ads

Rabu, 16 Mei 2012

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


IdrisTalu: Suasana Lalulintas <b>Di Cameron Highlands</b>

Posted: 15 May 2012 07:57 AM PDT




Dari Kuala Terla ke Kea Farm

Cameron Highlands tidak perlu dipromosi lagi kepada pelancong dalaman mahu pun dari luar negeri. Setiap hujung minggu keadaan lalulintas di Cameron Highlands menjadi begitu sesak.
Jalan-jalan yang sesak biasanya di antara Kampung Raja, Kuala Terla, Kea Farm, Brinchang hingga ke Tanah Rata.
Cameron Highlands terletak di penjuru tiga buah negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Perak. Memang betul yang memajukan Cameron Highlands ialah penduduknya yang agresif memajukan pertanian dan pelancongan.
Kenderaan pelancong di Ladang Teh Sungai Palas.
Belum terdengar lagi sebarang perbadanan ditubuhkan untuk mengatur pembangunan Cameron Highlands agar lebih fokus dengan mengambilkira penyertaan kaum terbesar supaya pembangunan Cameron Highlands dinikmati secara lebih seimbang di antara pelbagai kaum.
 Kenderaan sesak di mana mana.
Seperkara lagi, negeri-negeri yang bersebelahan sempadan, iaitu Kelantan dan Perak hanya melihat kemajuan Cameron Highlands seolah-olah Cameron Highlands itu terletak seribu batu jauhnya dari sempadan mereka. Jika kedua-dua negeri tersebut mengikut jejak Melaka, yang sentiasa proaktif dengan sebarang peluang, rakyat Perak dan Kelantan akan menikmati limpahan kemajuan tanah tinggi yang mereka miliki.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved