Rabu, 19 September 2012

06 di gebeng - Google Blog Search

06 di gebeng - Google Blog Search


Sejenak <b>di</b> Bukit <b>Gebeng</b> Resort | Utuh Paloi Banjar Blog

Posted: 11 Sep 2012 03:14 AM PDT

"Rolling stone gathers no moss" atau dalam Bahasa Melayu "Batu yang bergolek tak kan mengumpul lumut".

Masa sekolah dulu guru Bahasa Inggeris menerangkan maknanya yang lebih kurang begini: masa depan yang kurang cerah apabila suka bertukar kerja.

Tapi lain dulu lain sekarang. Pepatah yang melihat lumut sebagai satu aset sudah tidak sesuai lagi. Begitu juga dengan kesetiaan terhadap majikan. Hari ini kalau nak cepat naik gaji kena amalkan prinsip "The more the stone rolls the more it shines".

Disebabkan batu yang selalu bergolek itulah Adam sampai di sini…di Bukit Gambang Resorts untuk menolong si anak pindah rumah kerana bertukar kerja.

Pada mulanya memang nak tumpang tidur di rumah anak tapi memandangkan keadaan masih berkecah, Adam dan isteri menyewa bilik di BGR untuk merehatkan badan setelah sehari suntuk 'rewang' di rumah anak.

"Sambil menyelam minum air"…siang menolong anak, malam Adam dan isteri berbulan madu, mengimbau (bukan mengulangi) zaman 'pandangan hidup'.

Tak payah pergi ke luar negara…di Bukit Gambang bukan saja terdapat Arabian Bay Resort, tapi ada juga Carribean Bay Resort

Macamana nak honeymoon bila katil dan selimut diasingkan!

Sambil melalui jambatan ini, teringat ceramah para ustaz tentang bidadari dan syurga

Kalau pandai pasang alat kelengkapan sendiri, boleh berjimat. Adam menunjuk-ajar anak…pasang instant hot shower di bilik mandi

Kalau dah namanya Arabian Bay Resort, kenalah ada simbol padang pasir – Unta dan pokok kurma

Senyum kambing si adam melihat cara wanita ini memegang senapang mainan…cik adik oi, kalau macam tu pegang alamat 'tabirangkang' lah andainya senapang meletup.

Pastu Adam pun tunjuk cara pegang senapang yang sure bull's eye

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads