ads

Khamis, 6 Disember 2012

06 di kuala lipis - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuala lipis - Google Blog Search


Kehidupan Kami <b>di Kuala Lipis</b>...Berapa lama lagi??

Posted: 23 Sep 2012 05:37 AM PDT

Assalamualaikum,

Sekadar nak berkongsi perasaan.

"Slm bg, ayg ada em lscs skrg. Lps hbs solat, abg terus blk umah yer. tq luv"

Begitu lah sms ringkas yang aku dapat usai solat maghrib di Masjid Sultan Mahmud tadi.  Selepas berdoa ringkas terus aku pecut balik ke rumah. Isteri terpaksa ke hospital pulak untuk memberi bius bagi pesakit nak bersalin secara pembedahan caeserian-section. Aku pulak nak kena jaga anak2 kami yg 3 orang kat rumah. Maklum lah takde maid.

Kebetulan pula medical officer anaest (bius) yg oncall hari ni terpaksa ambil emergency leave kerana adiknya terlibat dalam kemalangan jalanraya. Terpaksalah isteriku sendiri yg bagi bius malam ni. Di Hospital Kuala Lipis ni cuma Unit Anaest (Bius) aje yang ada pegawai perubatan yang oncall everyday kat sini. Itu pun hanya ada 2 orang pegawai perubatan. Oncall seminggu seorang.

Bagi unit2 lain - Ortopedik, Surgery (Pembedahan), Obstetric & Gynaecology (Sakit Puan), ENT dan Paediatrik (kanak2) takde pegawai perubatan dari spesifik unit yang oncall. Cuma 2 orang pegawai perubatan yang oncall setiap hari untuk cover seluruh hospital Lipis. Mereka oncall mengikut giliran dalam satu common-pool (minus anaest tadi). Jumlah pegawai perubatan ada 16 orang semuanya. Ada juga pegawai perubatan baru yang berminat untuk ke Hospital Lipis namun bila ke Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), katanya post pegawai perubatan dah penuh.

Unit Ortopedik kat Hospital Lipis ni cuma ada 2 pegawai perubatan iaitu Dr Zakiran dan Dr Keng. Dr Hasni pulak cover both Orto dan Surgery. Kalau kebetulan kena hari2 yg diaorang tak oncall, kena lah pakar yang buat segala pembedahan kecemasan. Ini termasuk weekdays (after 5pm) and weekends.

Macam hari ni, pagi tadi aku buat satu kes budak 9 tahun yang cedera tangan kirinya kerana main mercun bola. Takde apa yang putus, cuma luka2 kecil yang perlu dicuci dan dijahit. Petang tadi pulak kes local (bius setempat) sorang pemuda 40 tahun yang putus urat jari telunjuk (Extensor Digitorum Communis tendon) kirinya kerana kena mesin pemotong plywood. Kes2 mcm ni, kalau di hospital2 yang mempunyai pakar Ortopedik, biasanya dilakukan oleh pegawai perubatan aje. Kat sini, hampir semua pembedahan dilakukan sendiri oleh pakar!!

Memang beruntung orang2 Lepeh ni!!

Pernah sekali, aku dan isteri terpaksa ke bilik bedah bersama2 kerana melibatkan kes Ortopedik seorang kanak2 lelaki yang terkoyak kulit kaki (degloving injury) kerana termasuk dalam rim dan spoke tayar motosikal. Kebetulan pegawai perubatan bius tu masih baru dan memerlukan pengawasan isteriku , yg merupakan satu2nya pakar bius di hospital Lipis ni.

Masa tu jam dah menunjukkan pukul 9 malam. Terpaksalah kami angkut ketiga2 anak kami masuk ke dewan bedah. Siapa nak jaga mereka kat rumah!? Selesai kes, masa dah pun menunjukkan jam 11 malam. Nasib baik la esoknya hari Sabtu...kalau tidak jenuh nak mengejutkan budak2 tu bangun pagi...



Begitulah kehidupan kami di Kuala Lipis ni. Mencurahkan bakti, berkorban diri dan anak2 untuk masyarakat di Lipis ni. Semoga Allah memberkati dan merahmati kami sekeluarga.

Sememangnya tiada jem di Lipis ni...
Dingin pagi amat menyamankan...
Kehidupan juga agak santai berbanding di HoSHAS, apatah lagi di Lembah Klang,
Inikah kehidupan harian yang aku impikan sebagai seorang pakar??
Setelah menempuh liku kesulitan pembelajaran selama 6 tahun,
Melalui pelbagai kegagalan...mendalami pelbagai ilmu kepakaran...
Hanya untuk melakukan pembedahan2 kecil yang sudah aku lakukan sejak 10 tahun yang lalu??
Masa depan karier harus difikirkan...
Masa depan anak2 juga perlu diambil kira...
Berapa lama aku (bukannya isteriku) boleh bertahan???
Mungkin segalanya akan terungkai di Bumi Ambiya',
Dengan solat, istikharah dan doa.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved