ads

Khamis, 28 Jun 2012

06 di karak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di karak - Google Blog Search


because i looooooooooooooooove fun: kisah seram <b>di karak</b>

Posted: 27 Jun 2012 08:05 PM PDT

"mak Aziz balik dulu mak", 
"Aziz..... mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jer la balik dah pukul sembilan ni.". 
"tak boleh mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak...". 
"Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu......" 
"tak apalah mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" 
lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya.
"emmmmm.... boring betullah.." 
rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar DJ berceloteh. dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung 
"emmmmm...baru sampai lebuhraya karak..., dah dekat gak ni.." 
tiba-tiba Aziz terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya 
" kau kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area lebuhraya karak tu....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhlukghaib......" 
namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya .
"aaaarghhhh........ngarut jer... mana ader hantu....sekarang ni zaman internet jer ....sekarang ni..hantuu semua tinggal dlm hutan.."  kata Aziz keseorang mententeramkan hatinya yang tidak tenteram....
namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran... Aziz masih di lebuhraya karak
ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati, tiba-tiba, jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?"soal hatinya......"argh...bukan" dikuatkan semangatnya.
semangkin hampir.......,dan semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu,rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. 
"orang rupanya ingatkan hantu" 
begitu celupar mulut Aziz berkata-kata, hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula. Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut.....
"mak cik nak kemana ni..? biar saya tumpangkan, makcik naiklah... bahaya sesorang malam-malam ni....... " segera Aziz membuka pintu disebelahnya......
tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta....
kata permpuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap ......perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengarsuara perempuan tua tersebut.......garau sungguh menyeramkam........ 
"aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tepi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu"kata aziz terketar-ketar...... 
"sebenarnya, mak cik pergi cuci darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." 
kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Aziz .
"apa darahhhhh!!!!!!!!" 
jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyak memercik.....mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula....... 
"yer....anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di langsuir........"
kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar......ditolehnya kearah perempuan tua itu........tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya...... 
"burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!!"
tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ 
burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!! 
melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya untuk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut.
"maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh" 
dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling ke arah Aziz. 
"hiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii.................." 
mengilai perempuan tua itu lantas berkata.....
"ITULAH KELEBIHAN BREEZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!!"

gelang kristal rm5!!



Pesta Durian <b>di Karak</b> l Kembara Media Fotografi Tourism Pahang <b>...</b>

Posted: 28 Jun 2012 04:36 AM PDT

Salam..

394740 259165507517032 75323054 n Pesta Durian di Karak l Kembara Media Fotografi Tourism Pahang

Aktiviti last sebelum kitaorang sampai di Matic, Kuala Lumpur semestinya berpesta durian di karak. Dari awal lagi aku dah tengok jadual last haaaa ada makan durian dalam hati perghhhh seronok ni. Yela, dah lama aku kempunan nak makan durian sekali dapat bantai untuk hari terakhir memang peluang yang ditunggu – tunggu ler jawabnya.

554968 259125660855812 1524604843 n Pesta Durian di Karak l Kembara Media Fotografi Tourism Pahang

Masa sampai tu boleh nampak semua orang dah tak sabar nak muntah kedarah durian. Jangan cakap orang, aku pun sama dengan gigih menunggu bila laa tuan rumah nak kopek durian. Ada 3 bakul untuk rombongan mak jemah makan seramai 40 orang. 3 bakul maknanya ada 3 jenis durian yang berbeza.

559161 259123444189367 336922205 n Pesta Durian di Karak l Kembara Media Fotografi Tourism Pahang

Durian yang aku pegang ni nama dia Musang King. First time aku dengar macam terpaku kagum tak terkata. Cara nak bezakan dengan durian biasa kat bontot dia ada bentuk Star ye. Kalau durian biasa takde bentuk tapak sulaiman tu. Wuwuwuu

582655 259123560856022 62567413 n Pesta Durian di Karak l Kembara Media Fotografi Tourism Pahang

 Inspektor kamal punyaaaa rasa perghh sampai pejam mata meyhhhh.

532221 259123597522685 1730091640 n Pesta Durian di Karak l Kembara Media Fotografi Tourism Pahang

Dua orang ni memang peneman setia ke mana saja kitaorang pergi. Tapi takde dorang mesti sunyi sepi jek.

179931 259123640856014 292817957 n Pesta Durian di Karak l Kembara Media Fotografi Tourism Pahang

3 jenis buah durian iaitu Durian Musang King, D-24 dan jugak D 101. Ehhh macam nama hotdog 1901 pulak kan? Kahkahkah

303547 259123667522678 1487037292 n Pesta Durian di Karak l Kembara Media Fotografi Tourism Pahang

Perghhh perghhhhh tengok isi dia kuning cantik punyaaaa. Memang terliur sampaikan masing – masing berebut nak yang warna kuning sungguh menyelerakan. Sekali buka kulit durian woooo tak sampai 3 minit dah licin. Punya hebat penangan durian ni.

480828 259123694189342 713351839 n Pesta Durian di Karak l Kembara Media Fotografi Tourism Pahang

Aku paling suka isi yang sebijik – sebijik ni rasa dia lemak berkrim wooooo tapi susah nak dapat melainkan durian tu kecik. Semalam jek lebih kurang 37 biji durian habis kena ngap dengan kumpulan kitaorang memang pelahap semuanya terutama Seha. Kahkahkah!

396078 259123820855996 1652530949 n Pesta Durian di Karak l Kembara Media Fotografi Tourism Pahang

Tudung merah tu nama dia Seha, sebelah dia Aween pun gila durian dan lagi 2 orang kat tepi memang juara kebangsaan Yana dan Rabiatul Adawiyah. Tengok gambar pun korang boleh tahu tahap kesedapan buah durian yang ada. Pehh pehhh rindu nak makan lagi. Huuuuu

282798 259123947522650 1933913435 n Pesta Durian di Karak l Kembara Media Fotografi Tourism Pahang

Rasanya aktiviti paling best aku rasa makan durian semua makan memang tak hengat dunia.

560968 259125694189142 1588477199 n Pesta Durian di Karak l Kembara Media Fotografi Tourism Pahang

Apa pun, aku nak berterima kasihlah kat Uncle Chew Ka Sin yang menyediakan durian yang fresh dari ladang terutama Durian Musang King dan Durian 101. Memang manis berlemak dan mengenyangkan perut aku sehingga kepanasan sampai malam hari tapi enjoy. Kahkahkah! Ehhh tak lupa jugak nak berterima kasih buat Tourism Malaysia, Majalah Santai dan tak lupa Travel Agensi yang sporting Fantastic World. Memang world laaa aktiviti yang dorang anjurkan.

P/s: Baidewey, semalam aku dapat tapau durian bawak balik tapi bila nak ambik time balik tu ehhhh dah hilang sebiji.. Pehhhhhh penat taw aku bungkus punya tak puas hati sampai bagitau dalam ni. Tak kiraaaa durian tu sodappppp kot. Kahkahkah!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved