ads

Sabtu, 14 Julai 2012

06 di beserah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di beserah - Google Blog Search


PakSu Seafood Restaurant : Makan Sedap <b>di Beserah</b> Pahang

Posted: 14 Jul 2012 07:30 PM PDT

Paksu Restaurant ni restoren makan cina. Dan ofkos lah halal, ramai pelanggan dia aku tengok ramai jugak Melayu datang sini, kira best lah ni ye dak?
tempat ni kira mesra pengguna jugak lah. Ada basuh tangan, ada toilet macam biasa, ada meja, ada kerusi, ada pelayan, ada big bos, ada ikan dan macam-macam lagi.. hehe~
Apa yang femes kat sini? 
Yang pemes adalah Stuff Crab, atau Ketam Sumbat. Ketam tu dia akan keluarkan isi-isi ketam, lepas tu isi tadi di campur dengan bahan-bahan, masukkan balik kat cengkerang ketam. Goreng celum tepung. Wow~
 Meh tengok gambar menu dari Paksu Restaurant. Terima kasih kepada pihak Paksu Restaurant kerana sponsor lunch ..
Curry Shark Meat : Daging Jaws Masak Kasi, seyes
Sambal Sotong Dengan Petai
Udang Goreng Gaya Portuges - rasa manis-manis pedas
Telur Goreng dengan bawang & Sayur Ikan Masin ya, sepuluh orang makan pun tak habis, udang dengan ketam je pakat ratah..

Harga hidangan ni murah jugak , RM 238.00 untuk sepuluh orang makan. Kiranya duk satu table lah, ok jugak ni makan dengan family..

Sedap, halal, masakan pun dia nampak menarik aje. Ikan jaws tu rare betul, siap buat kari lagi. Terkejut den masa dia cakap ni ikan jaws. hahaha~

Siapa yang dah duk dekat area Kuantan molek sangat ler datang sini untuk lunch. Dekat dengan pantai pulak tu kedai ni, nak duk bilik aircond atau nak rasa bayu bayu pantai ikut suka hati korang.. hehe~

Paksu Restaurant
No.4/1417, Batu 6, Lot 922,
Kg. Bahagia Beserah,
26100 Kuantan, Pahang.
Phone: 09-544 8025
Mobile: 019-987 8403
Mobile: 017-989 6666
Fax: 609-544 9058
web: http://www.paksu-seafood.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved