06 di jerantut - Google Blog Search |
Gadis Hilang <b>Di Jerantut</b> Ditemui Di Kuantan | Kamaluddin's Blog Posted: 22 Mar 2012 07:20 PM PDT - Mar 23, 2012 10:20:30. Seorang pelajar berusia 15 tahun yang dilapor hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit, di Jerantut, Isnin lepas, ditemui bersama teman lelakinya di Kuantan. Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata pelajar terbabit Nornabila Mat Yaacob yang dipercayai mengikut teman lelakinya ke Kuantan, ditemui keluarganya pada pukul 10 malam Rabu. "Ibu pelajar terbabit, sebelum itu menghubungi teman lelaki anaknya itu dan dimaklumkan Nornabila berada di Kuantan. "Keluarga Nornabila yang menetap di Taman Koperasi, Jerantut ke Kuantan dan menemui Nornabila di sebuah kedai serbaneka di Taman Tas, Kuantan," katanya kepada Bernama, di sini Khamis. Azid berkata berdasarkan siasatan awal, pelajar terbabit pernah melarikan diri dari rumah sebelum ini bersama teman lelakinya yang berusia 20-an dan telah berkahwin itu. |
You are subscribed to email updates from di jerantut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan