ads

Sabtu, 24 Mac 2012

06 di merapoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di merapoh - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Mar 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Mar 2012 09:24 PM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2011 06:07 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Gunung Tahan: Kuala Juram(<b>Merapoh</b>)-Tahan-Kuala Juram – Part II

Posted: 20 Apr 2011 06:11 PM PDT

Sebenarnya, ini kali pertama aku pergi hiking dengan fullpack atas belakang. Nak-nak pulak trip yang maybe boleh mencecah 5 hari 4 malam. Betapa berdebornya jantung aku ni tuhan saja yang tahu. Dahle tak pegi training. Main redah je. Tapi alhamdulillah semua selamat.

Boleh dikatakan trail yang aku lalu sepanjang 4 hari ni adalah kombinasi segala trail yang pernah aku lalui di Gunung Datuk, Gunung Nuang, Gunung Brinchang, Gunung Ledang dan lain-lain. Semua ada. Nak yang kering, yang basah berselut sampai lutut, yang berpacat dan tak ketinggalan yang pacak sampai menyesal pegi hiking. Pendek kata, trail ni adalah best!

Sedikit info mengenai Gunung Tahan.

Lokasi: Pahang.
Ketinggian: 2,187 meter (7,175 kaki)

Travel log hari kedua, 6 April 2011;

6:30 AM – Bangun tidur (kononnya. haha)
9:18 AM – Bergerak ke Permatang
10:15 AM – Tiba di Permatang
10:30 AM - Bergerak ke Kem Kubang
12:45 PM – Tiba di Kem Kubang
2:00 PM – Bergerak ke Botak (Perancangan asal)
2:50 PM – Tiba di Belumut
6:45 PM – Tiba di Bonsai (Bermalam di Bonsai sahaja lah sebab hari dah nak gelap)

Total 37 Photos

Sila teka apa tu? Itulah taik gajah. Yang kat tengah tu dah kene lanyak dengan budak-budak ni. Takde kesedaran sivik betul. Tahi pon nak lanyak ke? Haha.

2. Selepas 3 sungai besar, sampai lah ke Lata Luis. Sini ada campsite. Bole juga kalau nak bermalam kat sini.

3. Lata Luis. Tatau nak letak caption apa. OK aku tau, pemandangan yang nyaman.

4. Masih di Lata Luis. Kat sini la aku rasa mcm nak berendam macam anak dara berkemban dalam sungai tu sebab penat gila. Tapi bila pikir kesedaran sivik dan risau takot ada orang berdarah hidung(sebab kene tumbuk), aku batalkan niat tu.

5. Lata Luis ada air terjun. Yelah, nama pon lata. Kalau takde air terjun kang ada orang buat mogok lapar lak.

6. Akhirnya sampai di Kem Kor. Kem paling besar dan paling selesa. Cuma jamban je out of service. Tak jadi masalah, buang saja di tepi sungai. (no no no no jangan dalam sungai/air ye)

7. Kem Kor adalah destinasi pertama kami. Sebelah kem ada sungai. Boleh mandi tapi sebab sejuk sangat aku tak mandi. Aku amik aiyor semayang je. ANAAAAAAK SAPAAAA LAAAAA NIIIII??

8. Bila pandang ke atas, tetibe insap dan rasa kita ni kecil saja.

9. Cendawan comel di Kem Kor. Nama beliau Cembawam. Hai!

10. Masih di Kem Kor. Awan putih, langit biru, daun kayu hijau. Sejuk mata memandang.

11. Bag aku terbongkang berlatarbelakangkan jamban yang takleh pakai di Kem Kor.

12. Aku teringat ada orang takut belalang. Bila beliau hinggap atas stokin yang aku jemur ni, aku pon amik la gambar beliau.

13. Malam pertama kami di Kem Kor. Banyak agas kat sini. Seb baik aku pakai baju lengan panjang & seluar trek. Kalau idok, menggaru le jawabnya. Malam tu jugak hujan turun. Alhamdulillah tak lebat. Jadi kami dapat tido dengan selesa. Tanpa ada insiden khemah banjir macam aku penah kene dekat Kem Sungai Pauh. T_T

14. Tengah sembang-sembang tetiba awan jadi merah, pokok-pokok jadi merah. Aku, Azam, Lair terkejut. Haha. Ingatkan apa dah jadi. Rupanya reflection sunset dari belah yang bertentangan. Subhanallah!

15. Makan malam kami di Kem Kor. Nasi goreng lembik berlauk daging dan ikan bilis. Terbaek wei sebab lapar dan letih. Tak dilupakan cendawan keras di tengah sebab rendam sekejap saja. Haha.

16. Pagi yang gelap kini sudah terang, mari bukak khemah dan susun balik barang-barang nak bawak dan kumpul barang yang nak tinggal untuk kegunaan on the way balik.

17. Stock makanan simpanan yang akan dikutip bila balik nanti di Kem Kor. Pikul yang perlu sahaja ke kem seterusnya.

18. Isnin T/Hari : Bukan bungkusan kami. Peninggalan pendatang sebelum kami di Kem Kor.

19. Kem Kubang. Mula-mula plan nak tido kat sini tapi kami otimis dan mahu terus ke Kem Botak! Jadi, bolos saja dinding ittewww! Selepas berehat, terus menuju ke Botak.

20. Mistkul rasanya! Sejuk gak la bila berkabus tuu.

21. Kem Kubang adalah setinggi 1406meter dari aras laut. Ia adalah 200 meter lebih tinggi dari Gunung Ledang yo! Patutler sejuk.

22. Macam ni la rupa tanah dekat campsite Kubang. Seb baik belah tengah tu kering sikit. Lepas amik gambar ni, kamera aku jatuh dari celah kangkang aku. Cepelet! Hahahahaha padan muka abis D50 aku mandi selut. T_T

23. Tengok la keadaan dia. Mana tak dinamakan Kubang. Hehe.

24. Group photo di Belumut. Boleh tahan penat la masa ni. Tapi apakan daya, jauh lagi beb nak sampai ke Bonsai.

25. Ya, Belumut bukan berlumut. Tempat ni memang lembab dan basah. Takleh imagine sapa yang camping kat sini.

26. Belumut yang berlumut. Jaga langkah. Silap-silap boleh tenggelam sampai ke lutut. Salah langkah boleh sangkut dekat akar dan patah kaki. Ini bukan trail main-main boi!

27. Ok sila pose. Aku nak amik gambar ni. OK blur padan muka. Haha.

28. Burung Merbah terjinak di dunia. Haha. Beliau lompat-lompat saja ikot aku. Kasi tangan dia datang dekat ingat ada makanan. Tak penah amik gambar burung sedekat ni (focal length 20mm saja yo!) Memang depan-depan je aku snap. Lepastu rasa cuak. Betul ke burung tu?

29. Trail belumut ke Bonsai. Memang berlumut lah!

30. Fogging. Itu je la kerja Azam. Ni dekat satu tempat yang dinamakan pemandangan sebab ada pemandangan yang santet.

31. Yahuu sudah sampai di Bonsai yang sejuk. Mulai kawasan ni, semua pokok adalah renek-renek dan cute sahaja. Hotel malam ni setinggi 1705m dari aras laut.

32. Unpacking dan pasang khemah di Bonsai. Penat gila 2nd day ni. Target sebenar nak terus ke Botak dari Kem Kor dibatalkan sebab hari sudah hampir gelap.

33. Mengintai dari celah awan.

34. Pasang fly - canvas yang akan menjadi bumbung khemah. Tali ditarik dari hujung kiri ke hujung kanan. Malam ni tidur dalam kesejukkan di Bonsai!

35. Dari Belumut. Inilah penangan selut tak hengat sepanjang trek. Memang saiko abis. Seb baik tak bawak Nabila. Kalu tak kompem nanges.

36. Tahapebende tah Abang Man tunjuk kat sana. Semua meneropong dengan penuh kekaguman.

37. Orang lain sibuk memasak/kemas barang aku sibuk ngambik gambor. Hehe. Sunset di Bonsai.

Bersambung part III.

Rating: 10.0/10 (4 votes cast)
Gunung Tahan: Kuala Juram(Merapoh)-Tahan-Kuala Juram - Part II, 10.0 out of 10 based on 4 ratings

Related posts:

  1. Gunung Tahan: Kuala Juram(Merapoh)-Tahan-Kuala Juram – Part IV
  2. Gunung Tahan: Kuala Juram(Merapoh)-Tahan-Kuala Juram – Part III
  3. Gunung Tahan: Kuala Juram(Merapoh)-Tahan-Kuala Juram – Part I
  4. Gunung Kinabalu – Part IV
  5. Gunung Ledang – Part I
Tags: , , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved