ads

Khamis, 19 April 2012

06 di mengkarak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di mengkarak - Google Blog Search


Pahang Selamat, Rakyat Nikmat: Cerita sebalik bangunan Umno <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2012 10:25 AM PDT

Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Bandar Temerloh pasti akan melihat bangunan Umno Temerloh yang tersergam di pinggir jalan berhadapan tangga Taman tasik, berhampiran kedai Chuan Thye yang terbiar sejak sekian lama.

Ramai yang mengatakan Umno tidak sepatutnya membazir setelah menyiapkan bangunan di atas tanah kerajaan itu, kemudian dibiarkan terbengkalai sehingga rosak teruk terutama di sebelah dalamnya. Cermin sudah banyak yang pecah, kabel dicuri dan dinding dirosakkan. Bangunan luar pula sudah diconteng dengan macam-macam perkataan sementara di kelilingnya pula sudah dihiasi belukar.

Pada ketika ini bangunan Umno di lokasi strategik itu menjadi port maksiat utama bagi orang jahat Temerloh. Saya sendiri pernah masuk dan mengambil gambar terdapat botol arak, jarum pencucuk dadah, kondom, longgokan sampah dan akhbar tempat jantan-betina melampiaskan nafsu di situ. Air yang menakung akibat tempiasan hujan mula membiakkan aedes dan denggi.

Tentulah janggal apabila pemimpin Umno sering menasihati rakyat supaya berhemat dan berjimat cermat, malangnya parti itu sendiri membazir dengan begitu teruk sekali.

Rupa-rupanya ada cerita di sebalik bangunan Umno Temerloh yang dibiar tinggal itu. Pada penghujung 1990-an dulu, ketika itu pemimpinnya Dato' Sabaruddin Chik dan Dato' Mohd Sarit Shamsuddin, bangunan tersebut telah dibina oleh seorang kontraktor Cina dari Mengkarak, Bera yang digelar orang sebagai "Tauke Hitam".

Demikian saya diberitahu oleh seorang bekas OCPD yang mendakwa tahu benar tentang cerita bangunan berkenaan. Malah Dato' Sarit didakwa sebagai rakannya.

Katanya, bangunan berkenaan dibangunkan dengan harga jutaan ringgit oleh tauke Cina itu.

Saya diberitahu setelah siap disempurnakan, entah apakah masalahnya, Umno Temerloh tidak melunaskan bayaran sehingga menyebabkan Tauke Hitam mengambil tindakan mahkamah.

Bangunan Umno itu dikatakan hanya sempat dibuka sekitar dua bulan, kemudian di arahkan tutup oleh mahkamah sehingga kes selesai. Operasi Umno Bahagian Temerloh pula berpindah ke bangunan Umno Mentakab (dulu parlimen kini Dun).

Rupa-rupanya Tauke Hitam yang kecewa dengan Umno yang mungkir janji, dikatakan telah naik mereng kerana sangat tertekan dengan penipuan Umno itu.

Bekas OCPD tadi memberitahu, Tauke Hitam masih hidup tetapi sekarang keadaannya tak keruan berjalan mundar-mandir setiap hari di Mengkarak, kadang-kadang meracau dan minum di mana suka kemudian akan dibayar oleh anaknya pada sebelah petangnya.

Tambah bekas OCPD itu lagi, kasihan melihat Cina Tauke HItam itu tetapi apa boleh buat dah dianiaya Umno. Daripada kaya, kini kehidupannya seperti merempat.

Sumber lain menyebut, bangunan tersebut akan dibeli oleh bekas Adun Kuala Semantan yang akan menjadikannya sebagai show room kereta jualannya, sementara di sebelah atas pula dikatakan akan dibuat hotel bajet.

Dato Medan mungkin boleh menyelamatkan maruah Umno Temerloh, tetapi biul Tauke Hitam sukar dipulihkan!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved