ads

Sabtu, 20 Oktober 2012

06 di bera pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bera pahang - Google Blog Search


Masalah air teruk <b>di</b> Parlimen <b>Bera</b>...sebok serang - Rakyat Marhaen

Posted: 18 Oct 2012 08:52 PM PDT


Jika satu atau dua hari terputus bekalan air bersih, penduduk boleh bersabar, tetapi keadaan itu berlarutan dalam tempoh yang agak lama dan kerap berulang.Keadaan itu memaksa penduduk menyediakan tong simpanan air sendiri bagi mengelak mereka terus terputus bekalan air, lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan tinggi.Seorang penduduk, Tam Kai Shung, 51, berkata, dalam tempoh seminggu, hanya dua hari penduduk menerima bekalan air dengan sempurna.
Menurutnya, selebihnya, mereka hanya menerima pada waktu tertentu seperti tengah malam atau bekalan air terputus langsung.
"Pada waktu itu, masing-masing kena bangun tengah malam untuk menadah air bersih walaupun air yang keluar kecil.
"Kami terpaksa sediakan banyak bekas air sama ada baldi, besen atau tong asalkan ada air untuk mandi, membasuh dan sebagainya," katanya.
Kai Shung berkata, perkara itu sudah beberapa kali diadukan kepada pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), tetapi masih belum ada penyelesaian positif.

Ah Sam, 65,  berkata, air bersih akan mengalir di longkang rumah mereka sekurang-kurangnya seminggu sekali berikutan tangki air berdekatan bocor.
Menurutnya, ketika longkang 'dibersihkan', bekalan air pula terputus menyebabkan penduduk berang dengan keadaan itu.
"Siapa yang tidak sakit hati, air dari tangki boleh membazir begitu sahaja sedangkan kami di sini yang sangat memerlukan air tidak menerimanya.
"Mungkin keadaan ini tidak terasa kerana saya hanya tinggal berdua dengan isteri, tetapi bagi keluarga besar, mereka terpaksa mengeluarkan modal sendiri membeli tangki lain untuk diletakkan di rumah masing-masing," katanya.
Ah Sam berkata, dia menghabiskan hampir RM1,000 untuk membeli tangki berkapasiti 400 gelen, membuat tembok dan memasang paip dari tangki tambahan ke dalam rumah supaya bekalan air tidak terputus.
Pengerusi DAP Kemayan, Ee Ah Kow, 62, berkata, Paip perlu menaik taraf sistem bekalan air bersih ke kawasan itu setelah lebih 10 tahun penduduk menderita dengan masalah yang kerap berulang.
Menurutnya, agensi itu sepatutnya tidak mengambil masa bertahun-tahun untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
"Saya tidak nafikan kawasan ini tinggi berbanding kawasan lain, tetapi jangan beri alasan yang sama, sehinggakan bertahun-tahun masalah ini tidak pernah selesai.
"Sepatutnya, Paip atau pihak berkenaan sudah memikirkan kaedah penyelesaian sejak dulu lagi," katanya.
Timbalan Cabang PKR Bera, Bob Manolan Mohamed berkata, masalah itu perlu diselesaikan segera kerana ia mengganggu aktiviti harian penduduk.
Katanya, penduduk sudah menjelaskan bil setiap bulan dan sepatutnya mereka berhak mendapat bekalan air dengan sempurna, bukan seperti yang dialami sekarang.
"Jangan suka sangat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Kerajaan kerap menyalahkan negeri Selangor berkaitan isu air, sedangkan rakyat negeri Pahang masih menderita kerana kegagalan mereka.
"Aduan sudah banyak dibuat sejak lebih 10 tahun lalu, tetapi sampai sekarang masih tiada penyelesaian. Jadi, saya harap kehadiran PKR bersama penduduk di sini dapat menggerakkan pihak berkenaan menjalankan tanggungjawab dengan telus," katanya semasa lawatannya di  Taman Indah, di sini.
Turut hadir, Naib Angkatan Muda Keadilam (AMK) Malaysia, P Sarawanan.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved