ads

Selasa, 13 Mac 2012

06 di bentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


Jambatan Baru 4 Lorong <b>Di Bentong</b> Akan Dibina

Posted: 27 Jan 2012 07:22 PM PST

BENTONG – Sebuah jambatan baru empat lorong akan dibina di Bandar Bentong tidak lama lagi bagi mengatasi kesesakan di kawasan berkenaan, kata Ahli Parlimennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata, berkata kerajaan meluluskan peruntukan RM8 juta bagi membina jambatan itu yang akan dimulakan dalam tempoh terdekat.

"Jambatan baru itu akan dibina bersebelahan jambatan sedia ada yang terlalu sempit dan menimbulkan kesesakan di pusat bandar Bentong.

"Ini kerana kesesakan di situ bukan lagi berlaku pada musim perayaan, tetapi juga pada hari biasa menyebabkan keperluan bagi membina jambatan baru yang lebih besar dan selesa untuk penduduk di sini," katanya di sini, semalam.

Liow yang juga Menteri Kesihatan berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyiapkan reka bentuk jambatan dan tender akan dikeluarkan selepas itu.

"Pembinaan jambatan dijangka akan mengambil masa selama 18 bulan dengan menggunakan kepakaran tempatan," katanya sambil meminta pengguna memberikan kerjasama kepada JKR ketika pembinaan jambatan itu kelak. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved