ads

Selasa, 25 September 2012

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


17 bayi merdeka dilahirkan <b>di Negeri</b> Sembilan | N9 Kini - Portal <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2012 08:36 AM PDT

SEREMBAN, 31 Ogos – Hari Kemerdekaan Ke-55 amat memberi makna kepada kaum ibu yang melahirkan bayi mereka pada tarikh istimewa ini.

Yang Dipertua Pekerti, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin meluangkan masa melawat kaum ibu yang selamat melahirkan bayi mereka di Wad 1, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, di sini, hari ini.

Beliau yang hadir bersama ahli-ahli Pekerti beramah mesra bersama ibu-ibu di wad tersebut dan beliau turut menyumbangkan hamper berupa barangan bayi kepada semua para ibu .

Difahamkan, seramai 17 bayi merdeka dilahirkan di hospital kerajaan di negeri bermula tengah malam sehingga 12 tengah hari, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dato' Dr. Zailan Adnan.

Salah seorang pesakit yang telah melahirkan bayi lelaki di hari merdeka, Puan Zanariah Bt Yusof, 26, berkata,beliau selamat melahirkan bayi seberat 3.9kilogram pada jam 5.12 pagi tadi dan ini berupakan anak beliau yang ke-2.

Sementara itu, bapa kepada bayi merdeka, Shaiful Azmi, 35, yang berasal dari Kuala Pilah amat gembira sekali kerana rezeki beliau mendapat bayi merdeka seberat 4.0 kilogram pada 9.30 pagi tadi.

Oleh : Ainaa@n9kini.com

Reaksi positif Dialog Negara Islam <b>di Negeri</b> Sembilan

Posted: 03 Sep 2012 01:27 AM PDT

SEREMBAN 2 September – Siri Jelajah "Dialog Negara Islam" anjuran HizbutTahrir Malaysia (HTM) memasuki siri yang ke-5 di Negeri Sembilan. Dewan Teratai Hotel Sutera bertempat di Seremban 2 yang boleh memuatkan 150 orang dipenuhi dengan Muslimin dan Muslimat yang berminat mengikuti dialog kali ini.

Ustaz Abdul Hakim Othman dan Ustaz Abu Hafiz Ibrahim menjadi ahli panel dengan moderator dialog kali ini ialah Sdr Zubir Othman. Kedua-dua ahli panel dihujani dengan soalan dari para hadhirin baik secara lisan mahupun bertulis. Di samping itu, soalan paling banyak diajukan melalui sistem pesanan ringkas (sms) oleh para hadhirin dan juga para penonton yang menyaksikan secara langsung melalui laman web rasmi HTM (www.mykhilafah.com).

Persoalan-persoalan yang dilontarkan berkisar tentang metodologi HizbutTahrir dalam menegakkan Khilafah, status Malaysia sama ada Negara Islam atau bukan, hubungan HTM dengan gerakan-gerakan Islam yang lain, bagaimana HizbutTahrir ingin menyatukan umat Islam, peranan dan pandangan HizbutTahrir berkenaan revolusi di Timur Tengah, persoalan hudud dan banyak lagi. Abdul Hakim yang juga Presiden HTM menjawab kesemua persoalan dengan tuntas, ringkas dan padat dibantu oleh Abu Hafiz yang juga AJK Pusat HTM.
   
Daripada kehadiran dan persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh para hadhirin, menunjukkan kesedaran mereka akan kepentingan menyatukan umat Islam di seluruh dunia dan usaha inilah yang sedang dilakukan oleh HizbutTahrir dengan jalan menegakkan Negara Khilafah. Pada sesi rehat, hadhirin dihidangkan dengan tayangan video tentang perjuangan HizbutTahrir di seluruh dunia yang semakin membesar dan semakin diterima oleh umat Islam.

Di akhir majlis, Abdul Hakim menyeru agar para hadhirin khususnya dan umat Islam amnya turut serta bersama HizbutTahrir dalam perjuangan menegakkan Khilafah kerana ia merupakan sebuah kewajipan yang tidak boleh diabaikan oleh setiap Muslim. majlis berjalan dengan baik dan berakhir sekitar jam 1.15 petang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved