ads

Khamis, 28 Jun 2012

06 di jengka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


parlimen81: Besok Durian Runtuh <b>di Jengka</b> 8 kata Perdana Menteri

Posted: 07 May 2012 07:15 AM PDT

Besok PM Najib akan umumkan durian runtuh untuk peneroka Felda . PM Najib akan umumkan durian runtuh tersebut di Felda Jengka 8 iaitu Felda Kesidang yang terletak didalam DUN Pulau Tawar . Ada orang nak larikan PM Najib dari umumkan durian runtuh tersebut di Jengka 8 ke Felda Padang Piol dalam DUN Tahan . PM Najib selalu lawat Pahang sekarang ini . Pekan memang sokmo dia balik . dia balik naik heli sedang jer dan cepat ngat dari Putrajaya ke Pekan . Dulu Datuk Najib dah ke Temerloh semalam Datuk Najib seharian di Kuantan . dan besok 8 May 2012 Datuk Najib di Jerantut .Semua tempat Datuk Najib landingdengan helikopter ialah tempat yang bermasalah atau hitam dalam bahasa politik UMNO . Tempat yang undi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat 50%-50%.

Bila PM Najib pilih Jengka 8 maka ada usaha nak tarik PM ke Felda Padang Piol . Tapi mainan politik orang DUN Pulau Tawar lebih hebat dari mainan politik orang DUN Tahan . Jadi PM tetap pilih DUN Pulau Tawar. Jadi pemimpin DUN Pulau Tawar telah memenangi percaturan politik kali ini menewaskan pemimpin politik dari DUN Tahan

Yang tak menang-menang ialah pemimpin politik UMNO dari Kampung Pulau Tawar . PM dah sampai ke Jengka 8 tapi takde langsung usaha dari pimpinan UMNO kampung Pulau Tawar nak usahakan satu program untuk PM di kampung Pulau Tawar . Mungkin pemimpin UMNO Kg Pulau Tawar malu agaknya sebab tiada pembangunan di Pulau Tawar .. Tapi apa salahnya kalau ajak PM rasmikan lagi sekali Masjid Bukit Rang yang indah itu atau sediakan helipad untuk PM landing helikopter sebelum ke Jengka 8.

Kedatangan PM Najib ke DUN Pulau Tawar besok juga akan menjadi acara penting kepada semua calon-calon pilihanraya dari parti UMNO . Inilah masanya nak himpit PM Najib . Inilah masanya nak tunjukan resume masing-masing . Akan ada pemimpin yang akan berusaha serapat mungkin untuk duduk hampir dengan PM Najib untuk sekurang-kurangnya memperkenalkan diri atau mungkin akan ada yang akan pakai name tag besar supaya PM najib senang nampak dan kenal siapa yang bernama sipolan daan sipolan .

Kedatangan PM Najib ke Jengka 8 seperti telah memberi signal yang kuat kepada pemimpin UMNO dari DUN Pulau Tawar untuk dinobatkan sebagai calon Parlimen Jerantut paada PRU ke 13 nanti .

Kejayaan YB Dr Shukri membangunkan dengan pesat  Bandar Simpang Jengka 8 yang telah dijanjikan oleh beliau dalam PRU ke 10 dulu  mungkin telah meyebabkan PM Najib berbesar hati untuk menjengah Jengka 8 bagi . Mungkin Dr Shukri boleh membaawa PM Najib melawat sekitar bandar itu nanti dan membawa PM melawat tapak hospitak swasta pertama di Jerantut nanti . Mungkin juga Dr Shukri boleh membawa PM Najib melawat Bandar Herba yang sekarang ini telah menjadi pengeluar herba terbesar di Malaysia. Nanti boleh Dr Shukri tunjukan jenis-jenis herba bermutu tinggi yang sangat digemari oleh tokey-tokey sawmill .

Alang-alang PM Najib dah ada di Jerantut itu , mungkin juga Dato' Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak boleh juga membawa PM Najib melawat projek jalan Kg Tuit ke Kampung Pagi . Untung-untung dengan melihat progress pembinaan jalan yang di bina oleh syarikat kepunyaan Wan Hapizah Wan Abdul Razak , Ilyana Haron dan Ahmad Lotfi Haron   itu PM Najib boleh luluskan lagi budget untuk teruskan projek jalan dari kampung Pagi ke kapung Mat Daling pulak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved