ads

Ahad, 23 September 2012

06 di lanchang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di lanchang - Google Blog Search


SEMUT HITAM: DUN <b>LANCHANG</b> BERGEGAR!!!

Posted: 26 Aug 2012 09:30 AM PDT

Kedudukan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Pahang hari ini dilihat agak bergoyang. Semuanya akibat kehadiran beberapa muka baru di Lanchang.

Mana tidaknya. Di Malaysia ni, artis lebih popular jika dibandingkan dengan ahli Politik. Kalau letak diorang sebelah - sebelah, dah tentu orang akan pilih artis. Apa pun, tahniah buat ADUN Lanchang kerana berjaya menganjurkan Majlis Rumah Terbuka yang cukup meriah!!!

Dianggarkan lebih 5000 penduduk Lachang pelbagai kaum hadir menyerikan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri DUN Lanchang yang diadakan di Dataran Dato Bahaman Lanchang. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang telah mula didatangi tetamu sejak jam 1 tengahari lagi.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran artis Rosyam Noor, Awie dan juga Angah Raja Lawak. Rata rata pengunjung yang ditemui menyatakan perasaan gembira dan berpuas hati dengan majlis yang diadakan.
Setelah selesai majlis, ADUN Lanchang, Datuk Mohd. Syarkar Shamsudin mengucapkan terima kasih kepada penduduk Lanchang yang hadir dan juga kepada petugas dan anggota RELA yang terlibat menjayakan majlis penuh bermakna ini.

jas salleh: CABARAN BUAT BN PAHANG <b>DI</b> KG LELEH <b>LANCHANG</b>.

Posted: 03 Aug 2012 10:03 AM PDT

Satu lagi program pembangunan dijadikan isu oleh PKR Pahang. Sebelum ini LYNAS begitu hebat dimainkan oleh pihak pembangkang. Dalm isu LYNAS, soal alam sekitar dijadikan landasan. Dalam isu Kg Leleh Lanchang soal Rampasan Hak Tanah Adat Orang Asli Pahang dijadikan landasan. Apa yang sebenarnya berlaku ?
Kg Leleh Lanchang ialah sebuah perkampungan yang aman dan berada berhampiran dengan sebuah kawasan deposit  bijih besi terbesar. Mutu bijih besi yang diperolehi adalah antara yang terbaik. Tapi tidak diketahui pula bijih besi kategori yang mana.Hamba tidak pasti bagaimanakah cara dan kaedah perlombongan yang bakal dilakukan. Samada secara Lombong Terbuka atau Lombong Terowong. Hamba juga tidak mempunyai maklumat mengenai persetujuan yang telah dicapai di antara orang kampung dengan kerajaan negeri Pahang. Hamba juga tidak mempunyai  sebarang maklumat berkenaan sebarang kesan dan impak kegiatan perlombongan yang bakal dilakukan. Jadi tidak wajar bagi Hamba membicarakan mengenainya.
Berikut penjelasan daripada ADUN LANCHANG merangkap EXCO kerajaan Negeri Mohd Sharkar yang di petik daripada blog semuthitam:-
Exco Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin ketika ditemui memberitahu, pentadbiran Pahang tidak pernah dan tidak akan menganiaya ataupun mengambil tindakan sebelum mengambil kira kepentingan dan juga kebajikan rakyat.
Katanya, kepimpinan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sentiasa menghormati dan menjaga kebajikan rakyat setiap masa dan turut memberi keutamaan kepada rakyat apabila melaksanakan apa-apa projek pembangunan.  
"Sebelum ini, pernah ada projek yang kerajaan negeri telah luluskan tetapi kita tangguh dahulu sehingga mendapat persetujuan daripada penduduk di situ…  jadi saya rasa tidak timbullah apa yang dikatakan tanah rumah penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Leleh akan diambil.
"Saya beri jaminan sebagai wakil rakyat dan exco kerajaan negeri bahawa perkara ini tidak akan berlaku…  kita sentiasa ambil pendekatan untuk berunding sekiranya berlaku apa-apa," katanya.
Menurut Sharkar lagi, kawasan perlombongan yang diusahakan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Mentiga Minning Sdn Bhd di Sungai Leleh adalah di atas tanah yang dimiliki oleh kerajaan Pahang.  
Disebabkan di luar kawasan tersebut terletak perkampungan Orang Asli, maka wujud golongan-golongan yang cuba mengambil kesempatan melalui politik murahan dengan menyuntik cerita-cerita buruk berkaitan kerajaan negeri.
"Sebenarnya kerajaan negeri melalui RISDA telah bersetuju untuk membangunkan tanah berkenaan dengan mewujudkan tanaman kelapa sawit untuk dibahagikan hasilnya kepada keluarga Orang Asli yang terlibat.
"Jadi, apabila kawasan perlombongan ini diluluskan kepada Mentiga Bhd, ada sebahagian daripada tanah yang terdapat hasil bijih besi itu terletak dalam kawasan RISDA.
"Walaubagaimanapun, pihak Mentiga telah berunding dengan Orang Asli di situ untuk menyelesaikan dan mencari kaedah yang terbaik bagi memberikan apa yang kita katakan sebagai menggantikan pendapatan seperti apa yang mereka terima daripada RISDA setiap bulan dan persetujuan juga telah dibuat akhirnya," jelasnya.
Bagaimanapun menurut Sharkar, isu yang telah berjaya diselesaikan itu kemudiannya telah diputarbelitkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat negeri dengan menabur fitnah terhadap kerajaan Pahang hingga membuatkan masyarakat di kawasan itu mula naik marah.
Katanya, selepas persetujuan dibuat, kedengaran suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa kerajaan Pahang akan mengambil tapak rumah dan dalam masa yang sama memasuki penempatan lain.
Hakikat sebenarnya, beliau menambah, tuduhan itu tidak wujud dan berasas sama sekali malah Menteri Besar sendiri, Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Orang Asli di kawasan itu.
"Apa yang menjadi masalah sebenarnya bukanlah disebabkan orang di kawasan itu sebaliknya ia ditimbulkan oleh orang luar yang saya difahamkan bahawa cuba mencari 'political mileage'.
"Mereka ini adalah di kalangan puak-puak yang suka merosakkan perpaduan yang wujud di kalangan masyarakat Orang Asli di kawasan ini.
"Kita sangat kesal dengan tindakan yang dibuat dan sebab itulah kita minta supaya rundingan terus diadakan antara penduduk bersama-sama dengan RISDA dan Mentiga," katanya lagi kepada pemberita petang tadi.
Ini pula klip video penjelasan Tok Batin bagi komuniti Orang Asli yang terbabit dalam isu berkenaan:-

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved