ads

Selasa, 13 November 2012

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


Lumrah Kehidupan: Kuala <b>Rompin</b> airnye tenang, udangnya ganas.

Posted: 29 Oct 2012 08:45 AM PDT

Makan seafood di Kuala Rompin,di khabarkan memang sedap.. Srupppp!! meleleh air lior bila dok bayangkan kesedapannya.. Plan perjalanan, dari KL - Seremban - Kuala Pilah - Bandar Muadzam - Kuala Rompin. Trip ini bersama 13 biji moto yang berbagai2 jenis dan rupa, tiada perbezaan darjat antara kami. Semuanya sama, moto cc besar, cc kecik, moto mahal, moto murah.. kita sama je kann??
Berkumpul di Petrol Shell Sungai Besi, sebelum mulakan perjalanan yang di janjikan jam 8 pagi.
Inilah juara, orang pertama sampai.. 15 minit awal dari masa yang dijanjikan.. Wiiiweett!! balik nanti sila tuntut hadiah ye Cik abang..
Bila cukup 11 biji moto keseluruhan, kami mulakan perjalanan, lagi 2 bijik tunggu di RnR  Seremban
 Macam biasa, bacaan doa oleh Imam kita Abang Mat Zin. Kalau Imam baca biasa doanya panjang, mintak di selamatkan berjalanan dan minta di hindari dari bala dan mala petaka. Insyaallah.. Ameen. Saya suka bila Imam baca doa.. i like, like, like, likeeeeeeee..
11 biji moto, mulakan perjalanan dengan santai average dalam 140km/jam sahaja.
Sampai di RnR Seremban, 2 bijik moto lagi sudah sedia menunggu. Abg Zaidi & Kak Ruby serta Abg Zainal & Kak Zatie. 
Kami bekfes di RnR Seremban, bekfes ala kadar je, lapik perut. Janga makan banyak2, kang kita nak makan udang, sotong, ketam. kena simpan space.
Antara helmet yang sejenama.. SHOEI
Hokey, dah lapik perut jom kita mulakan perjalanan. Ayomatgeset goooooo.. Vrommm, 
Berdesazz mereka di jalanan, walau bagai manapun mamarazi sempat juga menyenap aksi mereka di atas jalan raya..
Oleh kerana tuan tanah tak dapat nak snap pic sendiri di jalanan, makanya kami persembahkan gambar kami yang palinggggg cun bersama rav it... hehehe (perasan lebih)
Antara gambar-gambar kami di traffic light.
Hayabusa di kelilingi GTR. Kompem lepas ni tukar GTR le.. Idok gitu Akimaru? selesa Ummu duduk belakang. hehehe 
Kami stop isi minyak di Bandar Muazam,  dah dekat nak sampai Rompin.
Daaannnn akhirnya sampai jua ke destinasi. Kami memilih kedai makan Rosminah.
 Settle bayar, kami pergi ke masjid berdekatan. Dekat je tak sampai 100 meter. 
Lepas sembahyang, dorang ambik kesempatan merehat2kan badan, ada yang tidor, ada yang sembang2. 
Hamboiii. sukanye dia.. bukan main besar lagi ketawanye.
Hampir sejam lebih kami di masjid, pastu kami meneruskan perjalanan pulang, Semoga perjalanan kami selamat sampai ke rumah dengan  maju jayanya serta cemerlang gemilang dan terbilang (hapa haku merepek nihh..). Perjalanan balik melalui Kuala Rompin - Pekan - Maran then masuk Highway - sampai KL semula. 
Safety first ye cik kak..
 Vromm, vrommm... meninggalkan perkarangan masjid.
 Kami berenti isi minyak di Caltex kepunyaan Mat Noor Bin Muhammad, kampung Beluru Nenasi, 26680 PEKAN, Pahang.. Terror tak, haku boleh hingat.. hihihih
 Kitorang aje dah memenuhi Caltex ini.
 Tengok tu, bukan main besar lagi ketawanya Kak Ruby kiter nih.. Apa le pulak rahsia yg terbongkar tu.. heheh
Dalam perjalanan balik, sekitar Pekan jugak rasanya, ada sekumpulan lembu melintas, jeng jeng jeng.. kereta Myvi sudah terlanggar sekor lembu.. Depan mata kami semua nampak lembu tu tepelanting tinggi.. Insaf seketika.. Uwaaa ngerinya.. Tengok Myvi nih, teruk kan??
Kita zoom skit kereta myvi.. Syiannyeee. Terukkan. Nasib baik orang di dalam tiada yang cedera. Sampai terberak lembu tu, melekat di cermin kereta.. Siannyeee..
 Lembu tu terpelanting di sebelah sana.
 Bukan sekor. Rupanya 2 ekor lembu.
 Sekor lagi hagaknya anaknya, dia boleh bangun, terjengkot2 jalan ke maknya. Haku paling tak tahan tengok situasi mcm ni. Napas maknya sangat kencang pada mula dan beransur2 perlahan. Hadoiii sedihnya.. Who knows, maybe maknya cuba selamatkan anaknya.. Masyaallah.
Tak sampai 10 minit kereta tarik pun sampai.. Walawey, cepat sungguh ye..
 Kami meneruskan perjalanan, lalu tepi pantai.. Cantikkan.
Pastu kami berenti lagi, makan cendoi pulak.. Tengah panas dan dahaga.. Perggg!! Lazatnye. 
Cendoi Saleem di tepi sungai Pahang.
 Inilah cendoinya, rupa macam biasa-biasa je, tapi memang sedap...
Lewat petang dalam jam 5, kami masuk highway dan singgah isi minyak di Temerloh
Dan akhirnya kami sampai di toll Gombak hari sudah mula gelap. Berenti sekejap, salam-salam dan meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing. Alhamdulillah semua selamat sampai rumah.. Esok senin kerja yaa, jgn ada yg MC pulak.. 
Route perjalanan kami, gambar copy from Kak Zatie. Thanks ye kerana izinkan saya papar beberapa gambar milik Kak Zatie.. thanks thanks thanks.. lap u. 

Saya Mawar Putih, yang tak berapa nak putih.
29/11/2012, 23:45

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved