ads

Ahad, 1 April 2012

06 di mempaga - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di mempaga - Google Blog Search


CINTAMANISZ Lite: Jelajah Pantai Timur - Homestay Felda <b>Mempaga</b>

Posted: 07 Mar 2012 08:02 AM PST

02hb Jun 2011
Petang Khamis..

Dari Deerland, Lanchang...kitorang terus ke Felda Mempaga ikut jalanraya ke Felda Lakum, Felda Bukit Damar dan seterusnya Felda Mempaga..
Kitorang akan bermalam di sana...di sebuah rumah generasi ke-2 felda...rumah yg unik dan tuan umahnya dijadikan sebuah homestay.
Sgt menarik. Tambahan pulak...rumah homestay ni dijaga baik oleh tuan rumahnya. Lanskap yg menarik dan dekorasi dalaman juga sgt menarik.
Boleh gi ke link Felda Mempaga ni utk tengok dekorasi dan bilik2 yg disediakan di homestay ni..

Rumah ni mempunyai 4 bilik tidur. Tiga bilik tido mempunyai katil queen dan satu lagi katil double decker yg bawahnya besar dan atasnya single. Ada bantal & tilam tambahan disediakan. Ada 2 ekon di 2 buah bilik utama.
Ada 2 bilik air yg bersih. Ada sebuah dapur yg sangat lengkap...rasa mcm umah sendiri sebab sgt komplit. Ada mesin basuh manual....Filter air suling aje takde, hihi...
(Tuan homestay ni mmg dok umah ni ke?? kot ler kan...masa org sewa homestay ni...dorang gi tido kat umah lain, hehe)

Kemudian, kitorang menghala ke bandar Bentong utk menikmati dinner yg terawal, hehe. Kul 6 lebih punya dinner ala2 hostel, okeh!!
Ayah dan mak tunggu kat sini....leh makan sama2, yeargh!!!
Ayah ngan mak pun join bermalam kat homestay tu. Seronok berborak2...tp malam tu tengah berborak malam2...tetiba pintu homestay telah diketuk dengan kuat. Aku kat dalam bilik tengah lap kepala dan muka abg ngan tuala basah dan urut abg yg tengah demam...demam panas dan kepala tengah pening2. Terus mak panggil aku dengan tergesa2...ingat tuan umah atau pun org jahat yg ketuk mcm tu, ish..ish..aku pun keberah!! Dh ler abg tengah tak sihat, adoii..
Kelakar citer ni kalo diingat2.
Rupa2nya si Fadel yg datang, cis...bedebah tul ler adek aku tu. Dia dtg ngan Dayah...tak bgtau pun nk datang situ, hmm...kuat mengusik betul ler!!!
Sampai skang aku ingat lagi mcm mana kelam kabutnya dan kalutnya bila ada ketukan kat pintu yg kuat cenggitu, huh!!!

02hb Jun 2011
Jumaat...

Pagi2 tu semua dh siap sedia, kemas2 barang...dh nak bertolak balik ikut jalan Cameron Highlands, huhu..

Kemudian, kitorang gi sarapan pagi kat medan selera kg. Baru tu....
Pastu, kitorang pun menghala ke Raub, Sg. Koyan dan terus ke Cameron Highlands..
Mak, ayah, Fadel & Dayah pun ikut sampai ke Cameron Highlands, hehe...

Selesai entry di homestay Felda Mempaga....sambung entry last...ye last...di Cameron Highlands. Mujur ler gambar2 kat sana sket aje, kihkih....

Sekian..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved