ads

Sabtu, 18 Februari 2012

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


Lagi Pusat Pemindahan Banjir Dibuka <b>Di Rompin</b>

Posted: 25 Dec 2011 02:48 AM PST

KUANTAN – Sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Rompin, namun jumlah keseluruhan mangsa menurun kepada 618 orang setakat jam 4 petang tadi berbanding 655 pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, pusat pemindahan itu dibuka tengah hari tadi di Sekolah Kebangsaan Pianggu dan menempatkan 231 mangsa.

"Selain itu, seramai 247 mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Teluk Gading, Pusat Ekonomi Bukit Serok (119) dan Balai Raya Kampung Rekoh (21),"
katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, kesemua mangsa adalah penduduk dari 11 kampung di daerah itu.

Sementara itu, dua kampung iaitu Mentelong dan Denai terputus hubungan darat selepas jalan dinaiki air sejak tengah hari tadi.

Tiada kejadian banjir di daerah lain atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, katanya. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved