ads

Jumaat, 16 November 2012

06 di cherating - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di cherating - Google Blog Search


~Impianku dan Impianmu~: Review atas review <b>di Cherating</b>

Posted: 16 Nov 2012 01:47 AM PST

Orang cakap Cherating ni best. Betul ke?

Perjalanan ke sini bukan main jauh..

Seseorang telah berkata:

"Taubat aku nak pergi lagi,

lebih baik pergi Port Dickson. 

Pantai juga, tak lah jauh sangat macam ni".

Berkumpul pukul 8pg (agak2 kami bersiap pukul berapa?)

Tiba di sini lagi 5 minit pukul 2 ptg.

Kenapa lambat sangat sampai? Biasala konvoi.. 

Berapa buah kereta tak sempat pulak nak kira

Dalam 8 - 9 biji rasanya.

Malam tadi ku dah google pasal hotel ni

The Legend Cherating Beach Resort 

Sajelah nak tahu.. best ke, kemudahan ape je yg ada

Kesimpulannya.. tempat ni amatlah best

Boleh baca review tu kat SINI

Sampai2 je staff hotel yg ramai tue 

tolong angkat barang dr bonet

tolong letak dlm troli

ohhh.. macam yg diceritakan ^^ bagus2

Oleh sebab barang kami semua teramatlah banyak

Troli yg satu tue hanya muat utk separuh barang ahli rombongan

Troli yg kedua tak kunjung tiba.. lama jugakla menunggu

Penat ooo dengan anak meragam

Terpaksa rela kami angkat barang yang berat tue sendiri ke bilik

Dengan hati yg berbuku2.. bukan hatiku haha

Moral: Memang kene beli troli sendiri la lain kali

(Hampir beli mlm td di Econsave tp xjadi)

No bilik 209.. Superior room rasanya

Yang pasti bukan deluxe room spt gambar di link tue

Sebab berbeza sikit design dan kemudahannya

Nah persamaan dan perbezaannya 

v

v

v

v

Tv biasa je, bukan flat

Sofa hitam tue tiada, ada 2 bj kerusi dan 1 meja bulat,

langsir yg same cadar yg same 

Ada balkoni, ada meja dan cermin

Peti Ais berisi 2 botol air mineral

Ada 4 power soket je
(1 utk tv, 1 utk kettle & 2 kosong tp yg kat bilik ni 1 da mmg rosak)

Arah kiblat pun ada

Buah2an tidak disediakan okey :D

Iron board & iron tiada (kene mintak kot, ku tak perlukannya)

hair dryer/ suis utk shaving ada..  

water kettle dan kawan2nya ada

bedroom slippers xde... amat sejuk nak pijak lantai

ada ubat nyamuk (first time ku jumpe hotel ada bagi ubat nyamuk)
last but not least
tiada paip utk buang air di tandas
tak pasal2 kene tarik shower yg xberapa panjang tue?
Sabar je la...

p/s: sila rujuk gambar pada link di atas utk perbezaan deluxe room dan superior room.
Ku tak ada rasa nak snap2 gambar
Sebenarnya malas nak transfer2 gambar ni... leceh
Selamat membaca lah ye :)

Okeylah, nak bawa anak kecil ini jalan-jalan sekeliling hotel.
(Naluri ibu dapat baca kemahuan anak yang bijak ini,
tahu2 je yang dia berada di hotel,
tadi dia cepat je nak cari bilik, meluru masuk bilik
terus panjat katil, lompat2 dengan riangnya
rugi mama tak rakam aksi kamu nak.. bukan senang)


moga maklumat ini berguna 

utk sesiapa yg belum pernah ke sini

dan berhajat ke sini

p/s: pengalaman hari pertama di sini sehingga jam 5.47 pm

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved