ads

Selasa, 25 Disember 2012

06 di janda baik - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di janda baik - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di janda baik</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Dec 2012 11:25 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

AzFiqs Photography: Back to nature in secluded <b>Janda Baik</b>

Posted: 23 Dec 2012 07:30 AM PST

We love nature and whenever we have the opportunity especially during weekends, we will escape the hectic life in city & spend our time together peacefully in places like beaches, rivers, islands, waterfalls etc. Recently we went to Janda Baik, a beautiful place with luscious landscape just outside Kuala Lumpur. It is approximately 1.5 hours by car and we stayed in D'Ark Resort. Upon arriving there, we were entertained with a gorgeous scenery along the way and when arrived there this lovely river awaits us right in front of the resort! It is relatively shallow and just perfect for paddling for the kids.

Breathtaking view as the background of the resort.
Clean, tidy and well maintain lawn at the entrance of the resort.
We came here without any prior booking (last minute decision..hehe). We were lucky that there were still available rooms & to top it up which was the best thing happened, our room was upgraded to executive suite! What a perfect start! In the picture below, our room is at the top level, the only stairs seen in the picture leads to our room. The view from the room is just lovely.

As usual, the kids love paddling in the water. Both of them are quite independent especially Adam. We only supervise them from distance.

While the kids enjoying themselves paddling in the water, I was bbq-ing the fresh fish that we bought from the local people nearby the resort. Yup, it's scrumptious! The kids love it when they came up to the riverbank for food.

Peacefulness...


My precious Adam and Mia.

Pak Habib S.H.ALATTAS The Writer: Bahagian 1- Antara <b>Janda Baik</b> <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2012 03:21 AM PST


ANTARA JANDA BAIK DAN JANDA JAHAT
Lebih kurang pukul 12 tengah hari, hari Rabu 18.12.2012, dalam perjalanan pulang ke WADI HUSSIEN di Janda Baik, Bentong, Pahang, tiba-tiba saya teringat, "apa ada pada nama?" Maksud saya dengan 'nama' ialah 'branding' atau jenama.  Macam kereta , jam tangan, handbag dan kawasan kediaman atau nama yang menjadi gelaran Tun, Tan Sri, 'first lady' atau gelaran yang buruk-buruk Komunis, Dajjal, Setan, Penyamun Tarbus, Pelesit dan Hantu Raya. Nama yang buruk apabila terlekat pada tubuh memang susah nak dipadam; begitu juga nama yang baik untuk menjaga 'image' sebelum 'damage' - meminjam bahasa Inggeris sebagai pembuka selera.
Kenapa bila disebut Kampung Janda Baik, ramai yang beranggapan tidak baik terhadap janda; apakah tidak ada isteri orang yang curang atau anak dara yang macam jalang?Mana ada manusia yang sempurna 'maksum' melainkan Nabi Muhammad SAW.
"Ada ke janda baik?" mereka bertanya.Pelik tapi benar, kenapa tidak boleh berbaik sangka dengan janda?Apakah semua janda jahat? Apakah kita lupa bahawa Khadijah r.a. isteri pertama Nabi Muhammad SAW, adalah seorang janda; antara 4 wanita terbaik yang dipilih oleh Allah SWT?
Rosmah bini Najib, 'first lady', selepas bercerai dengan lakinya, sementara hendak berkahwin dengan Najib anak Tun Razak, dia pun sempat bergelar janda.Bila Rosmah jadi isteri kedua Najib dan Najib terpaksa menceraikan isteri pertamanya, Tengku Puteri pula jadi janda kerana Najib kahwin dengan Rosmah.
Mula saya kenal Najib semasa menulis buku Pemuda Di Zaman Mahathir, 1982, masa itu Najib baru jadi MB Pahang, kemudian menjadi Menteri Belia dan Sukan.Adakah cerita-cerita ini dimuatkan di dalam Biografi Rosmah; di mana, bila, dan siapa yang memperkenalkan macam mana boleh jatuh cinta dengan Najib?
Apakah antara isi biografi Rosmah yang heboh diperkatakan kerana Tun Mahathir buat komen mengandungi soalan, menjawab cerita dalam buku saya Memo Untuk Najib, Pak Habib Perang Big Mama atau menjawab tuduhan Deepak yang akan menerbitkan buku Kontroversi Najib, Rosmah,  Altantuya, Bala dan adik Najib? Lu fikirlah bro.
Soal ramai tidak senang bila Rosmah menjadi 'first lady' dan cerita dalam buku biografinya, itu cerita lain. Suka hati dialah dia nak tulis buku, yang Hang nak kepochi pasal apa dia first lady?Jangan kata RM150, USD1500 pun ramai yang sanggup beli.Hendak hidup kena pandai ambil hati Rosmah.
Rosmah terkenal sebagai "Big Mommah", wanita yang paling banyak dapat publisiti jika dibandingkan dengan semua Menteri terutama benda yang buruk.Kasihan. Peduli apa orang ramai nak benci? Rosmah wanita yang paling boros selain kerabat di Raja Johor yang punya ratusan kereta, 'private jet' yang kisahnya ada dalam buku 3S.Siapa berani kata 'no' kepada perbuatan membazir; bersaudara dengan setan?Cincin bini Perdana Menteri harga berpuluh juta ringgit, di ketika rakyat dalam keadaan miskin terutama orang Melayu.Rosmah disamakan seperti Imelda Marcos di Filipina dan Ibu Tien di Indonesia. Wanita paling berkuasa ketika suami mereka menjadi pemimpin Negara.Rakyat sekadar boleh cakap macam anjing menyalak gunung.Kasihan rakyat.
Saya fikir jika beri tajuk buku itu Bagaimana Menjadi Tersohor dan Kaya Raya Selepas Menjadi 'First Lady', tentu buku Rosmah jadi lebih hebat dari Bagaimana Menjadi Kaya Dunia Akhirat karya saya dan Dr Azizan Osman. Kalau dia bukan First Ladytentu saya jadikan dia ikon untuk program Ilmu Berani di Univesity of Life.Mana ada wanita yang lebih berani dari dia di Malaysia.Apa salah kita mendalami 'The Mind of Rosmah Najib' daripada mengutuk dan cari dosa, menfitnah dan berburuk sangka.
Ada yang beri senyum sinis bila dengar nama Janda Baik? Apa yang baik? Ke lain pula imaginasi lelaki 3T, Teringin Tapi Takut Bini, ada yang kata, "Saya bukan takut bini. Bini yang takut saya.Syurga antara dua kaki isteri bukan di bawah tapak kaki suami."Kasihan.
Pelik tapi benar, kenapa 'janda' dianggap tidak elok?Rosmah semasa janda, ketika belum jadi isteri Perdana Menteri, siapa pun tak kata Rosmah Janda Jahat.Anak Cina makan pengat, sendiri punya diri sendiri mau ingat.Kalau tidak percaya tanya Sharizat tauke lembu, itu sebab bila saya kena tahan polis pasal buku 3Tan; Setan, Syaitan, Sultan, tersiar di Agenda Daily (dot) com yang saya nak tulis novel. Kisah cinta Rosmah-Najib dan Altantuya-Razak Baginda;Sharizat Ketua Wanita UMNO taukeh lembu tersohor di dunia. Buku itu pasti lebih mahal dari harga seekor lembu Sharizat, apa lagi kalau difilemkan? Penggambaran di Paris, London, dan Mongolia; tempat lahir Altantuya.
Rosmah yang berasal dari kampung ketika itu belum dilabel sebagai 'puaka' dan macam- macam lagi kata nesta dan sumpah seranah semasa dia berkerja dengan Island and Peninsular; tidak ada jenama yang dilekatkan ke tubuh bini Najib. Kalau tidak percaya cuba baca tulisan oleh Hishamuddin Rais di blognya untuk Autobiography Rosmah. Wanita Pertama Malaysia pasti boleh jadi hebat dari filem James Bond 007?
Kerana ramai wanita yang ingin menjadi Rich and Famous dan ramai yang nak tahu rahsia bagaimana ramai sangat orang yang takut padanya hingga Rosmah boleh sampai ke kemuncak kuasa. Rahsia kerajaan yang belum pernah dicapai oleh Wanita Pertama Malaysia sebelumnya; betul ke Rosmah guna bomoh, guna cirik berandang atau nasi kang kang kang  atau semua itu fitnah, tuduhan tanpa bukti? 
Sour grapes, memang ramai mereka yang iri hati, 'orang kita' kalau tidak ada sifat PHD, bukan lah orang kita namanya. PHD, Perangai Hasad Dengki, terhadap Najib yang sayang bini. Lu fikirlah bro. Kalau tak ada beruk, masakan pokok bergoyang, pinjam kata Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO menantu mantan PM yang sangat kontroversi semasa Pak Lah jadi PM. Kasihan KJ pertama kali dalam sejarah UMNO, Ketua Pemuda tidak diberi jawatan. Bila Pak Lah dah jadi botol kosong.
'Janda' dalam bahasa Parsi, bermaksud 'pelacur', 'sundal' ada juga bahasa Inggeris yang menggelar betina murahan sebagai 'bitch'; anjing betina. Orang kita yang jumud pemikirannya pandang hina dan jijik pada 'Anak Sun' yang tidak berdosa terhadap perempuan yang tidak minta jadi GRO dalam keadaan begitu seperti pandang terhadap penagih dadah, 'bohsia' dan Mat Rempit.Begitu juga anggapan mereka terhadap anjing.Apakah kerana anjing dianggap najis, fahaman ini dipegang oleh mazhab Shafie tapi tidak pada mazhab Hanafi; maka tidak ada kebaikan pada anjing?Tafakur, apakah kucing tak bawa najis yang dipijak di luar rumah atau binatang dan bangkai yang dimakan, sedangkan najis kucing terlalu busuk.Bila lagi mahu melihat muslihat kebaikan dalam yang kita benci kerana sayangkan mereka yang buruk?
Kenapa berfikiran negatif terhadap mereka yang tak diminta menjadi GRO, 'bohsia'. Perempuan mana yang sanggup dirinya menjadi pelacur, melainkan akibat terdesak, jiwanya sudah rosak, hidupnya telah dirosakkan oleh keluarga terdekat yang sepatutnya menjadi pelindung tetapi merogolnya atau tidak mendapat kasih sayang dan penjagaan yang betul lalu menjadi 'bohsia'? Ramai yang jadi janda kerana tidak larat hidup dizalimi, dipukul, dibantai dan bermacam-macam lagi oleh suami yang lebih binatang dari binatang tapi kerana tergolong dalam puak VIP atau VVIP terlepas macam tu saja kerana mereka lemah dan tidak berupaya? Begitu juga dengan +Anwar Ibrahim kenapa tidak melihat kebaikan dalam diri beliau. Apakah dia minta untuk dimalukan sebegitu.
Pernah kah kita bertanya, "kenapa ramai yang kaya tapi bakhil tapi bermurah hati berlebih-lebihan pada ramai wanita kita yang tidak ada pilihan jadi GRO; "penyedap" bagi para VIP yang bila nak memuaskan nafsu 'boss', suruh bawa pelacur terhormat yang dilabel sebagai 'nasi lemak'?" Nak tahu lebih lanjut baca semula buku saya Nasi Lemak For VIP. Ramai VIP dan VVIP yang buat kerja terkutuk tanpa memikir dosa kerana mereka seolah-olah mereka maha berkuasa, boleh perkosa seramai mana wanita yang mereka suka; bangsa berani buat dosa.Yang mereka takut hanya sakit dan mati.
Berapa ramai yang sanggup membantu, melihat wanita bangsanya jadi bohsiah GRO dengan wang puluh atau ratusan juta yang di dapati tanpa titik peluh hanya dengan kuasa? Tanpa memikirkan bila Tuhan tanya dari mana dapat wang berjuta sedangkan kita lahir terlanjang dan tidak bawa apa-apa? Kebanyakkan ulama yang berkuasa pandai menghukum tapi tak bersifat loving, giving, caring, sharing dan forgiving; tidak beradab seperti akhlaq Rasulullah SAW.Islam mengutamakan keadilan, menentang kemungkaran. Islam bukan sekadar agama 'ritual' seperti agama-agama yang lain.Sampai bila hukuman mesti bergantung pada kitab fekah tanpa menggunakan common sense, tanpa conscience?Inilah akibat bila tidak ada ilmu tasauf; ilmu hakikat, tarikat, dan ma'rifat - hati sekeras batu.Ilmu yang menjadi teras yang di ajar di University Of Life.Mendidik roh dan hati manusia supaya mempunyai kemanusiaan.
"Dalam diri manusia ada seketul daging jika baik daging itu baiklah manusia begitu juga sebaliknya."
Mungkin ada juga perempuan yang memang suka jadi janda, bebas boleh pilih jantan kerana nafsu buas; nak buat macam mana?Susah sangat nak kahwin, banyak sangat 'songeh' di pejabat kadhi.Lu fikirlah bro, nak kahwin susah, nak bercerai susah, nak berbini susah, sedangkan Islam agama yang mudah bukan untuk menyusahkan ummat. Ketua-ketua agama buat apa sampai bila nak buat bodoh? Bila di kritik, murka yang amat sangat.Kalau nak berniaga, berhenti jadi 'Raja'.Kalau nak berkuasa, sertai pilihan raya. Ini yang membuat rakyat naik darah, 'blood go up stairs'.
Dunia sudah nak kiamat, Imam Mahdi bakal muncul.Bila tulis buku Setan, Syaitan, Sultan, buku belum di review, belum di bawa ke Menteri Dalam Negeri untuk mengharamkannya.Arahan dari atas sudah di terima.Buku dirampas di PWTC, saya diheret dan di tahan tanpa sebab selama 6 jam dengan alasan buku mengandungi unsur-unsur hasutan tetapi tidak dibuktikan. Uncleseekers sudah enam bulan disoal siasat, talipon bimbit dan komputer ribanya masih tidak dipulangkan lagi. Buku 3S tidak boleh jual, diganggu gugat, di takut-takut.CPU di pejabat di angkut.Apa punya demokrasi? Tidak takut dengan Tuhan ke?Tuhan suruh baca, awak haramkan manusia dari membaca.Ingat, doa orang teranyaia dan dizalimi dimakbulkan Tuhan. Lu fikirlah bro. (bersambung)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved