ads

Jumaat, 15 Jun 2012

06 di maran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di maran - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di maran</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2012 01:27 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di maran</b> - Google Blog Search

Posted: 20 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Ular Sawa Gergasi 7 Meter <b>di Maran</b> | Informasi Melayu Kini | Portal <b>...</b>

Posted: 20 May 2012 06:10 PM PDT

Seekor ular sawa batik sepanjang 7 meter telah dapat ditangkap di Maran Pahang dan penangkapan ini menjawab misteri kehilangan beberapa ekor lembu sejak beberapa minggu yang lalu.

Ular Sawa Gergasi 7 Meter di Maran | Kalaulah tidak kerana Rahim Johari, 28, entah berapa ekor lembu akan jadi mangsa ular sawa batik sepanjang 7 meter (23 kaki) dengan berat 85 kilogram yang dilihatnya di Kampung Baru Pertanian, di sini, malam kelmarin.


Ular sawa yang telah membaham beberapa ekor lembu milik orang kampung.

"Seumur hidup, tak pernah saya tengok ular sebesar dan sepanjang itu," kata Rahim yang masih dengan wajah terkejut ketika ditemui Sinar Harian, semalam. Menurutnya, ketika ­terserempak dengan ular itu, sang sawa sedang menyusur masuk ke sebuah kandang lembu. Saya segera hubungi JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia). Kalau tidak, tentu ada lembu yang sudah kena baham," katanya.

Sementara itu, Pegawai JPAM Daerah Maran, Sa'abar Mat Amid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan ular sawa itu pada jam 9.30 malam dan lima anggota termasuk seorang pegawai bergegas ke lokasi dilaporkan. "Anggota kita cuba menangkap ular sawa itu ketika ia sedang cuba membaham seekor anak lembu," katanya.


Anggota JPAM Maran menunjukkan ular sawa batik sepanjang 7 meter dengan berat 85 kilogram yang berjaya ditangkap, kelmarin.

Bagaimanapun kata Sa'abar, kecekapan anggota JPAM akhirnya berjaya memerangkap sang sawa itu tanpa sebarang kecederaan. "Keprihatinan ditunjukkan individu berkenaan amat kita hargai kerana berjaya mengelak daripada berlaku sesuatu yang lebih buruk dan merugikan," katanya.

Melayukini.net – Harap-harapnya ular yang telah ditangkap itu tidak dibunuh la ye. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita sebagai manusia kena la berbuat baik kepada semua makhluk. Tak gitu?

P.S. I – 5 Pantai Paling Popular Dunia
P.S. II – "Syurga" Untuk Peminat Makanan Pedas!
P.S. III – 5 Masjid Tercantik Di Dunia

Sumber: Sinar Harian Online | Layari Berita Ular Sawa Informasi Malaysia Kini

BLOG PAHANG: 06 <b>di maran</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

SEPANDUK LUCAH MENYAMBUT KEHADIRAN DSAI <b>DI MARAN</b>

Posted: 28 May 2012 06:12 PM PDT

MARAN - Ceramah Perdana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Maran semalam diperlekehkan pihak tertentu yang memasang kain rentang bertulisan lucah dan tidak bermoral.

Dua kain rentang bertulisan ayat lucah dan menghina itu dipasang berdekatan lampu isyarat berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Maran sempena kehadiran pemimpin pembangkang bagi menyampaikan ceramah di Markas Pas Bandar Maran.

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Maran, Bustamin Bakar berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu menunjukkan tahap mentaliti pihak berkenaan sehingga sanggup menyediakan kain rentang sedemikian.

Menurutnya, ia membuktikan keresahan kalangan mereka yang gusar dengan kehadiran Anwar sekali gus membuktikan kekuatan Pakatan Rakyat yang kini mendapat sokongan penduduk luar bandar.

"Tidak perlu melakukan tindakan tidak berakhlak ini kerana pembangkang tidak mengacau bila Umno buat program politik.

"Pihak kami menganggap ia hanya tindakan kebudak-budakan kerana mereka seharusnya lebih rasional dan menghormati orang lain," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pemuda Umno Bahagian Maran, Khairul Amin Osman menafikan dakwaan tindakan memasang kain rentang itu mempunyai kaitan dengan Pemuda Umno Bahagian Maran.

Dalam pada itu, Anwar dalam ceramahnya menyentuh tindakan penganjur pertandingan nyanyian lagu Mandarin yang berlangsung pada masa sama dengan jarak hanya 200 meter dari pentas ceramah perdana itu.

"Ini tindakan biadab dan tolong sampaikan salam saya kepada pihak penganjur," katanya.

Namun, pihak penganjur pertandingan itu, MCA Bahagian Maran memaklumkan bahawa pihak mereka sudah lama merancang program tersebut sebelum mengetahui akan kehadiran Anwar pada masa dan tarikh sama.

Katanya, penganjur tidak dapat membatalkan pertandingan itu memandangkan ia membabitkan penyertaan peserta berdaftar.

BLOG PAHANG: 06 <b>di maran</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2012 01:44 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di maran</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Apr 2012 01:03 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di maran</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Apr 2012 01:05 AM PDT

URL Sumber Asal :-

TV3 Stesyen TV Portal Pertama - 40 Sejadah Berdiri <b>Di Maran</b> <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 05:00 AM PST

12/02/2012 21:00:00

Lebih 40 helai sejadah berdiri tegak seolah-olah sedang bersolat di dalam sebuah surau lama.

Kejadian aneh tanda kebesaran Illahi yang menggemparkan penduduk setempat itu -- disaksikan sendiri pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, Maran, Pahang.

Menurut pengasas pusat pengajian Islam berkenaan, Azizah Khatib Mat, kejadian itu dimaklumkan oleh pelajarnya, sejurus selepas masuk waktu Maghrib malam semalam.

AZIZAH KHATIB MAT/PENGASAS MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL-ISLAM
"Pagi tadi saya suruh pelajar ni ambik sejadah ni untuk dibasuh, kemudian mereka basuh dan sidai. Bila petang lepas asar hujan diorang angkat dan benda tu lembab. Jadi diorang naik keatas ni dan terus hamparkan supaya benda tu kering dan dekat hendak Maghrib, mereka buat persiapan solat Maghrib dan solat hajat. Ada empat daripada pelajar tadi hendak ke bilik air dan sorang hendak masuk ambil sikat. Bila nak masuk jer dia orang tengok yang first ni tunduk dan tersusun dan menghadap kiblat dan safnya tersusun-susun. Jadi diaorang terus berlari ke bawah memberitahu kawan-kawan dia."

43 sejadah ini yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak, duduk di antara dua sujud dan sujud.

Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian sehingga pagi tadi.

Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak pagi tadi.

Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved