ads

Ahad, 29 April 2012

06 di merapoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di merapoh - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Gunung Tahan: Kuala Juram(<b>Merapoh</b>)-Tahan-Kuala Juram – Part I

Posted: 16 Apr 2011 09:59 PM PDT

Pertama kali aku naik gunung adalah (kalau tak silap) pada hujung tahun 2009. Aku naik Gunung Nuang. Tapi sampai suku perjalanan je. Itu pon esoknya berjalan terkengkang-kengkang. Tak habis pun. Sampai sekarang tak pernah jejak puncak Gunung Nuang. Haha. Kali ni bukan cerita naik Nuang. Tapi naik Gunung Tahan.

Ada orang nak kejar G7 (7 gunung tertinggi di semenanjung) Tapi aku belum sampai ke tahap tu lagi. Mana orang ajak, aku pergi. Haha. Setakat ni kepuasan aku adalah menjejakkan kaki di puncak tertinggi Borneo(Kinabalu tahun lepas) dan pundak tertinggi Semenanjung Malaysia; Gunung Tahan. Hoyeah!

Sedikit info mengenai Gunung Tahan.

Lokasi: Pahang.
Ketinggian: 2,187 meter (7,175 kaki)

Terdapat 2 trail popular untuk sampai ke Gunung Tahan iaitu samada melalui Merapoh(Kuala Juram) atau Kuala Tahan. Trail Kuala Tahan adalah trail yang pertama ditemui sejak tahun 1881. Ia lebih mencabar, lebih jauh dan memakan masa sehingga 7 hari manakala trail Kuala Juram adalah trek yang baru dibuka pada Ogos 1993 dan memerlukan 4 hari untuk pergi dan balik.

Tanpa membuang masa, berikut adalah travel log selama empat hari 3 malam yang dibahagikan kepada 4 episod(Part I, II, III & IV)

Travel log hari pertama, 5 April 2011;

6:00 AM – Tiba di Stesen Keretapi Merapoh
7:30 AM – Breakfast
8:13 AM – Bergerak masuk ke Taman Negara Sungai Relau
9:45 AM – Briefing selepas declare barang
10:15 AM – Bertolak dengan 4WD ke Kuala Juram
10:45 AM – Tiba di Kuala Juram
11:15 AM - Pendakian bermula!
12:15 PM – Tiba di Kuala Luis dan berehat selama 20 minit
2:15 PM - Tiba di Kem Lata Luis
4:00 PM - Tiba di Kem Kor
8:30 PM - Mimpi indah (Dalam hujan rintik-rintik)

Total 36 Photos

Mari kita kaji kedua-dua trail sebelah menyebelah. Empat hari vs. tujuh hari. Tepuk dada tanya nak yang mana, dada kata ikot yang empat hari saja sebab aku noob dan tak training langsung. Ade la naik Gunung Datuk sebulan sebelum tu. Haha.

2. Berikut adalah sedikit pesanan pihak bertanggungjawab. 44.9km(one way) secara total. (Kata Lair ini calculation straight line pakai GPS. Jarak sebenar on foot pusing-pusing bukit mungkin lagi jauh) Empat hari adalah tempoh perjalanan standard tanpa sebarang masalah teknikal.

3. Keseluruhan barang persendirian termasuk seluar dalam warna fink bergambar Ultraman. Haha. Paling penting.. ah semua tu penting la samdol! Kalau tak, takde maknanya aku nak pikul berkilo-kilo atas belakang.

4. Berat beg baru aku dengan barang-barang persendirian tadi. Sepuluh kilo sahaja. Tanpa air minum 3 liter(3 kilo), kamera (sekilo lebih) Sampai sana topup lagi sedikit sebanyak bayang-barang catuan seperti beras dan lain-lain.

5. Pepagi pukul 6 sampai di Merapoh. Semayang subuh dekat masjid berdekatan dan terus bersiap pakai uniform hiking. Lepastu gerak cari breakfast. Sejuk beb pepagi dekat Merapoh ni. Stesen ketapi dia kecik saja dan ketapi hanya akan berhenti amik orang upon request kalau harga tiket terkumpul lebih dari RM200. Kalau tak, pegi naik dekat Gua Musang le.

6. Di Merapoh, selain pergi hiking, boleh juga pergi kenduri Niti & Faleh. Haha.

7. Selepas sembang dengan guide, didapati beras tidak cukup jadi kami tambah lagi 5 kilo. Bahagi 5 orang. Ha pikul la kau.

8. Pak Teh ready nak bawak kitorang masuk ke Taman Negara dengan 4WD yang hebat. Penuh dengan 10 ekor beg besar.

9. Sampai di Taman Negara Sungai Relau, terus bukak balik beg besar tu, tabur semua barang. Declare satu-satu benda yang akan dibawa masuk hutan. Kira semua bungkusan plastik, bateri, botol, tin. Pakaian termasuk spender ultraman tadi.

10. Lepastu pendaftaran, pusing-pusing dulu bilik pameran sebagai warm up mental sebelum hiking. Selepas itu sedikit briefing oleh tuan ranjer. Foto menunjukkan jari yang agak-agak tunjk kat mana nak start pancit dan timbul rasa menyesal pegi masuk hutan. Haha.

11. Maka bermulalah perjalanan kami jauh dari ketamadunan menaiki 4WD sejauh 13kilometer dari Sungai Relau ke starting point Kuala Juram.

12. Muka-muka gembira. Ada yang tak pakai thights pon. Kagum aku. Haha. Tapi alhamdulillah semuanya tak diserang pacat yang ganas.

13. Tobat laju Pak Teh bawak 4WD ni. Lelebih lagi masa dia lajak nak naik bukit. Roller-coaster siot! Nak angkat tangan dan jerit "wheeeeeeeeeeeee" tapi takot tercampak keluar lak. Haha.

14. Kuala Juram adah salah satu santuari Ikan Kelah Taman Negara. Kat sini dilarang sama sekali memancing atau tangkap buat naik ikan kelah tersebut. Kata Pak Teh, kalau buat naik sekor nanti semua ikan akan merajuk tanak jumpe manusia. Kalau Pak Teh tipu aku, aku pon tipu korang la. Haha.

15. Ada Lata Bunian lah! *ok dalam hati sedikit cuak*

16. Muka kerek lagi ni sebab lom kena penangan hutan belantara lutut bertemu dagu. Haha. Juga kene pakai semat. (baju tuck in dalam) Haha. Kacak bukan? Takot pacat la katakan kang depa naik kasi love bite kat ketiak lak. Hehe.

17. Azam membacakan doa agar semuanya selamat pergi dan pulang. (anak sapa laaaa kitorang niiiihhh seswai dibuat menantu hoh!)

18. Jambatan gantung ini yang akan dirindu serindunya pada 3 hari yang mendatang. Haha.

19. Jambatan gantung permulaan trek ke Gunung Tahan. Naik ni sambil nyanyi lagu "Goyang-goyang, goyang kepala goyang". Haha.

20. Sungai pertama kene cross. Dalam kepala aku satu je. Lepasni mesti pesta kempen derma darah. Tapi aku apa takut? Aku dah pakai kacak baju tuck in mcm nak pegi opis. (padahal pegi opis pon tak penah tuck in) Haha.

21. Selepas bermain air, kita panjat batang pokok lak. Sekali kene seronok. tiga empat kali macam ni naik menyampah la pulak. Haha. Lepastu trekking dengan kasut/stokin basah. Cepelet, cepet, cepet. Kaki pon rasa suam. Haha.

22. Awal-awal memang begini. Semua rapat-rapat. Dekat-dekat. Tapi jangan pegang-pegang. Haha Lama-lama pecahla jadi dua group. Group laju dan group sipud. Aku group mana? Aku group sweeper. Haha. (nama cool bagi sipud)

23. Bila cross sungai, bukak semua chest strap, waist strap sebagai langkah berjaga-jaga. So, bila jatuh dan hanyut lepaskan saja bag itu. Kalau tak nanti akan kene drag sekali arus atau tenggelam bersamanya. Naik atas darat baru strap balik. Sekian pesanan penaja.

24. Air melo. Tak nampak apa yang dipijak. Agak cuak walaupun air tu paras lutut je. Mana la tahu tetibe ade lobang ke ape ke. Kan kan kan?

25. Takdok le dalam sangat tapi basoh le ponggom awok... (The river is not too deep. Only warm-warm deep. Not knee deep. Not waist deep. It's ass deep. LOL)

26. Bapak besar wei pokok ni. takleh nak peluk dah lebo dia.

27. Melalui tepi lereng bukit yang ada sungai dibawahnya dengan kadang-kadang menlalui anak sungai dan tali air.

28. Kadang-kadang ada trek yang curam kebawah begini. Selalunya curam ke atas. Mana-mana pon tak kesah la. Azab naik atau turun lebih kurang je. OK tipu. Turun lebih nyaman sebenarnya. Hehe.

29. Kulat ni basar gila cakap aku. Ade la sebesar dulang kot. Sepatutnya aku amik gamba beliau bersama seorang manusia. Baru nampak betapa besar dia. Erm.. um.. takpelah. Haha.

30. Pokok nik akar dia terkeluo macam pokok bakau yo!

31. Ni sungai ke 2 kot. Tengok tu Pa'an dah senget sebab salah step. Kat sini aku chill lagi cross sungai dengan kamera selamba strap deat dada. Kalau tergolek dalam sungai mmg nanges aku 4 hari 4 malam.

32. Air dia tak deras sangat. Air dia tak dalam. Air dia tak jernih sangat. Tapi kalau jatuh tu kompem hanyut sejauh beberapa sentimeter.

33. Cendawan! Eh kulat! Eh cendawan! Eh apa tah tapi kaler oren la tapi rasa belum tentu oren. Mungkin rasanya seperti stokin. Haha.

34. Pokok apa tah. Besar nak mampus daun dia. Boleh buat tempat berlindung kalau hujan lebat. Wow!

35. Seres aku cuak nak cross sungai ni. Tang ni aku simpan kamera bila nak cross. Aku tak kompiden. (Sayang wei kemere tu sekor je aku ade) Depa mesti menyampah tunggu aku lambat bungkus kamera dalam bag. Hehe.

36. Kuala Luis. Ini adalah sungai yang paling menakutkan. Silap tektik jatuh dalam jeram tu. Dahle banyak batu. Tapi takde masalah bagi orang berani macam aku. Haha dah settle belagak le yeop!

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Gunung Tahan: Kuala Juram(Merapoh)-Tahan-Kuala Juram - Part I, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Related posts:

  1. Gunung Tahan: Kuala Juram(Merapoh)-Tahan-Kuala Juram – Part IV
  2. Gunung Tahan: Kuala Juram(Merapoh)-Tahan-Kuala Juram – Part III
  3. Gunung Tahan: Kuala Juram(Merapoh)-Tahan-Kuala Juram – Part II
  4. Trans Cameron: Gunung Jasar-Perdah – Part I
  5. Gunung Ledang – Part I
Tags: , , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved