ads

Isnin, 10 Disember 2012

06 di kuala rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuala rompin - Google Blog Search


DIELA CREATIVE: Jalan-Jalan ke <b>Kuala Rompin</b>, Pahang.

Posted: 10 Dec 2012 01:48 AM PST

         Assalamualaikum wrh wbr.....

           Salam bahagia kepada anda semua. Sekarang ini, kita masih lagi berada dalam suasana cuti persekolahan lagi. Saya dan keluarga juga mengambil peluang jalan-jalan di hujung minggu. Kali ini kami sekeluarga jalan-jalan ke Kuala Rompin , Pahang, ke rumah emak saudara di Felda Selendang Satu. Perjalanannya mengambil masa lebih kurang 6 jam.
          Sekarang ini, tengah musim durian dan buah-buah kayu lain seperti rambutan, manggis, cempedak serta buah rambai. Dapat lah merasa makan buahnya. Lihatlah photo yang sempat disnap sewaktu ke sana.....





           Dalam perjalanan ke Kuala Rompin, sempat pula tengok dari jauh majlis pembukaan Rally, iaitu Malaysia Rally Championship (MRC) yang diadakan di perhentian Jempol, Negeri Sembilan. Inilah kereta-kereta Rally yang bakal berlumba di trek perlumbaan nanti.











          Sebelum sampai ke tempat yang dituju, singgah pula ke Pantai Pasir Panjang. Almaklumlah musim tengkujuh ni, ombaknya pun kuat sangat. Frust je, anak-anak tak dapat mandi laut. Tak dapat mandi laut pun tak apa, dapat naik buaian pun jadi lah.


       
           Inilah buah durian, raja segala buah. Mmmm ..... sedapnya.



          Lihat buah rambutan tu, ya Allah... geram sangat nengok. Buahnya yang banyak dan berkemerahan pula warnanya.


        Nah... ambik kau, satu raga buah rambutan. Kalau tak puas makan juga tak tahulah. Rezeki....rezeki, Alhamdulillah....
      
        Ini pula buah rambai tapi belum betul-betul masak lagi. Tapi dah boleh dimakan.



        Sebelum balik, sempat pula bergambar ramai-ramai sebagai kenang-kenangan.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved