ads

Ahad, 28 Oktober 2012

06 di janda baik - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di janda baik - Google Blog Search


Dari Diri Dhiya: Sup <b>Janda Baik</b> @ Sungai Besi

Posted: 25 Oct 2012 05:23 AM PDT


Semuanya bermula secara kebetulan.Waktu itu saya pulang ke kampung dan sedang makan tengahari bersama keluarga sambil menonton rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3.
Kebetulan si Iqram tu tengah gigih meratah sup daging yang terhidang. Apa lagi...Dalam pada dok makan pun, saya masih terliur apa yang dia makan! (tamaknya kamu, Dhiya!)
Apabila pulang ke KL, saya beritahu Elis nama tempat tu- Sup Janda Baik. Bukan main dia gelak besar. Weh...Gelak pun gelak juga. Kalau dah sampai tahap masuk JJCM TV3 tu, mesti la sedap kan~
Jenuh juga kami Google, tapi tak banyak info tentang tempat makan ni. Kalau tak silap, hanya ada tiga-empat blog sahaja yang buat review. Selebihnya Google bagi saya hasil carian yang boleh diteka- Janda Baik, Pahang. Bukan tau!
Sup Janda Baik ni terletak di Sungai Besi. Bukan di Janda Baik, Pahang. Saya pun tak sempat tanya apa signifikan nama Janda Baik tu. Er..(nanti makan penampar pulak kut~)
Percubaan pertama kami menjejak Sup Janda Baik gagal. Dua kali kami berpusing di kawasan yang sama hingga akhirnya kami putus asa dan tersadai di D' Santai Station.
Isnin lepas, kami betul-betul nak tebus kegagalan tu. Berbekalkan alamat (siap dapat alamat tuu) dan Google Maps yang boleh tahan juga membantu, akhirnya kami sampai! Oyeah!
Selesai parkir kereta, kami tersenyum malu. Sebenarnya Gerai Sup Janda Baik hanya berada di tepi jalan besar Sungai Besi tu, cuma terlindung dek penghadang tinggi oleh satu projek pembinaan di situ. Simpang masuknya pun memang tak disangka-sangka sebab sangat banyak papan tanda pembinaan.
Dan yang paling cool, gerai ni terletak di hujung jalan berhampiran dengan kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Siapa sangka, kan? :)
Kami sampai dalam pukul 7.30 malam. Memang betul-betul selepas solat Maghrib. Pelanggan masih belum ramai. Bagus!
Tapi lama juga nak tunggu pelayan datang dan ambil pesanan. Nipis juga sabar saya dibuatnya. Iyalah, pelanggan masih belum ramai. Abang di belakang kami siap marah-marah sebab pesanan dia masih belum sampai sedangkan menu pelanggan yang datang kemudian daripadanya sudah terhidang.
Sebagai percubaan pertama, kami ambil dua set sup tulang- Nasi putih + Sup tulang + Telur dadar. (Itu pun satu set tak ada telur dadar. Telur habis katanya)
Sedap. Boleh tahan. Not bad.
Pada saya, kekuatan mereka adalah menu sup tu sendiri, berpadanan dengan namanya. Memang berpeluh jugalah nak menghabiskan semangkuk sup tu. Makan sup tulang tak boleh sopan-sopan. Saya letak sudu garfu di tepi. Jom makan dengan tangan! :)
Layanan- 5/10 Agak lambat
Menu- 7/10 Sup basis. Tapi ada juga menu lain seperti kuey teow, nasi lemak dll
Harga- 7/10 Set Sup Tulang: RM8. Ok la kan? Itu pun dah tolak sebab satu set tu tak ada telur dadar.
Selesai makan, baru saya teringat yang saya tak ada snap gambar. Dah tinggal mangkuk kosong dan tulang baru sedar diri. Maaf ya! Tapi saya tinggalkan anda alamatnya. Selamat mencuba!

Sup Janda Baik,
Jalan Pump House PPR Seri Alam
Off Jalan Istana
Sungai Besi
57100 Kuala Lumpur

Salam sayang,
Dhiya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved