ads

Ahad, 22 Julai 2012

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di jerantut</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jul 2012 01:48 PM PDT

URL Sumber Asal :-

PANAS - PEREMPUAN TARIK BAJU PM NAJIB <b>DI JERANTUT</b>

Posted: 20 Jul 2012 02:02 AM PDT



JERANTUT - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peneroka berhak menikmati apa yang dikecapi kini kerana mereka telah berjuang lebih separuh abad menerusi program rancangan pembangunan tanah untuk mengubah nasib mereka.
   
Beliau berkata ramai masyarakat luar kini menganggap peneroka sebagai 'anak emas' perdana menteri berikutan pelbagai insentif dan nikmat yang mereka peroleh ketika ini seperti bonus, kemudahan pinjaman perumahan, saham, durian runtuh dan sebagainya.
   
"Kalau hari ini peneroka dapat lebih, jangan iri hati, jangan jaki kerana mereka telah berjuang lebih separuh abad.
   
"Kalau yang tak tabah, ada yang lari balik kampung lama (mereka)," katanya ketika berucap pada majlis Program Kampung Sejahtera Inspirasi Harmoni Felda (Kasih Felda) di Padang Piol, dekat sini, hari ini.
   
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

Najib berkata kejayaan yang dinikmati peneroka dan Felda bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya mereka terpaksa melalui pelbagai cabaran sepanjang 56 tahun membangunkan tanah rancangan itu.
   
"Ramai yang mahu sertai semula Felda, ada yang hulur surat kepada saya, kepada Ahmad Maslan, kepada Tan Sri Isa.
   
"Jasa Felda sangat besar sebenarnya, ramai anak-anak peneroka telah berjaya, ada yang menjadi pegawai tinggi kerajaan dan menjadi golongan profesional," katanya.
   
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib berkata nikmat yang dikecapi peneroka bukanlah sesuatu yang mudah dan datang sebegitu sahaja.
   
Kejayaan yang dinikmati Felda sebenarnya turut melimpah ruah kepada masyarakat sekelilingnya seperti Program Kasih Felda yang turut dinikmati penduduk kampung tradisional sekitar tanah rancangan, katanya.
   
Program Kasih Felda yang dilancarkan perdana menteri hari ini adalah program membaikpulih perumahan bagi penduduk di kampung-kampung tradisional yang berhampiran dengan 317 tanah rancangan Felda.
   
Program itu memperuntukkan RM5,000 bagi satu keluarga mengikut garis panduan yang ditetapkan Yayasan Felda dalam projek membaikpulih rumah tradisi di kampung bersebelahan atau berhampiran tanah rancangan Felda.


HB - BAJU NAJIB DI TARIK PEREMPUAN MAHU BERSALAM

BLOG PAHANG: 06 <b>di jerantut</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jun 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

CeritaLAH: <b>Jerantut</b>: bila boleh maju? PM orang Pahang dah!

Posted: 27 Jun 2012 09:22 PM PDT

Bismillahitaala.

Sewaktu menulis ni aku baru je habis membuat pembentangan thesis aku. Selepas habis aku duduk dan mendengar presentation oleh kumpulan seterusnya. Aku buat-buat tak layan sangat awalnya. Aku mula tertarik bila dia menyebutkan mengenai ADTEC Shah Alam.

Aku terus buka PC  dan taip ADTEC Jerantut untuk melayari laman sesawangnya. Malang masih belum ada barangkali. yang ada hanyalah page fb sahaja. Aku bukan apa. cerita tentang ADTEC ni adalah sesuatu yang besar di tempat kelahiran aku.Jerantut. Ianya institusi pengajian tinggu paling besar di Jerantut. Aku sedikit sebanyak bangga. Kalau sebelum ini Jerntut pernah masuk tv kerana rusuhan pelatih pusat serenti Jerantut Rusuhan Pusat Serenti Jerantut; 400 peserta serah diri. . Kes ni meninggalkan kesan mendalam dalam hidup aku. kerna ibu aku pernah hampir dicederakan. Kes berlaku dalam bas. Seorang lelaki naik bas duduk sebelah mak aku. Seketika tiba2 mencekik leher mak aku. Mengungut meminta duit. Sekelian orang poanik. Nasib baik ade polis buat roadblock. Polis naik. Pelahan2 dengan tangkas menangkap lelaki dari pusat serenti itu.

Ok berbalik cerita asal. Point aku sebenarnya ialah mengenai Jerantut. Aku seronok membaca blog wan zamzuri wan hasenan ni. Seronok bila dia beriamginasi tentang kemajuan Jerantut pada masa depan Ada banyak postnya yanng bagus terutama mendesak kerajaan untuk membina lebih banyak IPT di Jerantut.Membina jaringan jalan raya yang lebih baik serta kemajuan luar bandar terutama di Mukim Tembeling. Pointya banyak betul walaupun ada beberapa isu yang aku tak setuju bila membaca blognya. Biasalah wzwh ni kan orang kuat Umno. Tapi harus diakui banyak yang ditulisnya itu ada benar. Pembinaan ADTEC sebagi contoh adalah mampu untuk melonjakkan sosio-ekonomi rakyat Jerantut. Jerantut ni daerah paling besar di Pahang. Ada taman negara yang terkenal di peta dunia. Pelancong setiap hari mesti ada di bandar Jerantut. Sebagai bandar yang kecil, Jerantut bisa menjadi lebih maju jikalau parti pemerintah sekarang benar2 cakna akan Jerantut. DS Najib patut tahu negeri pahang negerinya, Pahang paling kuat Umno, Jerantut kubu Umno dan MCA  Pada PRU yang lepas orang Jerantet hampir2 memeilih DR Hamzah dari PAS, tapi Ku Lan masih kekal. Come onlah DS najib, ramai penyokong aok de Jerantet nih. Jangan la sibuk ambik hati orang luor aje. DS Najib patut menyenangkan dan membantu projek2 yang boleh bwak kemajuan di Jerantut seperti
  • Projek Pembesaran jalan Jalan Benta-Jerantut (tibe2 tertangguh lepas Praya)
  • Pembinanaan Jambatan di Tembeling
  • Pembinaan rumah kos rendah (harge rumoh de Jerantet mengalahkan KL doh, main juta2 skrang)
  • Penambahbaikan jaringan jalanraya seperti flyover ,jejantas dan pembaikan jalan yang rosak (jalan jerantut-benta adelah paling lama sejak zaman British lagi)
 Itu hanya lah beberapa isu utama di Jerantut. Kalau nak tulis isu lain. Isu tanah, isu penyelewengan atau isu gila kuase kat Jerantut ni try lah search google. Memang agak banyak blog jerantet skrang yang bincang pasal isu dan gosip de Jerantet. Aku ni malas nak bawak cerita yang tak menguntungkan. Biarlah kita naikkan isu yang boleh bawak kemajuan untuk Jerantet neh.

Kewujudan ADTEC dan Kolej Komuniti Jerantut memanglah mampu menambahkan kemajuan Jerantut namun kita rakyat Jerantut mau lebih. Kita mau universiti, kite mau banyak orang yang akan mendapat kesenangan dan kite mau amjoriti orang Jerantut (baca Melayu) senang. Tanyalah sape2 kt jerantut . bandar jerantet tu hok sape? Orang secare beguro akan cakap LIM AH CHAP hok punye dan kuncunya Datuk Jalil. Ehh termelalut pulok.

Kalu setakat pASAR tANI MODEN jERANTUT  untuk memancing undi orang jerantet banyok hek lagi aok kene buat kalau nok mnamboh majoriti MP hok btanding nanti. Cuberlah cari mekanisma membantu orang2 miskin de Jerantut neh. Kalu de Jerantet tuh bvanyok hek dohh orang luor. Orang luor jerantet ajeh hok monopoli pernegaan de Jerantut Orang Kelantan,Cina dengan pendatang. Kalu aku duk de Terengganu dulu ak tau la orang luor susoh benor nok keje kat dalam perkhidmatan awam kerajaaan negeri. Tapi dengornye undang2 Pahang ni longgar. Orang luor mudoh nak masuk keje. Mudoh mohon tanah. Mudoh pong tanoh kerjaan. Ape ke halll??

 Bercakap pasal kemajuan Jerantut. Patetnye  kome  de Jerantet ni boleh dapat lebih lagi kerana memenangkan awok BN. Jangan nanati awok nyesal de PRU nanti udoh ler. Bnayok lagi kas nok tulih ni. Nanti ade idea kas sambung lagi.

\

 

Warisan PESAGI: Aku guru novis 1978 <b>di</b> SMK <b>Jerantut</b>

Posted: 30 Jun 2012 02:25 AM PDT

Memulakan kerjaya guru di SMK Jerantut

Aku guru novis

Saya berjaya lulus penuh Sijil Tinggi Pelajaran tahun 1973. Saya adalah pelajar pertama lulus STP aliran sains Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib sejak tahun 1971. Saya berjaya memecahkan badi selama dua tahun sebelum ini tiada seorang pun yang lulus penuh STP aliran sains sekolah itu. Saya gembira dengan pencapaian cemerlang itu. Saya rasa inilah pencapaian peribadi saya yang paling manis. Memang saya berusaha bersungguh-sungguh selama dua tahun menghadapi peperiksaan itu. Saya percaya dengan kebolehan sendiri untuk menghadapi cabaran getir itu. Saya bercadang untuk belajar dalam jurusan kejuruteraan di universiti tetapi ayah mahu saya jadi guru. Saya ikutkan kemahuan ayah lalu mengikuti kursus ijazah sains dan diploma pendidikan. Saya tidak faham mengapa ayah beria-ia sangat menyuruh saya jadi guru?

Sebaik sahaja tamat pengajian ijazah di UKM, saya memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut. Perkara pertama yang difikirkan ialah tempat tinggal. Selepas melapor diri di sekolah saya terus mencari rumah sewa. Saya ingin menumpang rumah sewa guru bujang. Setelah bertanya beberapa orang guru lelaki, saya diperkenalkan dengan seorang guru yang mengajar di SJK Tamil Jerantut, namanya Abdul Rahman. Raman menyewa rumah nombor 99 Taman LKNP. Beliua menyewa bersama kawannya Hamdan. Saya diterima menumpang di rumahnya hingga saya dapat rumah sewa sendiri. Selepas beberapa minggu, Raman mesra dengan saya. Pada waktu malam beliau selalu memberi ubat nyamuk lengkor kepada saya. Tanpa ubat nyamuk pasti tidak boleh tidur. Raman juga kerap belanja saya maklumlah saya baru kerja, gajipun belum dapat. Selepas beberapa bulan saya berpindah menyewa rumah nombor 4 Taman LKNP bersama Daud Talib. Saya sangat terhutang budi terhadap budi baik saudara Raman.

Saya diberi tugas mengajar mata pelajaran Rampaian Sains tingkatan lima, lima kelas semuanya. Saya mengajar 25 waktu seminggu. Tanpa banyak soal, saya hadapi tugas itu dengan tabah. Saya dapati sukatan pelajaran telah berubah sama sekali dengan apa yang saya pelajari tahun 1971 dahulu. Saya terpaksa belajar semula, saya telitikan semua kandungan dalam buku teks itu. Walaupun saya banyak membuat persediaan tetapi kebolehan saya mengawal kelas agak lemah. Saya seolah-olah bercakap dengan papan hitam. Jarang sekali saya menjenguk apa pelajar belakang lakukan sewaktu saya bercakap di hadapan. Kini saru saya sedar betapa banyaknya kesilapan saya sewaktu menjadi guru novis dahulu.

Saya juga diberi satu lagi tugas yang mencabar iaitu Ketua Guru Rumah Sukan Dato Bahaman. Saya hairan mengapa tugas itu diberikan kepada saya? Ada ramai lagi guru yang lebih senior. Ini akan menimbulkan masalah bagaimana hendak mengajak dan mengarah guru-guru yang lebih tua itu? Berbekalkan pengalaman sebagai pelajar yang aktif dalam sukan dan permainan sewaktu di bangku sekolah, saya laksanakan tugas itu dengan baik. Apa tidaknya, Rumah Dato Bahaman berjaya menjadi johan keseluruhan tiga tahun berturut-turut. Saya rasa inilah kejayaan yang nyata dalam tugas kokokulikulum saya selama tiga tahun pertama sebagai guru.

Tugas penting saya yang ketiga ialah Guru Pembantu Displin Murid. Ketuanya ialah Tuan Haji Shahruddin bin Samsuddin, Guru Penolong Kanan yang sangat tegas. Saya tidak berapa minat melaksanakan tugas ini tetapi saya ikut sahaja apa yang disuruh. Saya terasa sukar menguruskan budak-budak yang nakal. Mereka sering kali ingkar arahan pengawas. Inilah yang memeningkan kepala saya. Saya waktu sekolah dulu nakal juga. Baru saya sedar betapa sukarnya guru menjinakkan saya. Syukurlah saya jadi "orang".

Sewaktu saya sampai di Jerantut, wang dalam poket saya hanya ada beberapa puluh ringgit sahaja. Saya terpaksa berjimat untuk sampai ke hujung bulan. Apabila sampai hujung bulan, Tuan Haji Yaakub Isa, pengetua memanggil saya ke biliknya. Beliau berkata sesuatu kepada saya, "Awak memang tiada duit kan?" Saya terkejut mendengar kata-kata itu. Saya hanya memandang muka pengetua sambil memberi senyuman separuh. Saya terfikir, macam mana pengetua tahu? Pengetua terus menghulurkan wang kepada saya. "Ini wang pendahuluan RM400 untuk belanja." Saya tersipu-sipu terus menyambut pemberian itu. "Bila dapat gaji nanti bayar balik kepada saya." Masuk akhir bulan kedua saya menerima cek pula daripada pengetua. Saya masih ingat, dua kali saya menerima cek daripada pengetua. Ini bermakna saya kena pulangkan RM1200 kepada pengetua bila dapat gaji nanti. Akhirnya baru saya tahu bahawa pengetua mendahulukan wangnya sendiri untuk menyelesaikan masalah kewangan saya. Bila dapat gaji saya bayar dua kali. Pengetua Tanya mengapa bayar beransur? Saya kata mahu beli reket tenis. Pengetua membenarkan saya bayar dua kali. Bila saya jadi pengetua baru saya sedar betapa caknanya Dato Yaakub Isa kepada saya sewaktu baru bekerja. Banyak pertolongan yang terima daripada seorang ketua yang sangat memahami masalah anak buahnya. Saya banyak belajar dari pengetua.

Pada waktu petang saya saya turun ke gelanggang tenis. Pada mulanya saya diberi jadual bermain jam 3 petang kerana saya pemain baru. Saya bersama Rozak turun belatih hampir tiap-tiap petang.

Masuk tahun kedua (tahun 1979), tugas mengajar ditambah lagi disamping mengajar Sains tingkatan lima, saya juga ditugaskan mengajar Matematik Tambahan tingkatan 5 Sains aliran Melayu. Saya menyambung tugas cikgu Low Kong yang mengajar mereka tahun lepas. Cikgu Low Kong beritahu saya, "Pelajar kelas ini paling baik boleh dapat P8 sahaja." Saya terkejut dengan kenyataan itu. Bermacam-macam persoalan timbul dalam kepala saya. Tidak mengapa, saya anggap ini satu cabaran. Bila sengajar mereka beberapa minggu, saya percaya pengakuan cikgu Low Kong itu. Memang kebolehan mereka sangat rendah. Kini beban atas bahu saya semakin berat. Walaupun pengalaman mengendalikan pengajaran secara berkesan tidak difikirkan, saya asah mereka melalui kelas tambahan yang banyak sekali. Saya masih ingat, bila keputusan SPM diumumkan, terdapat lima orang mencapai kepujian 6 mata pelajaran Matematik Tambahan. Antara mereka ialah Roslan Ali, Hasni binti Osman, Khairuddin bin Othman dan Omran. Ramai yang dapat P7 dan P8. Namun begitu ramai juga yang gagal. Pengetua dan GPK terkejut melihat pencapaian itu. Kali ini pelajar Melayu aliran Melayu jauh lebih baik dari pencapaian pelajar Melayu dalam aliran Inggeris. Inilah kali pertama pelajar jurusan Sains aliran Melayu dapat pencapaian yang cemerlang. Ramai yang berjaya masuk UTM, UPM dan ITM. Saya biarkan mereka berfikir dan mencari jawapannya.

Mulai tahun 1980, saya diberi tugas mengajar Fizik dan Matematik Tambahan. Saya suka mengajar Fizik kerana banyak melakukan eksprimen di makmal. Saadun adalah atenden makmal yang cekap dan ringan tulang. Kejayaan saya mengajar Fizik dengan berkesan banyak dibantu oleh beliau. Saya dikira bernasib baik kerana dapat peluang memeriksa kertas SPM mulai tahun 1979. Disamping itu, saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan SPM dan STPM. Beberapa tahun berikutnya saya diberi tugas sebagai Ketua Pengawas STPM untuk calon persendirian. Ramai calon adalah guru yang lebih tua dari saya. Sukar juga mengawasi mereka. Kami kena mengawas secara tegas dan teliti kerana ramai yang cuba membawa nota.

Tugas tambahan semakin pelbagai. Kini saya ditugaskan menyelaras Jadual Kedatangan. Setiap hujung bulan saya kena semak Jadual Kedatangan setiap kelas. Waktu itu bilangan pelajar sekolah ini mencecah 2000 orang. Bilangan kelas melebihi 30 buah. Saya dapati banyak kesilapan menjumlah yang dilakukan oleh guru kelas. Untuk menyemak kesilapan yang banyak itu, saya gunakan tenaga pembantu iaitu anak murid saya tingkatan lima yang pandai Matematik. Kini saya jadi pengurus. Pelajar juga suka diberi tugas tersebut.

Saya juga diberi tugas sebagai warden asrama menyebabkan saya semakin sibuk. Saya masih ingat, selalu bekalan air terputus. Saya ditugaskan mengawasi pelajar lelaki pergi mandi ke sungai Pahang. Mereka berjalan kaki berbaris macam askar sejauh dua kilometre. Walaupun jauh mereka sanggup berjalan kaki kerana mahu main air. Saya bersama pelajar mandi sepuas-puasnya. Apabila mahu pulang, saya pastikan bilangan mereka sama swaktu kelur pagar asrama tadi. Satu hari sewaktu saya memeriksa bilik saya dengar bunyi seperti orang berjalan di atas siling. Saya bersama cikgu Zakaria dan cikgu Che Mat mengambil tindakan memanjat hingga naik atas siling. Tiba-tiba sahaja kelihatan orang berlari meniti atas kayu menjauhi kami. Tiba-tiba seorang daripadanya terpijak siling terus tejerlus, kini kakinya terjuntai. Dia tidak boleh bergerak ke mana-mana. Kini kami dapat satu tugas untuk melepaskan pelajar itu dari bahaya bimbang terus terjatuh. Pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Baru kami tahu rupanya atas siling itu adalah tempat segelintir penghuni lelaki ponteng. Saya juga mendapati atas siling itu penuh dengan punting rokok dan kotak rokok. Ini adalah tempat merekok yang paling selamat. Kami berjaya menghapuskan tempat ponteng dan merokok dengan cara menutup satu siling yang dijadikan tempat turun naik.

Beberapa tahun kemudian saya diberi tugas yang lebih mencabar iaitu membina jadual waktu mengajar guru. Tugas ini saya laksanakan bersama-sama Guru Penolong Kanan. Ini adalah tugas yang rumit dan mengorbankan banyak masa. Kami menggunakan ruang dinding yang luas. Banyak cip yang berlainan warna dan bentuk digunakan melambangkan guru dan mata pelajaran. Semasa membina jadual ini kami berbincang dan menyangkutkan cip pada paku. Kami berbincang bising sekali. Ada beberapa orang guru mengecek minta mereka dikosongkan pada waktu tertentu. Inilah pengganggu yang paling memeningkan.

Saya rasa sangat beruntung menyewa rumah no 4, Taman LKNP bersama seorang guru yang lebih senior iaitu saudara Daud Talib. Mungkin ungkapan ini betul. Saya anggap saya berjaya dalam kerjaya. Kejayaan saya ada kesan positif dari sahabat karib. Jika kita lihat seseorang itu berjaya dalam bidangnya, kita boleh selidik siapa gurunya, siapa ibu bapanya, siapa rakan karibnya dan siapa ketuanya? Kami duduk membujang di rumah nombor 4 itu hampir dua tahun. Saya lihat kawan saya ini sentiasa berpakaian kemas dan segak. Sebelah malam kawan saya ini ada sahaja kerja yang dilakukannya misalnya menaip soalan ujian. Bila siap soalan itu bentuknya macam buku yang distepler ditengah. Ini bukan kerja yang mudah. Kalau buat soalan ujian Geografi mesti bermula dengan JPU. Saya pun fahamlah apa itu Jadual Penentuan Ujian. Hujung bulan Mac ramai pelajar yang baru ambil keputusan SPM dating ke rumah. Mereka bawa borang dan buku prospectus mohon masuk university. Kawan saya ini sibuklah menerangkan kursus mana yang sesuai dengan keputusan dan minat masing-masing. Saya rasa rimas juga kerana mereka duduk lama di rumah. Pada mulanya saya tidak faham mengapa kawan saya ini sanggup lakukan berlebih lebihan ini. Pada tahun berikutnya anak murid saya pula ambil keputusan SPM. Mereka pula bertanya saya. Kini saya faham bahawa rasa sayang kepada murid akan timbul setelah kita mengajar mereka bersungguh-sungguh. Waktu cuti penggal hujung tahun kawan saya ini asyik memeriksa kertas jawapan calon SPM. Kawan saya ini nasihatkan saya cari pengalaman memeriksa kertas jawapan. Dia kata banyak faedahnya, sangat membantu pengajaran dalam kelas. Pada tahun berikutnya saya dapat peluang yang serupa tetapi saya memeriksa kertas jawapan pelajaran yang saya ajar. Kawan saya ini memang disukai rakan-rakan setugas. Oleh kerana dia suka rekreasi maka saya ikut sahaja ke mana dia pergi. Kami mendaki dan menyusup gua di Gunung Kota Gelanggi. Kami mudik menyusur sungai berkhemah di Taman Negara. Kami meredah samudera berkhemah seminggu di Pulau Tioman. Apa yang saya ceritakan ini sedikit sahaja. Kami berkawan rapat macam adik beradik. Secara tidak sedar beliau adalah guru dan mentor saya. Bila saya renungkan kembali, saya dapat banyak sangat faedah berkawan dengan saudara Daud bin Talib. Saya ingin menghadiahkan kata-kata ini kepada saudara Daud.

"Kalau saudara anggap saya berjaya dalam kerjaya guru ini, sebenarnya sebahgian kejayaan itu adalah hasil peniruan cara saudara bekerja sejak mula saya jadi guru. Rupanya saudara turut mewarnakan lukisan yang saya cipta ini. Secara tidak disedari saya terikut-ikut pendekatan mendidik yang saudara amalkan. Terima kasih kekandaku Daud Talib."

Sewaktu belajar di tingkatan empat tahun 1970, saya menjadi ball peacker kepada cikgu Razak, cikgu Hadi, cikgu Mahmud dan cikgu Ismail dalam permainan tenis. Saya memang mahir melakukan kerja itu. Sejak itu saya menanam angan-angan satu hari nanti saya pula mahu main tenis. Hasrat itu tercapai bila saya dapat gaji pertama terus beli raket tenis jenama Head Master. Rakan sepermainan saya ialah Mohd Yahya, Rozak, Khairuddin Ali, Zakaria, Che Mat, Jara, Paterik Loh, Fauzi Gusti, Bastani, Mohd Sahari Nordin, Rashid Ali dan Baharum Bahari. Kami sering berkunjung ke Lipis, Bentong, Temerloh dan Pekan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab tenis daerah. Seterusnya saya terpilih mewakili daerah Jerantut dalam pertandingan PSKPP ke peringkat negeri.

Tidak sedar saya habiskan masa dengan seronoknya selama tujuh tahun setengah di Jerantut. Datang seorang diri kini sudah beristeri da nada dua orang anak. Satu hari akhir bulan Jun 1985 saya menerima surat daripada Jabatan Pelajaran Pahang mengarahkan saya bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Dua sebagai guru penolong kanan.

Selamat tinggal Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut. Sisinilah tempat saya belajar jadi guru. Saya berguru di sini untuk jadi guru yang lebih baik.

Terima kasih Dato Yaakub bin Isa
Terima kasih Tuan Haji Shahruddin bin Shamsuddin
Terima kasih sahabatku kekandaku Daud bin Talib
 
bersambung lagi ......

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved