ads

Selasa, 10 Julai 2012

06 di janda baik - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di janda baik - Google Blog Search


KATA KILA: SAUFIVILLE <b>DI JANDA BAIK</b> (PART 1)

Posted: 01 Jun 2012 11:56 AM PDT

Rajin kan aku update blog. Waahahahah..

Saja nak cerita version takde suara hanya baca.. Tapi gambar takde lagi lah.. Lain kali aku up gambar.. Ada dalam memory card lagi tak dan nak kalih pi kat laptop.. Haha (lawak ke?)

Eh, aku pergi saufiville ni hari ahad lepas aku bermalam di kalumpang tu... Tapi berpecah.. Ada yang balik manjung, ada yang balik KL..

Dalam perjalanan tak payah cakap. Belok sana belok sini. Aku baring tak kena, aku duduk tak kena, aku meniarap kang kata aku meroyan apa meniarap dalam kereta.. Siap kena bagi plastik ok. Last last ter muntah jugak. Hahaaa first time ok muntah dalam perjalanan. Perut kosong plus sakit sakit badan angkara tiubing di kalumpang =.="

Sampai sana, hari Ahad dalam pukul lapan malam.

Suasana pada malam hari. Biasa.. Tapi sejuk. Sampai sampai je, yang lelaki terjun kolam.. Bapak besar kolam dia :O

Mandi, makan, makan, makan, makan,makan, tangkap gambar..karaoke, borak borak.. Tido

Isnin pagi kena balik jugak sebab kerja. Bertolak pukul 7 pagi . Pergh

Aku bangun, gosok gigi, basuh muka, tak mandi ok! Sejuk wey air dia.. (Padahal malas sebab dah plan nak sambung tido dalam kereta)

Masa aku keluar pergi kat beranda, depan kolam renang tu.. Nampak bukit, nampak embun, nampak kabus menutupi bukit, nampak matahari nak naik. (Macam lukisan aku masa kecik kecik pulak. Ada bukit,ada matahari tengah tengah. Ada burung bla bla bla hikhik)

Ya Allahhhhh. Cantiknyaaa pemandangan pagiiiii..cantik sangat.. Aku ada tangkap gambar.. Nanti aku pacak kat blog ni.. (Terbayang bayang suasana masa tu)

Tapi, aku tak galakkan sesiapa yang nak honeymoon pergi saufiville ni.. Rumah dia besar. Sangat besar.. Tak silap aku ada 5 bilik.. Bilik air ada 3.. Dapur tadak. Makanan kena order.. Satu malam tak silap aku rm2 ribu.. Nak makan apa, order je.. Macam restoran tu.. Owner dia sendiri masak untuk menjaga kualiti katekooo.. Mampu?? (Harga makanan lain)..

Kalau pergi honeymoon kat sana. Pakatnyaaaa

" You pandang i.. i pandang you"

Takpun, jalan jalan tengok kandang lembu

Takkan nak beradu di bilik saja..
Hahahahah o.O

Okbai (O.O)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved