ads

Jumaat, 13 April 2012

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Apr 2012 07:44 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2012 08:01 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di</b> kuala <b>rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

Trip REDAH 2012 ke Air Terjun Harimau Berjemor, <b>Kuala Rompin</b> <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 07:43 AM PST

' Kembara Mahkota Jalanan' nama yang di cadangkan oleh Pak Dewa memang bertepatan dengan kembara kali ini.

Segalanya bermula dengan percantuman dua  separa konvoi daripada Kuala Lumpur dan Klang di hutan lipur Ulu Bendul Kuala Pilah pada jam 11.55pm, 3 Feb 2012.

Konvoi dengan jumlah sebanyak 12 jalopy bergerak mengharungi kegelapan malam ke Kuala Rompin, Pahang di ketuai oleh pak cendana melalui pekan Kuala Pilah, Juasih dan berhenti untuk berehat sebentar di persimpangan Bandar Baru Serting sebelum menyambung perjalanan ke Bandar Muazam shah. Setelah melayan kerenah mata selama lebih kurang 15 minit di Petronas Muazamshah, konvoi menyambung perjalanan ke Kuala Rompin dan tiba dengan selamatnya beberapa minit sebelum azan subuh berkumandang daripad corong pembesar suara masjid Kuala Rompin.

Setelah sembahyang subuh berjemaah di imamkan oleh pak leban, semua pilot dan co pilot mencari haluan sendiri untuk melelapkan mata sebentar sebelum terbitnya matahari.

Pada sebelah paginya tarikh 4 Feb.  Konvoi disajikan dengan hidangan istimewa yang di taja oleh YB Kuala Rompin, masakan nasi dagang dan nasi lemak amat menyelerakan. Tak ketingalan juga kursus jangka pendek cara betul mengoreng telur 'goyang' untuk para SYL2 oleh ibunda pak cendana .Setelah membeli barang keperluan, konvoi telah berkumpul di dataran Kuala Rompin dan disana jumlah jalopy telah bertambah kepada 21 buah setelah bergabong dengan group daripad Muazam shah dan Dungun.

Setelah taklimat ringkas dan ucapan terima kasih daripad mantan President, pak merbatu. Konvoi telah dilepaskan 'flag off' oleh wakil kepada wakil rakyat Kuala Rompin  dan juga di saksikan oleh wakil pegawai daerah Rompin.

Konvoi bergerak menuju ke Air terjun Harimau Berjemur melalui Kampong Tebu Hitam dengan di iringi oleh kereta peronda polis dan team motor scramble. Setelah melalui jalan 'off road' lebih kurang 5 km, perjalanan konvoi telah terhenti apabila mendapati jambatan yang menghubungkan jalan ke air terjun  telah  runtuh oleh kerana hujan lebat pada hari semalamnya. Kehampaan terbayang di wajah peserta, ish..ish..ish ….kesian. Satu 'Mesyuarat tingkap' dengan segera di adakan dan keputusannya adalah untik meneruskan perjalanan ke Taman Negeri Endau Rompin melalui jalan 'off road' dan selamat tiba lebih kurang jam 3.30 petang.

Keputusan tinjauan ke  tapak perkemehan  mendapati ianya tidak berapa sesuai dan selamat kerana terdapat kesan2 tingalan gajah dan juga kerja2 kumpulan paranormal, konvoi memutuskan untuk kembali ke Kuala Rompin dan berkemah di tepi pantai di Cedok Resort. Pada sebelah malamnya peserta di jamu dengan hidangan B.B.Q yang di taja oleh YB Kuala rompin. Sekali lagi keluarga Pak Cendana telah bertungkus lumus  menguruskan B.B.Q tersebut, terima kasih.

Pada pagi 5 Feb, ' mesyuarat tingkap ke2' telah di adakan dan memutuskan konvoi meneruskan perjalanan ke Keneboi, Kuala Kelawang Negeri Sembilan .Perjalanan yang mengambil masa agak lama lebih kurang 6 jam di selang -selikan dengan menyelesaikan masaalah kerosakkan kereta pk Palawan ,pk merbatu, pk tetebu dan pk Dewa. Berkat kerjasama ahli2, masaalah tersebut telah dapat di selesaikan dengan cepat, syabas kepada peserta2 konvoi 'You are the best'.Cuma ada satu masaalah yang tak dapat di selesaikan iaitu masaalah kebocoran poket pk Leban di Leban Condong gara2 lauk udang galah, harap bersabar  banyak2 ye…….

Konvoi selamat sampai di Keniboi jam 8.30pm dan berkhemahan di kam Keneboi Advanture bersebelahan air terjun. Sehingga  keesokan harinya 6th Feb,  Konvoi menghabiskan masa dengan lepak2, mandi- manda, makan2, borak2, masak2 dan 'pekena Shisha' sebelum 'check out' pada jam 1.30pm.

Penutup perjalanan, konvoi telah berhenti di restoran Laksa Buyung Batu 16 Ulu Langat  untuk menjamu selera, memang 'best' laksa kat situ.

Setelah ucapan selamat drpd peserta2  melalui radio, Konvoi bersurai lebih kurang jam 8.00pm untuk mencari jalan masing2 menuju ke rumah.

Ucapan terima kasih kepada Pak Cendana sebagai event manager, jutaan terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga Pak Cendana diatas layanan yang amat baik, budi anda akan kami kenang. Terima kasih  kepada YB Kuala Rompin diatas penajaan sarapan dan B.B.Q dan juga tak ketingalan ucapan terima kasih kepada Polis pengiring dan team motor scramble.

Akhir kata terima kasih kepada seluruh peserta konvoi, walaupon hajat tak kesampaian  para peserta tetap juga menunjukkan komitment yang tinggi bagi meneruskan dan menjadikan event 'Kembara Mahkota Jalanan'. Terima Kasih.

Lapuran program : Pak Bebaru

Kembara Mahkota Jalanan (3hb – 6hb Februari 2012 <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 07:43 AM PST

' Kembara Mahkota Jalanan' nama yang di cadangkan oleh Pak Dewa (asalnya adalah Trip Air Terjun Harimau Berjemur – Endau Rompin) memang bertepatan dengan kembara kali ini oleh kerana ia merangkumi perjalanan yang jauh, perkhemahan di tepi pantai dan juga air terjun.

Segalanya bermula dengan percantuman dua  separa konvoi daripada Kuala Lumpur dan Klang Central di hutan lipur Ulu Bendul Kuala Pilah pada jam 11.55pm, 3 Feb 2012.

Konvoi dengan jumlah sebanyak 12 jalopy bergerak mengharungi kegelapan malam ke Kuala Rompin, Pahang diketuai oleh Pak Cendana melalui pekan Kuala Pilah, Juasih dan berhenti untuk berehat seketika di persimpangan Bandar Baru Serting sebelum meneruskan perjalanan ke Bandar Muadzam Shah. Setelah melayan kerenah mata selama lebih kurang 15 minit di Petronas Muadzam Shah, konvoi meneruskan perjalanan semula ke Kuala Rompin dan tiba dengan selamatnya beberapa minit sebelum azan subuh yang berkumandang dari corong pembesar suara masjid Kuala Rompin.

Setelah sembahyang subuh berjemaah yang diimamkan oleh pak leban, semua pilot dan co-pilot mencari haluan sendiri dan "port-port" yang sesuai untuk melelapkan mata sebentar sebelum terbitnya matahari.

Pada sebelah paginya tarikh 4 Feb.  Konvoi disajikan dengan hidangan istimewa yang di taja oleh YB Kuala Rompin, masakan nasi dagang dan nasi lemak amat menyelerakan. Tidak ketinggalan juga kursus jangka pendek cara betul mengoreng telur 'goyang' untuk para XYL2 oleh ibunda pak cendana.

Perjalanan diteruskan, dengan membeli barang keperluan yang tidak jauh dari dari tempat berlepas, konvoi telah berkumpul di dataran Kuala Rompin dan disana, jumlah jalopy telah bertambah kepada 21 buah setelah bergabung dengan group daripad Muadzam Shah dan Dungun.

Setelah taklimat ringkas dan ucapan terima kasih daripada mantan Presiden, pak merbatu. Konvoi telah dilepaskan 'flag off' oleh wakil kepada wakil rakyat Kuala Rompin  dan juga di saksikan oleh wakil pegawai daerah Rompin.

Konvoi mula bergerak menuju ke Air terjun Harimau Berjemur melalui Kampong Tebu Hitam dengan di iringi oleh kereta peronda polis dan team motor scrambler. Setelah melalui jalan 'off road' lebih kurang 5 km, perjalanan konvoi telah terhenti apabila mendapati jambatan yang menghubungkan jalan ke air terjun  telah  runtuh oleh kerana hujan lebat pada hari sebelumya. Kehampaan terpancar di wajah peserta, ish..ish..ish ….kesian.

Satu 'Mesyuarat tingkap' dengan segera diadakan dan keputusannya adalah untuk meneruskan perjalanan ke Taman Negeri Endau Rompin melalui jalan 'off road' dan selamat tiba lebih kurang jam 3.30 petang.

Keputusan tinjauan ke  tapak perkemahan  mendapati ianya tidak berapa sesuai dan selamat kerana terdapat kesan2 tinggalan gajah dan juga kerja2 kumpulan paranormal ditambah pula dengan kemudahan yang agak terhad, konvoi memutuskan untuk kembali ke Kuala Rompin dan berkemah di tepi pantai di Cedok Resort.

Pada sebelah malamnya peserta dijamu dengan hidangan B.B.Q yang ditaja oleh YB Kuala Rompin. Sekali lagi keluarga Pak Cendana telah bertungkus lumus  menguruskan B.B.Q tersebut, ribuan terima kasih dari kami kepada keluarga beliau.

Pada pagi 5 Feb, ' mesyuarat tingkap ke2' telah diadakan dan memutuskan konvoi meneruskan perjalanan ke Kenaboi, Kuala Kelawang Negeri Sembilan .

Perjalanan yang mengambil masa agak lama lebih kurang 6 jam di selang -selikan dengan menyelesaikan masalah kerosakan kereta pk Palawan ,pk merbatu, pk tetebu dan pk Dewa. Berkat kerjasama ahli2, masalah tersebut telah dapat diselesaikan dengan cepat, syabas kepada peserta2 konvoi 'You are the best'. Cuma ada satu masalah yang tak dapat di selesaikan iaitu masaalah kebocoran poket pk Leban di Leban Condong gara2 lauk udang galah, harap bersabar  banyak2 yer…….

Konvoi selamat sampai di Kenaboi pada jam 8.30pm dan berkhemah di kem Kenaboi AdvEnture bersebelahan air terjun. Sehingga  keesokan harinya 6th Feb,  Konvoi menghabiskan masa dengan lepak2, mandi- manda, sambil XYL2 bergotong royong menyediakan masakan. manakala ada diantara para pilot sedang  'pekena Shisha' sebelum 'check out' pada jam 1.30pm.

Penutup perjalanan, konvoi telah berhenti di restoran Laksa Buyung Batu 16 Ulu Langat  cadangan dari Pak Dewa untuk menjamu selera, memang 'best' laksa kat situ.

Setelah ucapan selamat dan bersalaman drpd peserta2  di daratan dan juga radio, Konvoi bersurai lebih kurang jam 8.00pm untuk meneruskan haluan masing2 menuju ke rumah.

Ucapan terima kasih kepada Pak Cendana sebagai event manager dan Pak Dewa selaku co-event, jutaan terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga Pak Cendana diatas layanan yang amat baik, budi anda akan kami kenang. Terima kasih  kepada YB Kuala Rompin diatas penajaan sarapan dan B.B.Q dan juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada Polis pengiring dan team motor scrambler.

Akhir kata terima kasih kepada seluruh peserta konvoi, walaupon hajat tak kesampaian  para peserta tetap juga menunjukkan komitment yang tinggi bagi meneruskan dan menjadikan event 'Kembara Mahkota Jalanan'.

Sebagai penutup event trip ini dan bagi menjadikan kesinambungan trip2 yang akan datang, Pak dewa dengan rasminya menutup acara event tersebut dan dengan rasminya melantik Pak Bidara selaku event manager dan co-assist Pak Bebaru, untuk event seterusnya.

Terima Kasih dan Jumpa Jumpa Lagi….

Laporan program : Pak Bebaru
Disunting : Pak Dewa
Photographer : Pak Merbatu

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved