ads

Rabu, 7 Mac 2012

06 di sungai lembing - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di sungai lembing - Google Blog Search


MB Pahang nak lupuskan sisa Lynas <b>di Sungai Lembing</b>?

Posted: 07 Mar 2012 06:57 AM PST


Kumpulan Anti-Lynas hari ini mendakwa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah mencadangkan bekas tapak lombong di Sungai Lembing sebagai tapak pelupusan sisa radioaktif dari Lynas.


Tambah kumpulan itu dalam satu kenyataan , Adnan Yaakob juga telah memberi amaran kepada ahli-ahli politik yang hadir dalam jamuan semalam supaya tidak mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti anti-Lynas yang merisikokan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.

Hmm.. baguslah tu...

Bacalah apa kata Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid kat bawah ni..

Buang sisa Lynas dalam sungai kerja gila

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah keras cadangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob agar sisa kilang Lynas dibuang di Sungai Lembing kerana kami berpendapat jika ini dilakukan, ia adalah tindakan gila.

Adakah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar dirujuk dalam hal ini? Apakah undang-undang perlindungan sungai akan diketepikan begitu sahaja?

Ekologi sungai yang kini sangat sensitif dan bakal punah akibat pembuangan sisa radioaktif , pasti akan mengundang malapetaka yang tidak boleh dirawat lagi.

Di sebaliknya ia akan memperlihatkan slogan 'Cinta Sungai Kita' yang selama ini dicanang oleh JPS hanya menjadi suatu momokan dan bahan ejekan.

Jika ini benar-benar dilakukan ia adalah jenayah alam sekitar yang sepatutnya dihalang malah diambil tindakan undang-undang yang tegas tanpa kompromi.

Amat jahil bagi sesiapa yang menganggap membuang sisa toksid seperti bahan radioaktif Lynas ke dalam sungai tidak merosakkan alam sekitar.

Walaupun cadangan itu dikatakan adalah di tapak lombong yang sudah tidak digunakan, interaksi air bawah tanah serta akhirnya menyambung ke sungai pasti akan memberi kesan yang merbahaya dalam jangka masa panjang.

Kami difahamkan Sungai Lembing yang dicadang itu adalah kawasan pelancongan yang dikunjungi ramai.

Teras bukan sahaja mengambil kira soal kehidupan dan punca pendapatan penduduk Sungai Lembing tetapi yang lebih penting ialah soal persekitaran yang akan bakal rosak yang tidak boleh dipulih lagi jika ia menjadi tapak buangan sisa radioaktif.

Kini yang menjadi polemik ialah di mana pembuangan sisa radioaktif itu hendak disalurkan.

Padahal kenyataan yang saling bercanggah antara Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu pembuangan sisa toksik dari kilang Lynas ini membuktikan kelulusan membenarkan Lynas beroperasi adalah keputusan sembrono.

Tiba-tiba MB Pahang pula membuat kenyataan yang jauh lebih mengejutkan.

Teras menyelar kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berwewenang yang bukan sahaja mengelirukan malah menyusahkan pegawai kerajaan yang terpaksa berdepan dengan masyarakat.

Yang jelas semua kenyataan ini dibuat hanya untuk berselindung di balik hakikat yang sebenar. Bahaya kilang Lynas sememangnya mempunyai risiko tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

Malangnya setiap kali pengumuman dibuat, setiap kali kesilapan terserlah.

Najib yang cuba membersihkan kilang Lynas daripada kontroversi dengan menyatakan bahawa sisa kilang Lynas adalah tidak berbahaya, dan akan memastikan sisa tersebut dipindahkan ke lokasi lain yang selamat dan jauh dari penempatan manusia, jelas sedang memperjudikan nasib masyarakat dan alam sekitar negara ini.

Rakyat tidak boleh dibohongi hanya dengan strategi emosi dan psikologi seperti yang disebut oleh PM. Apa yang rakyat mahu ialah dibatalkan terus projek ini demi masa depan masyarakat dan alam sekitar negara.

Teras: Cadangan Buang Sisa Rare Earth <b>Di Sungai Lembing</b> Satu <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2012 12:19 PM PST

Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid (foto) membantah keras cadangan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob agar sisa kilang Lynas dibuang di Sungai Lembing kerana kami berpendapat jika ini dilakukan, ia adalah tindakan gila. Adakah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar dirujuk dalam hal ini? Apakah undang-undang perlindungan sungai akan diketepikan begitu sahaja?. Ekologi sungai yang kini sangat sensitif dan bakal punah akibat pembuangan sisa radioaktif , pasti akan mengundang malapetaka yang tidak boleh dirawat lagi. Di sebaliknya ia akan memperlihatkan slogan 'Cinta Sungai Kita' yang selama ini dicanang oleh JPS hanya menjadi suatu momokan dan bahan ejekan. Jika ini benar-benar dilakukan ia adalah jenayah alam sekitar yang sepatutnya dihalang malah diambil tindakan undang-undang yang tegas tanpa kompromi. Amat jahil bagi sesiapa yang menganggap membuang sisa toksid seperti bahan radioaktif Lynas ke dalam sungai tidak merosakkan alam sekitar. Walaupun cadangan itu dikatakan adalah di tapak lombong yang sudah tidak digunakan, interaksi air bawah tanah serta akhirnya menyambung ke sungai pasti akan memberi kesan yang merbahaya dalam jangka masa panjang. Kami difahamkan Sungai Lembing yang dicadang itu adalah kawasan pelancongan yang dikunjungi ramai. Teras bukan sahaja mengambil kira soal kehidupan dan punca pendapatan penduduk Sungai Lembing tetapi yang lebih penting ialah soal persekitaran yang akan bakal rosak yang tidak boleh dipulih lagi jika ia menjadi tapak buangan sisa radioaktif. Kini yang menjadi polemik ialah di mana pembuangan sisa radioaktif itu hendak disalurkan. Padahal kenyataan yang saling bercanggah antara Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu pembuangan sisa toksik dari kilang Lynas ini membuktikan kelulusan benar Lynas beroperasi adalah keputusan sembrono.Tiba-tiba MB Pahang pula membuat kenyataan yang jauh lebih mengejutkan. Teras menyelar kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berwewenang yang bukan sahaja mengelirukan malah menyusahkan pegawai kerajaan yang terpaksa berdepan dengan masyarakat. Yang jelas semua kenyataan ini dibuat hanya untuk berselindung di balik hakikat yang sebenar. Bahaya kilang Lynas sememangnya mempunyai risiko tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Malangnya setiap kali pengumuman dibuat, setiap kali kesilapan terserlah. Najib yang cuba membersihkan kilang Lynas daripada kontroversi dengan menyatakan bahawa sisa kilang Lynas adalah tidak berbahaya, dan akan memastikan sisa tersebut dipindahkan ke lokasi lain yang selamat dan jauh dari penempatan manusia, jelas sedang memperjudikan nasib masyarakat dan alam sekitar negara ini. Rakyat tidak boleh dibohongi hanya dengan strategi emosi dan psikologi seperti disebut oleh PM. Apa yang rakyat mahu ialah dibatalkan terus projek ini demi masa depan masyarakat serta alam sekitar negara.

[Apa yang pasti, kini Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mula menjadi gelabah dan serba salah diatas kebangkitan suara rakyat dalam Isu Lynas ini. Mereka tidak perlu lagi untuk berbohong dengan memberikan berbagai alasan dangkal bagi meneruskan projek ini. Kenyataan bercanggah dan penuh tipu helah yang dikeluarkan oleh pemimpin negara jelas membuktikan memang ada sesuatu yang tidak kena terhadap projek ini. Unsur-unsur rasuah dan penyelewengan haruslah dibongkarkan bagi mengetahui siapakah yang "makan hasil komisyen besar" gara-gara membawa masuk Lynas ke negara ini. Kini mereka bagai "cacing kenasan" kerana takut kehilangan untung 12 tahun tanpa cukai yang diberikan kepada Lynas untuk beroperasi di negara ini. Kerajaan tidak dapat untung, tetapi ada pihak yang dapat untung besar dan mahu Lynas diteruskan juga walau dalam apa jua cara sekali pun. Kesihatan dan keselamatan rakyat ditolak ketepi demi wang ringgit dan kemewahan yang bakal mereka kecapi. Inilah dia sebenar sikap pemimpin yang kononnya melaungkan "rakyat didahulukan", padahal kantung poket mereka dahulu yang lebih diutamakan. Bangkit dan buatlah perubahan pada PRU13 nanti].

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved