ads

Jumaat, 4 Mei 2012

06 di chenor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di chenor - Google Blog Search


SAJE SUKA-SUKA: Pekan Sehari <b>Chenor</b> dan Pasar malam Temerloh

Posted: 29 Apr 2012 07:19 PM PDT



 Minggu lepas tetiba kena outstationlah pulak ke Hospital Temerloh. Sebelum ni Charles yang pernah pergi tapi sebab opis buat validation kat Terengganu dan dia kena pergi manakala Cik Syuhada pulak kena pergi Melaka pasal SMRP webbase akhirnya boss noted nama aku bersama dengan Dr Nizam. Jadi pagi Selasa pergi dan balik serta sampai rumah petang Jumaat. 4 Hari berkampung kat Hospital Temerloh.

 Sepanjang di sana kami menginap di Hotel Jelai. Setiap hari pi hospital Temerloh semak reten dengan sistem HIS. Sekurang-kurangnya aku paham kenapa Datuk Bahari terus stop gunakan manual sebab selagi manual ada, user tak update gunakan sistem HIS jadi data banyak yang hilang.

 Oklah sebenarnya nak cerita pasal Pekan Sehari Chenor dimana pada pagi Khamis kami telah di bawa oleh Encik Farhan sarapan satay di pasar pagi Chenor. Aku ingatkan kat muar je ada sarapan satay pagi-pagi rupanya kat Chenor pun ada. Encik Haja driver vendor HIS yang tahu setiap pagi Khamis ada pekan sehari di Chenor. Rasanya dalam 15 minit jugalah perjalanan dari Temerloh menghala ke Chenor tapi best sebab masuk kampung. Ni kalau musim buah mesti lagi best sebab di sepanjang jalan mesti ada gerai menjual buah-buahan. Fresh dari kebun tu. Tapi tenguk pokok buah-buahan sedang berputik. Agaknya nak puasa nanti masak kut.


Fuh berasap-asap tu bakar satay
Tada ni lah satay ayam yang kami order dan makan berempat.
Sungguh menyelerakan kan. Rasanya pun sodap. hehehehehe Tapi aku larat sampai 4 ketul je sebab tak tahu pun kalau Encik Farhan orang BPM nak ajak kami makan satay. Kalau tahu tak payahle sarapan kat hotel . Boleh belasah banyak2 kat situ. hehehe Dr Nizam pulak terus je orde  nasi berlauk sebab sejak semalam perutnya asyik memulas sakit perut. Dia kata dah beberapa kali masuk tandas. Tu sebab pagi tu lambat turun sebab asyik pi masuk keluar tandas. Sian Dr.
Encik Farhan siap tapau bawa balik lagi untuk family dia. Sebab sedap sangat kut.
Gerai buah-buahan yang menjual buah salak yang lain sikit paternnya. Bujur pipih bentuknya.

Sayuran kampung. Tenguk Pekan sehari teringat pulak pasar Sabtu di Pekan Parit Sulong yang selalu aku pergi dulu kalau balik kampung. Best sebab makanannya murah, sayur-sayuran kampung yang pelbagai jenis dan macam-macam boleh didapati dengan murah. Kalau pergi emmmm emmang sarat tangan penuh dengan makanan. Hish lama sungguh tak pi Pekan Sabtu di Parit Sulung.
 Petangnya pulak sebelum Encik Farhan balik KL kami tumpang kenderaan untuk balik ke Hotel. Tapi sebelum tu cari makanan dulu buat balik hotel untuk makan malam. Dan kebetulan pula sampai Temerloh nampak lah pulak pasar malam yang berhampiran dengan sungai Temerloh. Wah macam-macam makanan sampai tak tahu nak makan apa.
Buah Asam Pelam yang datangnya dari India. Mahal ni sekilo RM 10. Geram juga dan rasa nak beli tapi fikir balik nak bawa balik nanti huh terus tak jadi beli. Berat tu wei. Alangkan Encik Farhan beli sekilo dia dapat 1 biji besar dan sebiji kecil nak cukupkan sekilo. hah nampak tu berat almaklum besar tau buahnya.
Pelbagai jenis Buah salak. Ada 3 jenis dari 3 tempat. Dia ada cakap datang dari mana tapi aku lupa. Tak dapat recall balik lokasinya. hehehe
Mee kari ado mee sup pun ado. Aku beli Meehoon sup je. Lepas tu terlupa takde sudu. Sampai hotel kita orang pinjam sudu nak buat makan malam.
Balik kerja orang ramai berdudyun-duyun sampai.
Itulah ekspedisi jalan-jalan cari makan di Temerloh.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved