ads

Ahad, 14 Oktober 2012

06 di merapoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di merapoh - Google Blog Search


Keretapi Ekspress Wau Tergelincir <b>di Merapoh</b> <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2012 05:50 AM PDT

Keretapi Ekspress Wau Tergelincir di Merapoh yang mana telah menyebabkan 11 penumpang cedera, tiga lagi daripadanya parah, apabila dua gerabak kereta api tersebut yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan tergelincir di Merapoh dekat Lipis, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hasan berkata, dua daripada 14 gerabak kereta api Ekspres Wau itu tergelincir kira-kira 11 kilometer selepas Stesen Keretapi Merapoh pada jam 6.30 pagi.
 

Katanya, tiga mangsa yang parah dan lapan cedera ringan tersebut  telah dihantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan bagi mendapat rawatan lanjut dan identiti kesemua mangsa belum diketahui. 
Beliau berkata, gerabak yang tergelincir itu ditinggalkan di tempat kejadian sebelum kereta api itu meneruskan perjalanan ke Tumpat lebih kurang dua jam kemudian. Abdul Razak berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved