ads

Ahad, 24 Jun 2012

06 di kuala lipis - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuala lipis - Google Blog Search


Perbincangan Pertama <b>di Kuala Lipis</b>

Posted: 19 Apr 2012 06:14 PM PDT

Alhamdulillah, sehari selepas pelancaran penulis bersama abang Khairulzain, Najwa dan Am daripada kelab Gemilang yang mewakili komiti Gerak Baktiswa Mapan berjaya juga bertemu dengan ketua bahagian UMNO Kuala Lipis, iaitu YB Dato' Abd Rahman, yang juga selaku Ketua Kawasan Kuala Lipis. Hampir 3 jam menyelusuri lebuh raya, penulis dan rakan-rakan berjaya sampai dan bertemu dengan YB Dato' Abdul Rahman bagi memastikan kehadiran pelajar UIA di kawasannya pada 11-13 Mei ini.

Perbincangan bersama YB Dato' Abd Rahman

Seperti mana di dalam mesyauarat, Yb Dato' memberikan kami pilihan untuk menjayakan program di dua buah felda di bawah tanggungjawabnya iaitu Felda Kechau dan juga Felda Chegar Perah. Setelah diteliti rekod kedua-dua buah kampung, kami memilih untuk berkampung selama 3 hari 2 malam di Felda Chegar Perah yang nyata lebih berdekatan dengan Gua Musang berbanding bandar Lipis. Berikut merupakan faktor mengapa kami memilih felda berkenaan:

  • Felda ini merupakan felda bongsu di mana sudah tidak ada lagi felda yang dibuka selepas felda ini di Malaysia.
  • Felda ini mempunyai kemudahan asas yang lengkap berbanding Felda Kechau, namun ini bukan ukuran utama atau objektif utama program ini.
  • Felda ini mempunyai ketua dan naib ketua yang agresif di mana pasti banyak membantu dalam penyelenggaraan komiti UIAM.
  • (Ukuran yang kami memilih felda Chegar Perah) Felda ini sebelum ini pernah dimasuki institusi bahkan barisan JKK Felda ada mengesahkan tentang kehadiran UIAM tetapi 10 tahun yang lalu. Sejak itu tidak ada lagi program seumpama ini dijalankan kecuali program untuk sekolah sahaja.
  • Kanak-kanak di Felda Kechau laju dan maju dalam pendidikan disamping gaya hidup yang sederhana, namun tidak pada Felda Chegar Perah, kerana rekod terkini cuma menunjukkan hanya seorang yang mampu menggondol 4 A 1B dalam UPSR tahun lepas.

Perbincangan di Felda Ceghar Parah

Dua 'point' kami yang terakhir di atas adalah faktor utama kami memilih felda berkenaan. Faktor pendidikan dan kesedaran dalam mendidik adalah dua kunci utama program ini malahan program ini begitu diharapkan dapat direalisasikan dengan jayanya oleh barisan JKK Felda Chegar Perah.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved