ads

Rabu, 7 Mac 2012

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pusat sukan bermotor bakal dibina <b>di Rompin</b>

Posted: 27 Feb 2012 03:05 PM PST

ROMPIN 27 Feb. – Sebuah pusat sukan bermotor akan dibina di sini selepas acara tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia di seluruh daerah ini.

Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, sebidang tanah seluas kira-kira 20 ekar akan digunakan bagi membina pusat tersebut di sini.

"Bagaimanapun saya akan bawa perkara ini ke Pejabat Tanah Rompin dan berusaha mendapatkan sokongan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk mendapatkan tanah bagi tujuan ini," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Rompin Drag Challenge di sini semalam.

Beliau akan meminta peruntukkan untuk membuat pusat tersebut daripada Kerajaan Persekutuan.

"Saya akan berbincang perkara ini dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengenainya. Malah saya akan berbincang dengan beliau untuk membina sebuah pusat permotoran di setiap daerah di negeri ini," katanya.

Katanya, perkara itu menjadi saranan Perdana Menteri supaya pemimpin mendekati golongan muda dalam apa cara sekalipun acara yang berfaedah untuk mereka.

Dalam pada itu, katanya, program Rompin Drag Challenge yang merupakan acara tahunan di daerah ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan muda.

"Malah, sambutan bukan sahaja belia dari Rompin tetapi juga dari kawasan berhampiran seperti Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur yang turut menyertai pertandingan itu," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved