ads

Jumaat, 27 April 2012

06 di jengka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di jengka</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2012 11:20 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Ceritera Cinta Ima Althafunnisa&#39;: 2 Nenek Kena Belasah <b>Di Jengka</b> 20.

Posted: 13 Apr 2012 06:08 AM PDT

Hi r.e.a.d.e.r.s,

Hari nie cik Ima dah selamat sampai di bumi Sintok. Semalam bertolak pada pukul 6.50 petang. Mama temankan aku tunggu bas Jengka Liner di perhentian bas simpang Jengka 20.

Anyway, kali nie nak cerita tentang kejadian yang berlaku di Jengka 20 kelmarin. Di saat aku tidur lena, rupa - rupanya malam tu, ada 2 rumah kena pecah masuk dekat Jengka 20. Sampai ada yang kena tetak dan kena belasah dek penyamun.

Ini muka depan akhbar Sinar Harian.


Ini plak petikan dalam akhbar Sinar Harian.
JENGKA 20 – Dua rumah di Felda Jengka 20 disamun sekumpulan perompak bersenjatakan parang hingga menyebabkan lima mangsa dari dua keluarga itu mengalami kecederaan.

Mangsa, Kamariah Awang, 55, berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur bersama anak manakala suaminya, Abdul Razak Hassan, 65, tidur di bilik berasingan.

"Saya terjaga dari tidur akibat disuluh dengan lampu oleh penjenayah. Sebaik sahaja terjaga, saya terus dipukul dengan sebatang kayu.

"Suami saya yang terjaga kerana mendengar kekecohan terbabit terus menjenguk bilik saya dan menolak penjenayah yang memukul saya ketika itu," katanya.

Tambahnya, penjenayah terbabit terjatuh sebelum bangkit semula dan menetak suami mangsa menggunakan sebilah parang.

"Penjenayah terbabit menetak suami saya beberapa kali sehingga menyebabkannya cedera di bahagian kepala, bahu kanan dan pergelangan tangan kiri," katanya.

Dalam kejadian pergelutan terbabit, penjenayah sempat merampas seutas rantai leher dan gelang tangan yang dianggarkan bernilai lebih RM1,000.

"Penjenayah bertindak ganas merampas rantai dan gelang saya sehingga menyebabkan leher dan pergelangan saya lebam.

"Ketika itu, saya lihat darah suami saya berselerak di lantai sebelum penjenayah terbabit terus mendesak saya menyerahkan barang berharga," katanya.

Sementara itu, menantunya, Nasaruddin Omar, 42, yang sedang tidur di ruang tamu ketika kejadian tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan keluarganya.

"Ketika itu, seorang daripada penjenayah bertindak mengacukan parang kepada saya. Saya terdetik untuk melawan, namun memikirkan dua anak saya ada bersama, saya bertindak mendiamkan diri dan menyelubungi kedua anak saya dengan selimut agar mereka mendiamkan diri," katanya.

Menurut Nasaruddin, penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumahnya dengan memotong besi tingkap di salah satu bilik rumahnya.

Selepas perompak terbabit melarikan diri, mangsa bertindak menghubungi polis dan suaminya di bawa ke Hospital Jengka untuk menerima rawatan.


Kejadian yang sama turut terjadi kepada sebuah lagi rumah milik Siti Fatimah Ismail, 59, di tanah rancangan terbabit.

Dalam kejadian itu, Siti Fatimah yang terdengar jeritan anak perempuannya, Azura Mohamad, 30, yang sedang tidur di ruang tamu bersama seorang jiran, Munah Sahadan, 73, bergegas untuk menyelamatkan mereka.

Namun salah seorang daripada empat penjenayah terbabit bertindak ganas memukul mangsa dengan menggunakan belakang parang sehingga mengakibatkan tangan kanannya patah.

Menceritakan detik cemas terbabit, Siti Fatimah yang masih trauma memberitahu, penjenayah terbabit turut meragut dua gelang tangan emas miliknya dan anak perempuannya.

"Kejadian berlaku dengan pantas. Di sebuah bilik, menantu saya yang mendengar pergelutan itu menjerit dan memberitahu polis akan datang.

"Mungkin kerana terkejut mendengar jeritan menantu saya, kesemua perompak itu melarikan diri," katanya.

Dalam kejadian itu juga, anak perempuannya mengalami kecederaan di kepala dan kini turut dirawat di Hospital Jengka manakala Munah pula hanya cedera ringan.

Seperti mangsa pertama, perompak terbabit turut memasuki rumah Siti Fatimah dengan cara memotong besi tingkap di bahagian belakang rumahnya.


Kalau korang nak tahu, sebenarnya ini bukan pertama kali berlaku kejadian pecah rumah dekat Jengka 20 nih. Dah banyak kali. Dulu masa kakak aku jadi kerani dekat pejabat JKKR. Punya banyak kali pejabat tu kena pecah masuk.

Wang tunai, duit syiling, ikan peliharaan dengan selipar semua licin kena songlap. Tak tau la budak dadah ke apa nak curi selipar ngan duit syiling sekali. Tapi tak pernah pown pihak atasan nak buat report polis atau ambil tindakan.

Paling drastik tindakan pihak pengurusan nak tahu apa.? Tuduh akak aku yang curi semua duit dalam tu.! Adoi. Malas nak cakap apa kan. Tapi, memang stupid la nak tuduh akak aku yang curi duit dan barang2. Padahal dah jelas pejabat tu 2 - 3 kali kena pecah masuk dek penyamun.


Tadika dekat sebelah pejabat tu pown pernah kena pecah masuk. Habis periuk belanga kena curi. Memang cikai punya orang la curi benda2 camtu. Aku malas nak tuduh mana - mana pihak. Tapi aku nak kritik tahap keselamatan dan tindakan pihak pengurusan Felda.

Dari dulu 'play save' je diorang. Buat - buat tak ambil peduli. Sekarang, dah ada orang kena samun, tetak, belasah. Ayat diorang just, ''pengurusan Felda menggesa agar kawalan sedia ada di tanah rancangan terbabit diperketat lagi.'' Ayat yang sama tu la duk ulang dari dulu.

Dulu pihak pengurusan Felda kata nak ketatkan kawalan. Tapi, cuma ketatkan kawalan keluar masuk. Itu pun RELA yang terdiri dari pakcik2 tua yang jaga pos kawalan. Pakcik - pakcik tu semua bukan kuat dah. Mana la indon atau budak2 dadah tu nak takut.

Sedih aku kalau tempat aku jadi macam nie. Risau dengan keselamatan mak, adik dan abang aku kat rumah tu. Kawasan rumah aku semua janda - janda je yang tinggal. Macam mana nak protect diri kalau kena serang dengan penyamun.


Aku harap sangat, pihak pengurusan dapat lakukan sesuatu untuk kukuhkan tahap keselamatan warga Felda Jengka 20. Tolong.! jangan buat lagi tuduhan tak berasas macam akak aku kena dulu. Serius itu buat aku pandang rendah kat korang.

Panjang plak aku membebel. Dah, Jangan nak saman aku plak. Kritik sikit je kowt. Nak suruh aku betul2 kritik, memang banyak benda lagi ye. Tak sentuh lagi pasal kroni, pasal pinjaman rumah, pasal rumah untuk generasi kedua. Serius banyak.!

Tapi, for now, laksanakan tanggungjawab dengan amanah ok. Jaga keselamatan kami. Jaga kebajikan keluarga kami. Korang dibayar gaji untuk itu. Kan.??
.
. www.tips-fb.com

BLOG PAHANG: 06 <b>di jengka</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2012 11:15 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Bekalan air selalu terputus <b>di Jengka</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 14 Feb 2012 10:31 PM PST

Saya ingin membuat aduan berkenaan bekalan air paip yang kerap terputus bekalan sejak akhir2 ini. Bayangkan dlm minggu ini sahaja sudah 3 kali bekalan air paip terputus dan bekalan terputus sekali seminggu sudah menjadi kebiasaan di sini. Ini menyukarkan aktiviti seharian penduduk di sini khususnya dan membebankan rakyat amnya.

Alasan yang diberikan oleh pihak JBA atau nama barunya PAIP ialah bekalan elektrik yang senantiasa terputus di loji air Batu Sawar. Jika benar sebagaimana alasan yang diberikan, pihak berkenaan seharusnya peka dengan masalah tersebut dan segera memperbaiki segala kerosakan dengan kadar yang segera.

Memalukan!!! Itu yang dapat saya gambarkan keadaan di sini sedangkan kerajaan Negeri Pahang hendak menjual air ke Selangor walhal keadaan di negeri sendiri tidak terurus.

Memalukan!!! Nama bandar sempena PM ke 3 iaitu ayahanda Perdana Menteri sekarang Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak seringkali terputus bekalan air paip sedangkan BTAR JENGKA adalah bandar kemegahan orang melayu di Malaysia.

Memalukan!!! Bilamana wakil rakyat yang dilantik serta pegawai di Jabatan Bekalan Air gagal menjalankan tugas memastikan perkara remeh temeh seperti ini sentiasa berulang sedangkan ini adalah keperluan asas bagi semua rakyat Malaysia. Bagaimana hendak memikul tanggungjawab lebih besar jika masalah bekalan air yang masih lagi berterusan sejak 25 tahun yang lalu?

Moga aduan saya yang mewakili seluruh warga Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang Darul Makmur mendapat perhatian pihak berkaitan terutama YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak kerana jgn kerana perkara remeh sebegini, sokongan rakyat pada PRU 13 akan datang kepada kerajaan BN jatuh merudum.

Sekian, wassalam.

By: achoy

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved