ads

Sabtu, 31 Mac 2012

06 di cherating - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di cherating - Google Blog Search


Diari Kita: EDISI MEMORI TERCIPTA <b>DI CHERATING</b>, KUANTAN <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2012 12:00 AM PST

Untuk percutian kedua kami kali ni, kami memilih Cherating sebagai destinasi untuk merehatkan minda. Kami memilih untuk berehat sambil menikmati keindahan pantai untuk percutian kali ni.

Hari pertama kami habiskan masa di bandar Kuantan, seawal jam 9.00 pagi kami bertolak, dan dalam pukul 1.00 petang kami selamat sampai. Terus kami mencari tempat untuk makan tengah hari. Kami memilih Aida'z Corner (AC) berhampiran Kuantan Parade. Saya suka minum air jagung di AC.

Selepas makan, kami check in di Shahzan Inn. Dari bilik hotel kami boleh dapat lihat pemandangan Bandar Kuantan. Dah lama tak ke Kuantan, dah banyak perubahan. Dah banyak bangunan2 baru.

P1000318

Selepas berehat, kami pun merayap ke Bandar Kuantan…sempat pergi tengok wayang di East Coast Mall layan Ghost Rider II. Selesai tengok wayang kami pergi ke Teluk Cempedak (TC)..saja nak rasa angin pantai pada waktu malam. Disebabkan kami pergi pada weekday, tak ramai sangat orang. Cantik pemandangan waktu malam dekat TC ni. Memang banyak perubahan..dah banyak fast food restaurant kat sini.

P1000340

P1000344Dah puas2 jalan2 kat TC tu, perut pun dah nyanyi lagu rock kapak menandakan "makan time"sudah tiba. Datang Kuantan ni jangan lepaskan peluang makan seafood di Tanjung Lumpur. Kami memilih Ana Ikan Bakar Petai di untuk menjamu selera.

P1000360

Saya paling suka makan sotong goreng tepung, tapi air buah dia so so je..caor orang perak kata. Yang special kat sini ikan bakar dibakar bersama petai…hubby suka la ada petai tu.  P1000369

P1000362

Menjamu selera aktiviti penutup kami pada hari pertama di Kuantan. Sebelum balik ke hotel sempat pusing2 sekejap bandar Kuantan..nikmati pemandangan waktu malam di Kuantan.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved