ads

Khamis, 13 Disember 2012

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


Pusat Judi Siber <b>Di Temerloh</b>, Penduduk - Pahang Daily Online

Posted: 13 Dec 2012 04:27 PM PST

TERMERLOH, 14 Dis - Orang ramai terutamanya umat Islam di sekitar Temerloh kecewa dengan senario terkini isu "pusat judi siber" yang semakin bercambah-cambah walau pun pihak berkuatkuasa sudah melakukan serbuan dan operasi. Mereka hairan dan pelik, kenapa operasi meningkat tetapi kewujudan pusat judi siber ini semakin banyak tumbuh bagaikan "cendawan tumbuh lepas hujan".  Malah, difahamkan kini sudah ada hampir 800 pusat judi siber di sekitar kawasan ini termasuk juga di kawasan penempatan Melayu. Apa sudah jadi dengan penguatkuasaan agaknya?. Kenapa ini harus berlaku sedangkan operasi sudah dijalankan?. Kenapa tokey-tokey Cina semakin berani membuka pusat judi siber, sedangkan pihak berkuasa terutamanya polis sudah lakukan tanggungjawab mereka?. Atau, apakah operasi hanya melepaskan batuk ditangga bagi mengaburi mata rakyat kononnya kerajaan sudah bertindak?. Inilah yang dipersoalkan oleh para penduduk Temerloh sekarang. Menurut seorang penduduk Taman Bukit Semantan yang ditemui berkata pihak terbabit menyasarkan dua ribu (2,000) pusat judi siber di kawasan Temerloh. "Operasi hanya dibuat setiap enam bulan sekali. Mereka tutup sekejap.. lepas tu mereka untung balik .. kemudian operasi lagi... kemudian mereka buka semula.. untung RM60,000 hingga RM100,000 sehari... pekerja dalam tu ramai anak Melayu. Mereka bagi gaji besar,  sebulan sampam RM1,800-RM2,500? Kini ia dah jadi isu besar", katanya. Menurut beliau, baru-baru ini ada aduan di buat ke pejabat Agama Islam Daerah Temerloh. "Masa tu Kadi dan Timbalan Kadi tak ada... mula-mula Pejabat Agama Islam Temerloh tak nak terima aduan.... selepas di desak barulah mereka terima...Mungkin mereka takut sebab pusat judi siber (haram) ni ada "kabel besar" dengan orang atasan.. Yang sedih budak-budak Melayu juga ramai terlibat ... sampai ada yang sanggup jua laptop 1Malaysia yang diberikan oleh kerajaan untuk bermain dengan judi siber nii..  inilah yang tidak wajar!", tambahnya.


Menurutnya lagi, premis judi siber ini boeh mengundang berbagai masalah gejala sosial yang lain seperti kecurian, pergaduhan, dadah, ragut dan sebagainya. "Saya difahamkan kini lokasi baru yang dibuka ialah di Taman Bukit Semantan (Kedai No.14 dan 32). Taman Sri Semantan pula ialah tempat Ahli Parlimen Temerloh (Dato' Saifuddin Abdullah) dibesarkan.. anehnya kat situ jer ada tiga premis judi haram dibuka iaitu di barisan kedai kereta Toyota. Pihak berkuasa (polis) memang rampas komputer dari pusat judi nii.. tapi yang dirampas hanyalah gimik... skrin komputer mereka "flat screen" yang leper.. tapi yang dirampas oleh pihak berkuasa ialah komputer lama (tiub) yang sebenarnya sudah disimpan dalam stor.. atau memang tokey-tokey pusat judi ni beli dari kedai komputer untuk dijadikan bukti kepada media kononnya premis mereka sudah diserbu.. tapi hari ni kena serbu.. esok bukak semua.. Operasi tak berkesan kerana promosi hebat termasuk mereka berikan makanan ringan termasuk  "mee maggi percuma" kepada pelanggan", katanya.

Beliau juga berharap semua pihak terlibat sama dalam membenteras isu ini. "Kenapa susah sangat nak benteras... melainkan masing-masing dah dapat rasuah (duit air)... inilah yang kami risau... Penglibatan semua seperti parti politik, JKKK, kariah masjid, KRT untuk halang semua ini wajar dilakukan segera. Jika tidak rosak anak bangsa kita... keluarga cerai berai.. Bukan susah pun kalau semua nak bertindak... TM potong talian internet, PAIP potong bekalan air, TNB potong bekalan elektrik, MPT keluar kompuan dan sita premis tak berlesen dan pejabat agama boleh tangkap orang Melayu yang berjudi dan bekerja di premis terbabit... Kenapa mereka semua tak nak bertindak? Taku siapa? Harapkan polis semata-mata... tak pelik ke makin operasi dibuat oleh polis makin bertambah pusat judi... nak nak kat Temerloh nii... mereka beroperasi 24 jam pulak tu... bangunan premis biasanya dua tingkat dan ada lorong belakang... jika pintu depan ditutup pintu belakang dibuka....server antarabangsa siap dilengkapi kamera... kata orang "nak seribu daya tak nak seribu dalih".. cuma jangan buat kerja tipu rakyat..anak bangsa kita juga yang akan rosak dan punah akhirnya nanti. Pernahkah mereka (kerajaan)  fikirkan semua ini?", tambah beliau lagi.


[Isu ini pasti tidak akan selesai jika tiada tindakan tegas daripada pihak kerajaan sendiri. Kerja yang mudah sengaja disusah-susahkan maka akhirnya rakyat yang tanggung derita. Pihak polis juga sudah beberapa kali dinasihat tidak kaburi rakyat dengan merampas komputer "fesyen lama dalam bentuk peti (tiub) seperti gambar diatas, kerana rakyat tahu polis mungkin ditipu oleh pengusaha pusat judi siber. Tetapi apa yang berlaku, selepas operasi dijalankan pada sidang media gambar komputer lama itu juga yang dipaparkan. Kenapa harus tertipu kerana polis di Malaysia bukankah bijak-bijak belaka. Itu bukan komputer yang mereka gunakan, itulah adalah gimik bila diserbu. Itu komputer lama yang disimpan dalam stor atau dibeli dari kedai komputer (rosak) untuk dijadikan bukti kononnya premis mereka sudah diserbu dan tidak beroperasi lagi. Walhal, dalam premis berpuluh biji komputer terbaru yang canggih digunakan. Kenapa kita harus ditipu sebegini. Malah, ada makumat mereka yang ditangkap juga sudah dibayar upah oleh pengusaha siber untuk berlakon sebagai pelanggan. Walhal, budak-budak "mat rempit" yang dibayar hingga RM500 seorang untuk jadi  pelakon tambahan, walhal yang bermain judi adalah orang lain. Ini satu penipuan yang dirancang dengan licik untuk mengaburi mata rakyat. Oleh itu, sudah tiba masanya kerajaan bertindak agreasif dalam hal ini. Kita tidak mahu, selepas operasi penguatkuasaan dibuat terhadap pusat judi siber, ia tumbuh dengan banyaknya di sesuatu tempat].

Kursus Bekam <b>di Temerloh</b> - persatuan pengubatan islam darul <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2012 01:07 AM PST


PENGAJIAN PENGUBATAN DAN RAWATAN ISLAM KE-8
"Kelebihan Bekam Sunnah Nabawiyah
& Ijazah Musalsal Bil Hijamah (Bekam)
AL-MUSNID SYEIKH MUHAMMAD RAJAB AKMAL BIN ABD. HALIM AL-IDRISI
Taman Sri Semantan, Temerloh,
16 NOV. 2012 (HARI AHAD), JAM 9:00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
PENYERTAAN ADALAH TERHAD & YURAN HANYA RM100.00.
(Makan Tengahari + Buku + Sijil Penyertaan + Sijil Ijazah Musalsal)
* Sila sediakan Alat Bekam atau dapatkan dengan segera daripada urusetia.
* Sila bawa gambar berukuran passport.
Untuk Pendaftaran Sila Hubungi:
USTAZ ROZI BIN ZAKARIA: (019-988 5781)
PENGAJIAN PENGUBATAN DAN RAWATAN ISLAM KE-8
Peringkat Negeri Selangor
"Kelebihan Bekam Sunnah Nabawiyah
& Ijazah Musalsal Bil Hijamah (Bekam)
AL-MUSNID SYEIKH MUHAMMAD RAJAB AKMAL BIN ABD. HALIM AL-IDRISI
Taman Sri Kantan, Kajang,
15 NOV. 2012 (HARI SABTU), JAM 9:00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
PENYERTAAN ADALAH TERHAD & YURAN HANYA RM50.00.
(Makan Tengahari + Buku + Sijil Penyertaan + Sijil Ijazah Musalsal)
* Sila sediakan Alat Bekam atau dapatkan dengan segera daripada urusetia.
* Sila bawa gambar berukuran passport.
Untuk Pendaftaran Sila Hubungi:
TUAN HJ. SALLEH: (013-260 0193)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved