ads

Sabtu, 20 Oktober 2012

06 di cherating - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di cherating - Google Blog Search


Keriangan Bermain Pasir <b>Di Cherating</b> Pada Hari Raya Ke-5

Posted: 23 Aug 2012 04:58 PM PDT

Raya tahun ni, cuti agak panjang. Samada cuti sekolah, cuti bekerja saya dan Dedet. Walapun Dedet ada projek yang sedang berjalan tapi alhamdulillah ada kawan setugas yang boleh take over kejap, huhu...
Alang2 dah bercuti lama, setelah sakan 5 hari berada di KB. Hari raya ke-4 kami semua bertolak ke Terengganu. Kat sini PIL dan adik-beradik hubby lain dah gather2 kebetulan my SIL buat open house. Lepas tu hari Khamis (raya ke-5) kami semua bertolak ke Cherating. Dari Kuala Terengganu dalam 2 jam lebih jer. Ni gara2 saya ada menang voucher percutian 2D1N kat Holiday Villla Beach Resort. Kiranya melangsaikan hutang voucher sebelum ianya luput. Setakat 1 hari kalau dah balik KL nak patah balik ke Cherating memang tak berbaloi. Sib baek raya ke-3 masa kat KB office Holiday Villa bahagian booking penginapan kat KL dah beroperasi, sempatlah booking dari KB via e-mail :p
Siyes, pantai Cherating masih gorjes. Bersih lagik!
Yang sanggup dikotorkan dengan pasir pantai---My Akid sowang, hehehe
Lepas sesi meletakkan segala pasir kat Akid, bergambar2 reramai dengan hasil seni yang telah dibuat.
My Akid dah macam statue pasir kat tepian Pantai Cherating.
Ekceli dowang ada bina istana pasir. Siap mencari anak2 crab yang kecik dipunggahnya masuk dalam istana. Tapi istana pasir lebih kepada ghupe kubu pasir, hahahaha.
Seronok, bila tengok anak gembira. Bukan senang nak jumpa pantai yang berpasir kat KL. Sekali-sekala cuti panjang selain dapat menziarahi sanak-saudara, dapat singgah bercuti ke mana-mana pun BEST juga dan paling penting kita dapat menghabiskan masa bersama yang anak-anak tercinta memang terasa berbaloi sangat. Momen yang manis dan sangat berharga :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved