ads

Jumaat, 16 November 2012

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Teroka tanah <b>di Cameron Highland</b>: Siapa dibelakang peneroka

Posted: 13 Oct 2012 12:12 AM PDT


Penerokaan haram di tanah tinggi Cameron Highland bukan perkara baru, ianya berlaku sudah bepuluh-puluh tahun yang lalu. Bukan itu sahaja tanah tinggi Cameron Highland dipenuhi dengan pendatang haram yang terus menetap di sana umpama tanah milik mereka. Mereka sedap-sedap menerima habuannya rakyat menanggung derita disebabkan air kotor.

Persoalannya kenapa mereka terlalu berani meneroka tanah secara haram? adakah ada individu dibelakang mereka ini? atau mereka memang berani kerana peguatkuasa tidak berani mengambil tindakan.
Untuk jalan penyelesaiannya Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kegiatan penerokaan haram tanah kerajaan secara berleluasa di Cameron Highlands.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius kegiatan tersebut dan jika tidak dicegah dengan lebih awal kawasan hutan di situ boleh lenyap akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Saya berharap SPRM dapat menyiasat dan bertindak tegas sama ada ia membabitkan penyalahgunaan kuasa atau sebaliknya," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian itu selepas merasmikan majlis 'Pemimpin Turun Padang dan Kenduri Rakyat' di Felda Bukit Mendi di sini, semalam.

Katanya, ekoran kejadian tersebut kerajaan negeri mengambil keputusan tidak lagi meluluskan lesen menduduki sementara (TOL) bagi menyekat penerokaan tanah secara haram daripada berleluasa di daerah berkenaan.

Adnan berkata beliau telah meminta pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands menyediakan laporan segera mengenai situasi tersebut untuk diteliti dan langkah yang patut diambil dalam usaha mengatasi situasi berkenaan. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved