ads

Rabu, 17 Oktober 2012

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


PAS <b>Negeri</b> Sembilan Lebih Berani Dari PAS Kedah | kedah69ers

Posted: 07 Sep 2012 05:42 AM PDT

IMG-20120907-WA003

Meskipun PAS Negeri Sembilan tidaklah sekuat mana, malah tidak mungkin menjadi Kerajaan Negeri, namun sekurang-kurangnya PAS Negeri Sembilan ada 'telur' untuk menyatakan sesuatu. Setidak-tidaknya, mereka tidak terbuai dek mimpi-mimpi yang dijanjikan dan dialunkan oleh Anwar Ibrahim. Atau lebih tepat lagi, mulai sedar bahawa Anwar Ibrahim bukanlah faktor kemenangan kepada PAS Negeri Sembilan memandangkan PAS Negeri Sembilan jauh lebih kuat berbanding PKR Negeri Sembilan sendiri.

Anwar Ibrahim sebenarnya dalam rangka lawatan ke salah satu DUN di Port Dickson. Sedangkan pemidang-pemidang tersebut dinaikkan di sepanjang laluan ke Port Dickson. Sekaligus membolehkan Anwar Ibrahim melihat sendiri, kebencian yang dihadapi daripada PAS Negeri Sembilan atau Port Dickson sendiri.

Tentu kita masih ingat bagaimana PKR dan Anwar Ibrahim memboikot pilihanraya kecil Bagan Pinang pada tahun 2009 apabila enggan turun berhabis-habisan di situ memandangkan calon yang mewakili Pakatan Rakyat adalah PAS menentang Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang merupakan calon UMNO-BN untuk kerusi berkenaan. 

Sedangkan sebelum itu, PAS telah berusaha dengan keras dan bersungguh-sungguh untuk memenangkan calon-calon PKR di Permatang Pauh dan Permatang Pasir serta Penanti.

Sebelum ini telah terdengar ura-ura kebencian PAS Negeri Sembilan yang diterajui oleh YB Taufik terhadap Anwar Ibrahim yang hipokrit. Percubaan PKR untuk membolot beberapa kerusi yang ditandingi oleh PAS Negeri Sembilan sebelum ini juga, menjadi salah satu faktor yang menyebabkan Anwar Ibrahim dan PKR tidak disenangi memandangkan PKR sebenarnya tidak mempunyai jentera dan logistik di Negeri Sembilan sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada PAS dan DAP.

Itu di Negeri Sembilan… mungkin di Negeri Sembilan, PARASIT dan IBLIS dalam PAS agak berkurangan berbanding di Kedah. Kalau di Kedah, sebut nama Anwar Ibrahim sahaja, sudah ramai pemimpin PAS yang akan menyembah dan mencium tanah sambil berusaha menerajang Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved