ads

Jumaat, 29 Jun 2012

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


*This is What I Think*: Bomoh Ajaib <b>di Temerloh</b>!

Posted: 26 Jun 2012 11:00 PM PDT

Assalamualaikum,

Pelik tapi benar. Ada seorang pesakit lelaki berumur 16 tahun yang masuk wad saya beberapa hari lepas. Pesakit ni patah kaki peha kanan kerana terlibat dalam satu kemalangan jalanraya. Macam biasa, bawak motorsikal la...cuma kali ni dia terbabas terlanggar pokok. Malang tidak berbau.

Bapa budak ni seorang Tok Penghulu di Mukim 'tuuuut'....bila bercakap, memang confident dan bergaya.

Doktor: "Encik, anak encik ni patah tulang peha kanan ni"

Penghulu: "Ya, saya tau...saya nak bawak di keluar doktor"

Doktor: "Encik nak bawak ke mana? Tulang ni, kalau tak disambung betul nanti tempang anak encik ni. Tulang paha ni nak kena dibetulkan balik kedudukannya".

Penghulu: "Betul tu. Doktor nak buat macamana?"

Doktor: "Kita kena buat satu pembedahan untuk betulkan kedudukan tulang dan masukkan besi kat dalam. Besi ni sementara aje, bila tulang dah bercantum nanti, kita buka balik besi tu"

Penghulu: "Berapa lama nak baik doktor? Bila boleh buang besi tu?"

Doktor: "Biasanya lepas 3-4 bulan tulang tu akan bercantum. Lepas tulang tu betul2 kuat, kita buka lah balik besi tu. Biasanya lepas satu tahun la"

Penghulu: "Hmmm...kalau macam tu lambat la doktor"

Doktor: "Memang itu proses baikpulih yang biasa encik. Itu kejadian tuhan. Kalau budak2 umur 3-4 tahun memang cepat, kalau kita dah dewasa, memang tulang akan ambil masa lebih lama untuk bercantum".

Penghulu: "Saya nak bawak anak saya balik berubat kampung. Saya kenal sorang bomoh tulang ni. Dia cuma perlu sapu air aje atas peha tu...tulang terus akan cantum tau doktor!"

Doktor: ?????

(Dalam hati - boleh kenalkan kat aku, senang aku nak refer semua patient kat bomoh tu kalau memang betul2 boleh cantum pakai sapu air aje...maybe aku pun boleh berguru dengan bomoh tu jugak *hahahaha*)

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved