ads

Jumaat, 6 Julai 2012

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


Majlis Penyerahan Ambulans Kepada Jabatan Kesihatan <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2012 09:00 PM PDT

DRAF  TEKS UCAPAN

YB DATO'SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

SEMPENA

MAJLIS PENYERAHAN AMBULANS
KEPADA JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG

16 JUN 2012

 

Terima kasih, saudara / saudari Pengacara Majlis

Yang Berhormat,  Dato' Hoh Khai Mun

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Dan Kesihatan Negeri Pahang

Yang Berbahagia,  Dato' Dr.  Nooraini bt. Baba

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang

Yang Berhormat,  Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri,

Dato'- Dato' dan Datin – Datin,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia!

1.         Terlebih dahulu, ingin saya nyatakan betapa sukacitanya saya kerana dapat bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan di  upacara yang amat bermakna ini, iaitu Majlis Penyerahan Ambulans kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, pada pagi yang meriah ini. "Selamat Datang" saya ucapkan dan saya ingin  mengalu-alukan  sokongan padu anda terhadap usaha murni Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia!

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

2.         Kementerian Kesihatan Malaysia amat peka terhadap keperluan perkhidmatan ambulans yang cekap demi menyelamatkan nyawa serta kesihatan rakyat. Perkhidmatan ambulans ini amat kritikal dan merupakan langkah pertama atau "early  response" dalam menghadapi sesuatu bencana atau kecemasan. Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia sedia membelanjakan, untuk rakyat, sejumlah peruntukan yang besar setiap tahun bagi menaiktaraf perkhidmatan kesihatan khususnya dalam menyediakan kemudahan ambulans kepada klinik-klinik kesihatan dan juga hospital-hospital Kerajaan.

3.         Kementerian Kesihatan mempunyai perancangan yang baik serta rekod yang lengkap berkaitan perkhidmatan ambulans. Penggantian ambulans akan dibuat secara berkala setiap tahun bagi menggantikan ambulans yang uzur, terutamanya yang  telah melebihi usia 10 tahun. Sehingga kini, Kementerian Kesihatan mempunyai sejumlah 1,861 buah ambulans dimana sebanyak 959 buah ditempatkan di hospital-hospital dan 902 buah lagi beroperasi di klinik-klinik Kesihatan.

4.         Proses penggantian ambulans dibuat secara berpusat di Kementerian Kesihatan Malaysia oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan bagi memastikan spesifikasi ambulans yang menetapi piawaian atau "standard" digunakan di semua fasiliti kesihatan. Bagi tahun 2012 sahaja, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM 38.35 juta untuk menggantikan 100 unit ambulans yang uzur di semua Jabatan Kesihatan Negeri. Ini tidak termasuk perolehan ambulans melalui projek-projek pembinaan fasiliti baru. Setakat ini, Kementerian Kesihatan telah menerima 48 buah ambulans daripada jumlah 100 buah yang dibeli. Baki  52 buah ambulans akan di agihkan kepada Jabatan-Jabatan Kesihatan Negeri sebelum bulan Oktober 2012. Bagi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, sebanyak 8 buah ambulans yang baru akan diserahkan pada hari ini, iaitu 2 buah untuk hospital dan 6 buah untuk klinik kesihatan, dan ini tidak termasuk perolehan ambulans melalui projek fasiliti kesihatan yang baru di Negeri Pahang. Untuk makluman, pada tahun 2010, JKN Pahang telah mendapat 13 buah ambulans.

5.         Untuk tahun 2013 nanti, Kementerian akan memperuntukan sejumlah RM 76.7 juta  untuk menggantikan sebanyak 200 buah ambulans di seluruh negara, iaitu 120 buah untuk hospital dan 80 buah untuk Klinik Kesihatan. Jabatan Kesihatan Negeri Pahang akan menerima 17 buah ambulans, iaitu 10 buah untuk hospital dan 7 buah untuk Klinik Kesihatan.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

6.       Sungguhpun perkhidmatan ambulans memang lazimnya digunakan untuk kecemasan, bencana, kemalangan dan membawa ibu-ibu bersalin ke hospital, ia juga diperlukan bagi membawa  atau memindahkan pesakit-pesakit ke hospital-hospital yang mempunyai kepakaran. Pesakit-pesakit yang serius akan dirujuk dari Hospital-hospital Daerah ke Hospital-hospital berpakar seperti Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh malah ke Hospital Kuala Lumpur dan Institut Jantung Negara. Oleh itu, perkhidmatan ambulans yang efisien adalah amat penting, bukan sahaja di saat kecemasan, demi menyelamatkan nyawa.

7.     Sepertimana yang disebutkan tadi oleh Pengarah Kesihatan Negeri, penyerahan ambulans kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah dipercepatkan dari jadual penghantarannya. Ini adalah kerana wujudnya keperluan di Negeri Pahang, yang akan menjadi Tuan Rumah Sukan Malaysia Ke-15 pada bulan Julai nanti. Dengan adanya penambahan kepada bilangan ambulans ini, diharap penganjuran Sukan Malaysia ke 15 nanti akan berjalan dengan lancar, terutama dari aspek penyediaan pasukan perubatan dan kecemasan disamping dapat memberikan perkhidmatan kecemasan yang lebih baik kepada rakyat Negeri Pahang.

8.         Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus, berkerjasama untuk menjayakan  usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendahulukan rakyat serta mengutamakan pencapaian status kesihatan yang baik, termasuk akses kepada perkhidmatan kesihatan yang adil dan saksama, sesuai dengan hasrat murni Kerajaan Malaysaia yang sentiasa prihatin kepada kebajikan rakyat serta berusaha untuk membantu rakyat.

Ingatlah bahawa semasa kita senang, kawan-kawan kita mengenali siapa kita. Semasa kita susah, kita akan mengenali siapa dia kawan kita!

Dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penyerahan Ambulans kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

Sekian, terima kasih.

from your own site.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved