ads

Sabtu, 7 Julai 2012

06 di lurah bilut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di lurah bilut - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>lurah bilut</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2012 11:34 PM PDT

Ini adalah kisah percutiana kami yang masih beluh tercatat…. kena update kat blog untuk catatan kenangan peribadi.  Untuk rujukan generasi akan datang juga pengetahuan kita bersama.

Dalam perjalanan balik dari Tasik Keyir tempoh hari, saya bukan saja singgah di Muzium Warisan Kuala Lipis, malah kami singgah pula di Muzium FELDA Lurah Bilut, Bentong, Pahang.  Dua muzium dalam satu perjalanan.

Muzium FELDA Lurah Bilut telah dirasmikan oleh Dato' Seri Najib Tun Haji Abdul Razak pada bulan September 2005. Muzium ini adalah pejabat lama FELDA Lurah Bilut yang dibina pada Julai 1958 dan telah diubahsuai.

muzium felda lurah bilut pahang1 Muzium Felda Lurah Bilut Rakam Kronologi Awal Peneroka

FELDA Lurah Bilut yang terletak kira-kira 19 Kilometer dari bandar Bentong, Pahang merupakan kawasan FELDA yang pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1958

Bilut adalah sejenis ikan yang hidup di dalam sungai air tawar secara berkumpulan . Nama sainstifiknya ialah Krytopterus Cryptopterus.

ikan bilut Muzium Felda Lurah Bilut Rakam Kronologi Awal Peneroka

Muzium ini berkonsepkan rumah Melayu tradisional dan mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka juga kronologi pembukaan FELDA Lurah Bilut dan artifak-artifak lama yang berkaitan dengan sejarah FELDA Lurah Bilut .

muzium lurah bilut Muzium Felda Lurah Bilut Rakam Kronologi Awal Peneroka

Muzium FELDA Lurah Bilut dibuka setiap hari kepada orang ramai dan tiada bayaran dikenakan .

sejarah kemasukkan peneroka Muzium Felda Lurah Bilut Rakam Kronologi Awal Peneroka

Kumpulan pertama peneroka seramai 28 orang dari Datuk Keramat, Kuala Lumpur tiba di Lurah Bilut pada 2 Ogos 1959 diketuai Ahmad Husin . Beliau yang lahir pada 1901 meninggal dunia pada 10 Februari 1984.

Semasa mula masuk ke rancangan, peneroka datang berseorangan. Isteri dan anak dibawa  setelah mereka siap membina rumah kira-kira lima bulan kemudian. Peneroka di Lurah Bilut merupakan peneroka dalam erti sebenar.

Apabila peneroka tiba di tanah rancangan, tiada apa yang ada. Hutan belum ditebang, ladang belum ditanam  dan rumah belum didirikan. Semuanya perlu dibuat sendiri dan mereka dibayar kira-kira RM69 sebulan.

Mereka ditempatkan di beberapa buah bangsal panjang sebagai rumah tumpangan sebelum rumah masing-masing  yang didirikan secara bergotong-royong itu siap.  Inilah ciri penting yang membezakan penempatan peneroka FELDA Lurah Bilut berbanding dengan rancanganFELDA yang lain, di mana rumah mereka siap dibina terlebih dahulu sebelum peneroka dipanggil masuk ke rancangan.

bayi pertama yang dilahirkan Muzium Felda Lurah Bilut Rakam Kronologi Awal Peneroka

Pada 16 – 8 -1960 , seorang bayi perempuan anak pasangan peneroka Zainal bin Ali dan Radziah binti Othman telah dilahirkan menjadikan beliau adalah bayi pertama yang dilahirkan di FELDA Lurah Bilut. Disebabkan persekitaran dan kemudahan yang tidak sempurna di waktu itu, kebanyakkan peneroka akan menghantar isteri mereka balik ke kampung untuk melahirkan anak .

Pengurus Rancangan/ Manager Tuan Ding Charles seorang Inggeris yang fasih berbahasa Melayu mencadangkan nama Norvelly memandangkan bayi pertama ini dilahirkan di Bilut Velly.

Sekolah Wawasan Lurah Bilut merupakan sekolah terawal yang berjaya melaksanakan konsep sekolah wawasan. Sekolah Kebangsaan Lurah Bilut, Sekolah Jenis Kebangsaan  Cina Lurah Bilut dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lurah Bilut ditempatkan dalam satu kawasan . Mereka berkongsi menggunakan kemudahan seperti kantin, padang permainan, tandas serta tempat perhimpunan. Mereka juga melakukan aktiviti seperti sambutan hari guru, sukan dan aktiviti kokurikulum bersama-sama.

paip air Muzium Felda Lurah Bilut Rakam Kronologi Awal Peneroka

Sistem bekalan air bersih untuk peneroka di era 60′an hingga 70′an dipasang di pinggiran jalan dan kebiasaannya dikongsi bersama 8-10 buah rumah.

Sekiranya melalui perjalanan dari Bentong ke Raub, singgahlah ke FELDA Lurah Bilut ini.  Bawa anak-anak untuk melihat dan mengetahui pelbagai kisah kepayahan generasi terdahulu yang berusaha mengubah kehidupan menjadi lebih baik.  Lihat dan baca kisah betapa gigih dan semangat generasi ini membangunkan kehidupan.

Melawat muzium seperti ini adalah satu bentuk pembelajaran yang baik bagi mewujudkan kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan warisan kebudayaan dan sejarah negara. Kita boleh menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

 Muzium Felda Lurah Bilut Rakam Kronologi Awal Peneroka

Kujie

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. Seronoknya Kakitangan Kerajaan Dapat Bonus, Peneroka Felda Dapat Duit Raya
  2. Muzium Warisan Kuala Lipis – Siapa Sebenarnya Bidan Perdana Menteri?
  3. Pameran Bola Sepak Suzuki AFF 2010 Di Muzium Negara
  4. Nasi Kebuli Muzium Warisan Kuala Lipis
  5. Terlalu rumit untuk dikupas dan terlalu indah untuk dibiar tanpa erti…

Blog Felda: felda <b>lurah bilut</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Mar 2012 12:00 AM PDT

Walaupun kat Terengganu , ada muzium. Kat sini ada muzium negara, sepanjang hidup me, me tak pernah jejak kaki ke Muzium :p Lawatan anjuran sekolah pun me tak pernah join. Kesian btol kan. Masa kitorang ke Temerloh hujung minggu lepas, kenduri kahwin seterusnya adalah di daerah Bentong, iaitu di Felda Lurah Bilut.  Felda pertama di Malaysia korang tahu tak ?Sebagai anak felda, memanglah me berbangga kan :) Bilut adalah sejenis ikan. Lupa lak nak snap gambar ikan tu.

So lepas kenduri ajer, my Long ajak ke Muzium Felda Lurah Bilut. Walaupun hari Ahad ianya tetap dibuka. Guard kat situ cakap, kalau kenduri memang diorang buka, sebab pengantin nak bergambar dalam tu. So dapatlah me masuk dalam tu. Guard tu yang guide kitorang dalam tu dan banyak bercerita .

Jom me bawak korang masuk dalam muzium secara percuma hari ni. Memang masuk percuma pun, tak dikenakan bayaran. Awas banyak gambar :p

Harus bergambar depan pintu masuk

Sebelum masuk dalam, posing dulu :p Eh, ni gambar dah nak balik.My hubby tidak kelihatan ;p

Bapa Pembangunan kita yang mencetuskan idea penubuhan Felda, ayah PM kita.

Lukisan pewter ni bernilai RM25K you all !!

Muzium yang dirasmikan oleh PM kita sekarang, dulu Timbalan PM.

PM kita muda-muda dulu :)

Siapa tak pernah tengok pisau toreh, ni lah dia. Saiz gergasi punya !

Nuha mula-mula takut, sebab banyak patung

 Surat tawaran masuk Felda tahun 1959. Ayat klasik gila.

Kronologi Pembukaan Felda Lurah Bilut.

Mula- mula datang, kena datang seorang untuk bersihkan hutan dan buat rumah sendiri. Bila dah siap rumah dan dah tanam anak getah, baru boleh bawak anak dan isteri.

Rumah yang dibina - 1 bilik sahaja. Ni lah contoh rumah yang dibina pada masa tu.

Penoreh getah tengah posing tepi pokok getah :)

Bayi pertama dilahirkan di Lurah Bilut.Dulu orang panggil Lurah Bilut sebagai Bilut Velly. Masa tu orang inggeris dia punya pengurus ladang , suh namakan bayi tu "NORVELLY" . Ada iras nama me :p

Ni adalah safety box yang asal dan tak pernah dipindahkan. Sebenarnya muzium ni adalah tapak pejabat pentadbiran Felda Lurah Bilut asalnya. 

Klasik btol Alat Pemadam Api ni

Mesin Cetak yang memang tak kan korang jumpa dah.


Putera Lurah Bilut . Lupa lak kisah dia :p Tapi dia terkorban .

Klasik btol kan.

 Ni adalah beduk. Sebelum azan, ketuk ni dulu.Memang susah dah nak dengar bunyi beduk .Kat kampung masih ada lagi kot.

Korang pernah ker pergi muzium ?

p/s: 

Lepas ni teringin pulak nak ke Muzium Negara

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved