ads

Rabu, 18 Julai 2012

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Rumah Urut Di Selangor Tumbuh Seperti Cendawan Selepas Hujan <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2012 07:50 PM PDT

AIDC – Pada Sabtu lalu (14 Julai), saya dijemput SD Johari Yassin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan untuk meninjau pertumbuhan rumah urut di Bukit Tinggi, Klang Selangor.

Tujuan beliau memanggil saya untuk melihat sendiri apa yang diperkatakan sebelum ini adalah benar belaka.

Sebelum ini, saya pernah mempertikaikan kenyataan beliau tentang kepesatan pertumbuhan rumah urut di Selangor yang disifatkan sebagai 'cendawan tumbuh selepas hujan' sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor selepas Pilihanraya Umum ke-12.

Saya juga turut mempertikaikan tentang kewujudan 'Ahli Majlis Pau', istilah yang digunakannya sebagai salah satu faktor percambahan pusat hiburan itu.

"Saya jemput saudara bersama saya tinjau dan lihat sendiri apa yang saya perkatakan sebelum ini. Kalau saya sebut secara lisan sahaja, saudara boleh pertikaikan, sekarang saudara lihat sendiri dan buat penilaian sendiri.

"Kawasan Bukit Tinggi adalah satu sample di salah satu kawasan di Selangor. Sample yang sama juga sedang giat beroperasi di tempat-tempat lain di seluruh Selangor,"katanya.

SD Johari dalam kenyataannya sebelumnya di laman ini pernah berkata semenjak PR memerintah Selangor semakin 'bercambah' pertumbuhan rumah urut dan pusat hiburan yang berselindung di sebalik 'urut kaki'. Baca kenyataan-kenyataan SD Johari, sila klik di sini, sini dan sini

"Kenapa DAP semakin berani, kerana mereka tahu, orang yang menjadi batu penghalang, Hasan Ali telah dipecat dari PAS.

"Saya yakin kebenaran mudah akan diberikan kepada mana-mana pengusaha sekadar cukup dengan mendapat 'kebenaran lisan' dari mana-mana YB Pakatan untuk mereka beroperasi di kawasan tersebut dengan syarat bersetuju membayar 'ahli majlis pau yang menjadi rakan kongsi Ronnie Liu itu," katanya.

Menurut Sel13, semasa Datuk Dr Hassan Ali menjawat Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor, salah satu tindakan bekas Pengerusi PAS Selangor yang menimbulkan kemarahan DAP adalah menyerbu pub di Mutiara Damansara dan Petaling Jaya yang membabitkan penangkapan 41 orang Islam kerana minum arak.

Apabila dibawa meninjau, saya sungguh terkejut dengan apa yang saya lihat. Apa yang dilihat dengan mata dan kepala sendiri lebih menggerunkan daripada apa yang diperkatakan SD Johari.

Dalam satu kawasan Bukit Tinggi sekurang-kurang terdapat lebih daripada 12 pusat hiburan bertopeng 'urut kaki itu'

"Apakah majoriti penduduk Melayu yang tinggal berhampiran dengan kawasan ini, terlalu sakit belakang hingga perlu terlalu banyak 'rumah urut kaki'.

"Kenapa semuanya menggunakan topeng 'kaki', tetapi diselit dengan foto-foto wanita, dan operasi apakah yang sedang bermaharajalela bersembunyi di sebalik foto wanita separuh bogel itu.

"Saudara lihat sendiri, adakah ini negara Thailand atau negeri Selangor," soalnya.











Tinjauan kami yang bermula dari jam 8 malam hingga 11.30 malam sempat menemui beberapa orang pelanggan yang baru keluar dari rumah urut kaki itu.

Tunggu pendedahan selanjutnya apa yang diberitahu oleh pelanggan-pelanggan Melayu itu kepada SD Johari.

SD Johari juga turut membawa saya meninjau hotel-hotel bajet semurah RM9.90 untuk satu jam bagi setiap pasangan serta turut meninjau pusat-pusat judi mesin kuda…

De&#39; Nurul: Picnic <b>di Bukit Tinggi</b>, Pahang

Posted: 06 Jun 2012 09:39 PM PDT

Sebenarnya plan asal nak pegi ni minggu lepas tapi ada kes mengejut kena balik kampung, jadi delay. Minggu depan ada kenduri pulak so memang tak dapek la. Asik nak delay sampai bila ye tak? Luckily aku pegi ikut ni, puas hati. Kalau tak patutnya ada family gath dekat Bukit Gambang Resort. Yang tu pun fun jugak sebab semua free. Dari tiket masuk membawak ke bilik hotel makan bagai. Tapi takpe, itu tiap tiap tahun boleh dapat tu.
Kitorang gerak pukul 12. Konon nye nak awal kaaaaannnn. Siap masak nasik lemak, sausage roll, egg tart bagai. Kata nak picnic kannnn. Beg picnic pun kemain lawa kaauuu. Dalam sejam je sampai la atas. Terpusing pusing gak kitorang cari best port nak lepak. Sekali pegi Animal Park...Voilaaa!!! Cantekkk! Bentang tikar lah kita kaaannnn.
Dah kenyang perut sukahati baru lah boleh bergambar bergumbira ye dak? Macam macam aksi heh. Adam punya imagination paling tak menahan. Panggil Dinasour konon konon macam dalam IceAge3 dia tu. Sabo je lah.
Lepas arnab, kuda (sebenarnya donkey) ride. Adam kata nak naik. So kami test letak dia atas donkey tu dia ok je. So abang gi bayar RM6/person. Pastu pakai helmet pun tak nanges. Terkejut gak kitorang. Biasa dia ni indah cakap dari buat je. "Cakap tak serupa bikin" Bila cakap ye ye neh. Bila time nak buat nanak nanak. Sekali, heh mak impress nak!
Adam first riding
Lepas tu masuk Colmar. Alhamdulillah cuaca panas. So kau feeling cantek lah kan nak berposing bergambar sakan. Aku kagum betul dengan patung kuda dia neh. Cantek cantek kau. Berbatek batek. Tradisional sangat! 
Colmar Tropicale
Lepas tu insaf tak tahan sakit kaki pakai heel. Ngenangkan nak pegi Japanese Garden plak pasneh yang aku tau jalan dia memang berbukit macam haram, baik la gi tukar selipar. Dah la terpusing pusing cari kereta, nak terkencing lagi, nak buat susu adam lagi. Abang & Kak Nelly tunggu kat Bustop untuk naik buggy ke Japanese Garden tu. Dah la last ride pukul 4. Naseb aku sempat. Kalau tak membawak la kereta naik ke atas nu ha.
Luckily sampai parking dia ada toilet dan toilet pun ok la tak kotor. Lepas hajat terus mendaki naik. Gila. Sumpah gila bukit dia tinggi. Kitorang jalan backward. Kalau aku pakai heels tu memang tanggal dah kaki ayam je macam ada mat saleh dua orang tu. Hahahah. Tapi nampak diorang tengah buat tangga so okay lah. Mesti dah ramai komplen kalau tak, nenek nenek for sure mampos tak lepas naik atas tu.
Kesimpulan nya, ceh. Ok sangat puas hati. Sebab :


- Picnic. Kenyang gila. 
- Lepak bawah pokok yang memang best ah. Semorang tengok je. 
- Jimat gila makan. Kalau kat dalam Animal Park tu, air tin je RM4 setin. Mampu? Mampus lah.
- Belum lagi dalam Colmar. Kebulur ah cite dia kan nak kenyang.
- Cuaca cantik alhamdulillah.
- Satu la, tak sempat pakai kimono


Next time pegi lagi. Nak buat outdoor wedding photoshoot memang sangat berbaloi. Tapi tak tahu lah kena bayar ke tidak. Rasanya tak kot.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved