ads

Jumaat, 13 April 2012

06 di kuantan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuantan - Google Blog Search


Majoriti Acara Sukma Tertumpu <b>Di Kuantan</b>

Posted: 26 Mar 2012 09:47 PM PDT

KUALA LUMPUR – Walaupun empat daerah di Pahang dipilih sebagai venue Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 pada Julai ini, majoriti acara sukan tertumpu di Kuantan.

Pengarah Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Abdul Jalil Abdullah berkata Pahang yang akan menganjurkan temasya itu dari 7 hingga 16 Julai, menyenaraikan empat venue iaitu Kuantan, Temerloh, Rompin dan Pekan tetapi daripada 19 acara sukan wajib dan lima sukan pilihan yang dipertandingkan, hanya lima jenis sukan diadakan di luar Kuantan.

Temerloh menjadi venue bagi acara berbasikal, Rompin adalah untuk angkat berat dan Pekan bagi acara golf dan silat olahraga, katanya kepada Bernama hari ini.

Sebanyak 382 pingat emas, 382 perak dan 455 gangsa ditawarkan menerusi 24 acara yang dipertandingkan.

Acara sukan wajib yang dipertandingkan di Pahang ialah akuatik (renang, terjun), badminton, bola sepak, gimnastik, hoki, olahraga, skuasy, tenpin boling, angkat berat, berbasikal, karate, boling padang, memanah, menembak, perahu layar, silat, sepak takraw, taekwondo dan wusyu.

Sukan pilihan pula ialah tinju, petanque, golf, ekuestrian dan bola tampar.

Abdul Jalil berkata pendaftaran atlet akan bermula pada 1 Mei manakala tarikh akhir pendaftaran ialah Jun.

Mengenai masalah perebutan dan pertindihan pendaftaran atlet antara negeri-negeri, beliau berkata ia akan diselesaikan oleh jawatankuasa status atlet yang ahlinya terdiri semua pengarah MSN negeri.

Abdul Jalil berkata Brunei bersetuju untuk mengambil bahagian pada Sukma ke-15 ini selepas kali pertama menyertainya pada Sukma yang pertama, juga di Pahang pada 1996. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved