ads

Rabu, 9 Mei 2012

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


DAH BOLEH BUBAR PARLIMEN, NAJIB TANDING <b>DI JERANTUT</b>?

Posted: 08 May 2012 02:00 PM PDT


JERANTUT: "Kalau inilah sambutan yang diberikan akar umbi terhadap saya dan kerajaan, saya rasa kita sudah boleh bubarkan Parlimen esok," gurau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas kehadirannya di Padang Awam Jengka 8, di sini, semalam, disambut meriah lebih 50,000 peneroka seluruh negara.
Semuanya hadir dengan agenda sendiri, ada yang mahu melihat secara lebih dekat wajah pemimpin nombor satu negara itu dan paling penting, mahu mendengar sendiri berapa banyak jumlah durian runtuh yang bakal diumumkan.

Setiap langkah Najib sebaik tiba diiringi tepukan dan sorakan gembira warga Felda yang sudah mula membanjiri Padang Awam Jengka 8 sejak jam 7 pagi lagi dan sebahagian besar daripada mereka berasak-asak untuk bersalaman dengan beliau.
"Saya dapat rasakan sendiri keghairahan dan keseronokan semua yang hadir pada majlis ini dan jumlah yang hadir juga adalah lebih besar daripada yang saya jangka," katanya.

Beliau berkata, durian runtuh dan semua kelebihan lain yang dinikmati peneroka Felda dan keluarga mereka adalah bukti kerajaan sedia ada sentiasa menunaikan janji dibuat.

Najib turut menyelar individu yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) dan menyifatkan golongan itu sebagai tidak layak menerima faedah dinikmati peneroka lain ketika ini.
"Mereka akan sentiasa mengkhianati kita, tetapi saya yakin, mereka ini tidak akan malu-malu untuk menikmati faedah yang diberikan.

"Apa yang kita buat sekarang ini ialah untuk menghargai peneroka yang jujur dan setia dengan kita," katanya.
Beliau berkata, Pahang terpilih menjadi tuan rumah kepada pengumuman durian runtuh itu kerana negeri berkenaan mempunyai tanah rancangan paling besar dan Felda pertama yang ditubuhkan pada 1956 iaitu Lurah Bilut di Bentong, turut berada di dalam Pahang.

"Selain itu, ia turut mengingatkan saya kepada Almarhum ayahanda saya dan setiap kali saya melihat rumah peneroka, saya tahu ia hasil cetusan ideanya," katanya.
HB - ADAKAH BETUL DESAS-DESUS MENYATAKAN BAHAWA DS NAJIB AKAN BERTUKAR TEMPAT DENGAN KU LAN ? KITA TUNGGU BILA TIBA MASANYA NANTI.....PENGUNDI JERANTUT MENGALU-ALUKAN DSN KE JERANTUT...

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved