ads

Isnin, 7 Mei 2012

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: <b>di negeri pahang</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Apr 2012 09:39 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Majlis Perwakilan MGB <b>Negeri</b> Sembilan 2012 <b>di</b> Royal Bintang |

Posted: 17 Apr 2012 06:57 AM PDT

Alhamdulillah. Majlis yang sekian lama dirancang telah selesai dengan jaya tepat jam 5.30 petang tadi. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini,  Yang Berbahgia Dato Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan telah merasmikan majlis yang gilang gemilang ini.  Walaupun masa yang amat terhad, Yang Berbahgia Dato Abdul Halim Abdul Razak sempat menggariskan beberapa perkara untuk renungan dan perhatian perwakilan khususnya tugas sebagai seorang Guru Besar.

Antara pesanan beliau, Guru Besar adalah Panglima Perang barisan hadapan untuk menjayakan agenda pendidikan berkualiti khususnya di Negeri Sembilan. Keputusan Pencapaian UPSR yang semakin baik saban tahun merupakan indikator kejayaan berterusan pendidikan di peringkat PMR, SPM dan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi.

Dato Abdul Halim mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Guru Besar Negeri Sembilan yang berjaya meneruskan agenda kecemerlangan pendidikan di Negeri Sembilan sebelum bergegas ke Rembau untuk menghadiri satu lagi majlis bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan. Terima kasih Dato.

Dalam Perwakilan MGB pada tahun ini turun dihadiri oleh Yang Berusaha Ketua Unit Sekolah Rendah, Tuan Azmi Basir. Dalam ucapannya  sebelum persidangan, beliau mengingatkan perwakilan sentiasa mengikut peraturan khususnya peraturan kewangan. Beliau juga mengingatkan barisan Guru Besar yang hadir sentiasa menghormati guru dan kakitangan lain di bawah pentadbiran guru besar. Guru Besar sentiasa terdedah dengan pelbagai isu yang adakalanya sengaja diada-adakan oleh mereka yang kurang senang dengan kedudukan orang No 1 di sekolah.  Oleh itu, Guru Besar mestilah menunjukkan teladan dan kepimpinan yang boleh diterima oleh segenap lapisan di sekolah termasuk kalangan ibubapa dan masyarakat setempat.

Tuan Haji Kamarolzaman Othman dan kebanyakkan barisan Exco tahun 2009/2010/2011 telah dipilih semula untuk menerajui kepimpinan Majlis Guru Besar Negeri Sembilan untuk 3 tahun lagi. Dalam pemilihan kali ini tiada pertarungan yang berlaku kerana sejarah kepimpinan Tuan Haji Kamarolzaman dan barisan Exco yang ada, tidak menunjukkan sebarang masalah malahan sentiasa mendapat pujian dan sokongan keseluruhan Guru Besar Negeri Sembilan. Namun begitu, sebagai manusia biasa beberapa kebiasaan kurang disenangi oleh sebahagian kecil ahli harus diperbaiki. Majlis sentiasa menerima sebarang teguran secara positif demi kelansungan pendidikan di Negeri Ini.

Dalam majlis pemilihan ini juga, En. Baharin Sari telah dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Sembilan untuk menggantikan tempat Tuan Haji Abdul Halim, yang bersara pada bulan Oktober tahun 2011.  En. Bahrin adalah dari Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior.

Terima kasih kepada Dato Abdul Halim yang terus menyokong Majlis Guru Besar Negeri Sembilan. Tahniah kepada Kepimpinan Majlis Guru Besar Negeri Sembilan kerana berjaya mengadakan Majlis Perwakilan ini. Guru Besar adalah sebahagian dari tenaga menentukan kecemerlangan pendidikan di Negeri Bertuah Kaya Adat, Kaya Pepatah…

Admin

Jenayah <b>di Negeri</b> Sembilan turun 81 kes - Utusan Malaysia Online <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 07:34 PM PDT

Jenayah di Negeri Sembilan turun 81 kes

Jenayah di Negeri Sembilan turun 81 kes


ABDUL Manan Mohd. Hassan memeriksa barisan kawalan kehormat pada Majlis Perbarisan Hari Kor Kadet Polis Ke-42 di Padang Merdeka, Port Dickson, semalam.


TELOK KEMANG 13 April - Kadar kes jenayah di negeri ini bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini menurun sebanyak 81 kes atau 5 peratus kepada 1,519 kes berbanding 1,600 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Mohd. Hassan berkata, jenayah kekerasan didapati meningkat kepada 418 kes tahun ini berbanding 311 kes untuk tempoh yang sama tahun lalu, iaitu sebanyak 34.41 peratus.

Beliau berkata, kes jenayah harta benda mencatatkan penurunan iaitu 1,101 kes pada tahun ini berbanding 1,212 kes tahun lepas.

"Kedudukan kes bagi jenayah jalanan menyaksikan kenaikan sebanyak 15 kes iaitu dari 119 kes tahun lalu kepada 134 kes tahun ini," katanya ketika berucap pada Perbarisan Hari Kor Kadet Polis ke-42 di Padang Merdeka, Port Dickson di sini semalam.

Beliau berkata, pasukan Kor Kadet Polis seharusnya berasa bangga kerana menjadi sebahagian daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Keahliannya juga telah meningkat kepada 110,740 orang berbanding 1,960 orang pada awal penubuhannya," katanya.

Menurutnya, anggota Kor Kadet Polis yang bakal mewarisi negara ini seharusnya menunjukkan teladan yang baik serta mempertingkatkan mutu kerja.

"Naluri remaja yang mudah terpengaruh serta mempunyai sifat ingin mencuba sesuatu yang baru seharusnya dijaga supaya tidak tersilap langkah," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved