ads

Jumaat, 28 September 2012

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


<b>ROMPIN DI</b> SANA SINI - PART 31 | lompinlai.blogspot.com

Posted: 12 Sep 2012 05:16 PM PDT

Kejadian longkang dan parit  tersumbat di sekitar bandar Rompin sudah begitu lama tidak mendapat perhatian dan tindakan se wajar olih pihak Majlis Daerah Rompin.

Keadaan ini jelas dapat kita lihat terutama di Jalan Dato' Ibrahim    berdekatan dengan restoran Cina berhadapan Balai Bomba Rompin.

Rata-rata yang mengunjungi restoran ini merungut dengan bau busuk se hingga mengganggu mereka untuk menjamu selera.

Menurut sumber yang bolih di percayai, longkang ini sudah begitu lama tersumbat dan se hinggga kini masih belum mendapat perhatian pihak berkenaan.


Jika berlaku hujan lebat sudah pasti air longkang ini  akan melimpah keluar ke jalan raya dan restoran Cina berdekatan. 

Sampah sarap yang tersangkut di longkang  Jalan Pahlawan Ahmad berhampiran Taman Aishah  ini sudah pasti akan mengundang pembiakan nyamuk aedes. 
Dengan se cara tidak langsung akan mengundang bahaya penyakit akibat nyamuk ini kepada penduduk-penduduk di kampung dan  taman perumahan  berhampiran. 

Tambahan pula longkang yang tersumbat ini terletak beberapa meter saja dari Pusat Kesihatan Rompin.

Persoalan nya, kenapa masalah longkang tersumbat ini masih tidak mendapat tindakan sewajar nya?

Ada kah pihak Majlis Daerah Rompin tidak mempunyai cukup kakitangan untuk menguruskan masalah ini yang nampak seperti tidak penting tetapi dalam jangka panjang akan menyusahkan hidup penduduk Rompin?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved