ads

Selasa, 30 Oktober 2012

06 di brinchang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di brinchang - Google Blog Search


Ashgive.com: Berbuka Puasa Makan Steamboat <b>Di Brinchang</b> <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2012 11:02 AM PDT

Baru baru ni aku naik CH lagi.. sebab ada external auditor datang, boss soh ikut sekali tuk assist auditor tu.. time puasa ni sebenarnya tak suka sangat nak out station, tapi dah kena suruh so terpaksa je la pegi kan.. siapa la kita ni.. "aku urang kampung tiada apa apa, kuli kuli sahaja...bulih bah kalau kau!!"

Nginap kat hotel Titiwangsa Brinchang Cameron Highland.. bagusnya duduk hotel ni sebab dia provide tuk buka puasa dan sahur sekali.. ye la ni termasuk package dia, kalau orang yang tak puasa pun dia provide breakfast dengan diner la kot.. yang bestnya sahur dia hatar pegi bilik..

Audit dua hari.. first day tu dia lambat siap, so kitaorang pun pegi check in agak lewat.. nasib baik la weekdays, boleh walk in terus.. check in bukanya nak pegi bilik dulu, tapi terus pegi kat restoran dia kat bawah, masih dengan pakaian kerja.. dan ini la dia kitaorang berbuka dengan steamboat.. tak de nasik ok.. Hani muka orang lapar nasik!! tak boleh nak tukar menu sebab set tu je yang dia bagi dalam package, kalau nak nasi goreng goreng bagai bayar lain.. tapi aku lek je.. even tiap kali pun iftar selalu terus makan nasi, tapi yang ni pun kira okay hehehe.. Dia bagi tuk set tiga orang.. agak banyak jugak la, memang tak boleh masuk sekali harung dalam periuk ape tah nama dia tuh, kena buat dua tiga trip.. aku tak tahu apa, aku tuang je udang, ayam, ikan, sotong, taufu sayur semua hahaha.. aku dah lapar, tak tahan.. minum chines tea tak de rasa apa.. En. Zahrin pilot kitaorang tolong sekali.. dia ni pun jenis yang suka iftar dengan nasi kot.. tengok banyak lauk dan ada behun boleh sumbat sekali dalam steamboat, so dia pun okay je la.. lagi pun takdan nak mintak goreng goreng, dah lapar sangat hahaha.. Ha memang makanan tuk kesihatan la time ni, sayur sayur mushroom semua segar lagi.. ye la kan kawasan tanah tinggi, tempat orang tanam tanam sayur..

Tapi yang tak boleh bla tudung dia ni..dah nak tercabut da aku tengok.. pesen apekah itu, tak pernah lagi aku tengok gaya macam tu.. tu la banyak becakap, lapar sangat mengkali, pok pek pok pek.. pesen hana tajima la sangat hahahahaha...

Berasap, makan time panas panas.. kena makan cepat, sebab takut over cooked, boleh slow kan api tapi nak masuk second trip lagi.. cicah dengan sambal memang syok.. Ok malas la nak cakap lebih lebih.. bulan puasa hahaha

So, sesiapa yang nak mencari tempat berbuka puasa kat Brinchang Cameron Highlands, kat hotel Titiwangsa ada menyediaknnya, menu steamboat.. hidangan untuk kesihatan hahaha..

Time bukan bulan Ramadhan pun buleh.. menginap kat sini, dan makan disediakan.. mencari hotel kat Brinchang? nah alamat dia:
Hotel Titiwangsa,
Lot, 187 &188 Jalan Besar,
#9100 Brinchang Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 605-4901188/ 4901189

Tag: Penghinapan di Brinchang Cameron Highlands, Hotel Cameron Highlands, Tempat makan sedap di cameron highlands, tempat makan steamboat di cameron highlands, masakan sayur segar

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved