sekitarnya. Okey, kita tak bantah walaupun nada si penulis utusan neh seolah2 memperli bantahan orang asli disitu ada kaitan dengan pembangkang. Sambil2 tue sempat juga diselitkan ayat2 yang membodek. Peh. 5. Point penting dia ialah bilamana dia menulis perkataan "wang rakyat" disitu. Apa? Wang rakyat? Apa? Ulang balik.. wang rakyat? Worr.. pelaburan neh rupanya usahasama antara kerajaan dengan pelabur2 dari tempatan dan luar negara yang mana kerajaan membangunkan projek neh melalui TASBSM. 30% ekuiti TASBSM dimiliki oleh PKNP perbadanan kemajuan negeri pahang. 6. Bila wang rakyat dah terbabit disini, maka wajarlah ko, aku dan kita seme menyemak mengambil tahu apa yang dah berlaku ke atas projek neh sekarang. Lihat bawah neh ; Inilah hasinyal setelah dua tahun projek neh berjalan. Woww.. Biar betik bhai? Apa pun takda. Habok je ada.. Penulis wartawan utusan neh harap2 dia tutup larh muka dia selepas neh.. itula bodek lagi sampai tak hengat donia.. amek kaww .. heh Okey, meninggaldunia sudah isu salah menyalahkan neh. Sekarang neh bukan nak tuding2 ka, maki2 ka apa ka, sekarang neh kerajaan negeri pahang kena bagi penjelasan mengenai projek neh ; - adakah projek neh di anggap batal? Atau gagal? - jika batal or gagal, berapa banyak wang rakyat telah dirugikan disini? - bagaimana dan apa punca nya projek neh boleh terbelangkai? - siapa yang harus bertanggungjawab dan memikul kesalahan disebabkan kegagalan projek neh? - bagaimana kerajaan nak atasi kegagalan neh dan apakah cara terbaik untuk cover balik kerugian yang terhasil akibat daripada kegagalan projek neh? - hutan2 yang dimusnahkan, apakah kerajaan ada plan lain bagi mengantikan projek yang dah gagal neh? Ini najib kena jawab. Aku tak pasti samada projek neh bernilai rm8billion or rm2billion sebab semakan rambang aku hanya ternampak jumlah sebanyak rm2billion je bukan nya rm8billion walaupun ramai yang menyebarkan bahawa projek neh ialah projek yang bernilai rm8billion. Namun rm8billion ka atau rm2billion ka tak penting. Duit tetap duit. Rugi tetap rugi. Apa yang boleh dibuat sekarang neh ialah penjelasan kenapa ia gagal dan cara mengatasi projek yang gagal neh. Najib, selaku piem malaysia yang memegang kawasan parlimen pekan, ada projek sebegini besar yang sebegini rugi.. dia boleh buat derk aje? Aku panggil ia loser. Sorry najib. Bai. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di pekan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen